Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Pembeli Lega Dapat Kereta Yang Sudah Ditempah Lama

Suhana Veru

Kongsi melalui


Rata-rata pembeli kini menarik nafas lega apabila mereka mula mendapat kereta yang ditempah sejak enam bulan lalu.

Seorang kakitangan kerajaan, Syahida, 33, berkata, dia dan suaminya cukup gembira apabila dimaklumkan bahawa kereta Honda RS yang ditempah sejak Mei lalu telah tiba di bilik pameran pada minggu lepas.


Kereta yang ditempah telah dikeluarkan pada minggu lepas.

“Sebaik kelulusan pinjaman bank selesai, saya dimaklumkan kereta yang ditempah akan diterima selewat-lewatnya dalam tempoh enam hingga 12 bulan kerana pengeluaran model yang dibeli  saya mengalami gangguan bekalan yang dihadapi oleh salah satu vendor syarikat.


Syahida bergambar bersama keluarga dan kereta Honda Civic RS. 

“Mahu atau tidak, saya akur untuk menunggu memandangkan kereta Myvi yang digunakan sekarang asyik rosak,” katanya ketika ditemui wartawan Caricarz.

Mengulas lanjut, ibu kepada seorang anak itu berkata, dia dan suaminya juga terpaksa menyewa kereta RM80 sehari sepanjang menunggu kereta baharu mereka.

"Setiap kali kereta masuk bengkel, kami terpaksa sewa kereta. Kami tidak mempunyai pilihan lain kerana kami berdua bekerja syif.

“Mujur, tunggu punya tunggu, kereta baharu yang ditempah sudah keluar seperti mana yang dijadualkan,” katanya yang bekerja sebagai jururawat di Hospital Slim River.

Bagaimanapun, jauh di sudut hatinya, mereka agak kecewa kerana membeli kereta baharu bukan seperti dahulu dimana pembeli hanya perlu menunggu dalam satu atau dua bulan. 

Sebelum ini, Caricarz ada melaporkan bahawa pembeli perlu tunggu dua hingga enam bulan untuk mendapatkan kereta baharu yang ditempah.

Namun lain pula bagi Nurul Faizah Abdullah apabila memaklumkan bahawa dia tidak perlu menunggu lama untuk mendapatkan Perodua Axia yang ditempahnya pada Ogos lalu.

NURUL FAIZAH.

“Saya diberitahu salesman, Axia yang ditempah itu akan diterima pada Disember ini. Saya agak bernasib baik kerana tidak perlu menunggu begitu lama seperti orang lain,” ujarnya sambil memberitahu kereta yang dibelinya adalah secara tunai.

Muhammad Fuad Abu Bakar pula kesal kerana dia terpaksa menunggu kereta Perodua Bezza yang ditempahnya dalam tempoh 13 bulan lagi.

“Pada awalnya, saya dimaklumkan akan menerima kereta itu dalam lapan bulan sebaik pinjaman lulus namun  sekarang lain pula ceritanya kerana saya perlu menunggu sehingga Ogos tahun depan.

“Bukan apa, saya memang memerlukan kereta untuk berulang-alik ke kuliah namun disebabkan kelewatan ini, saya terpaksa menggunakan pengangkutan awam,” ujarnya.

Bagaimanapun, ujarnya, menurut salesman, punca kelewatan itu adalah disebabkan kekurangan bekalan cip dan alat ganti dari dalam dan luar negara.

“Apapun, saya berharap pihak syarikat dapat mempercepatkan pengeluaran kereta, janganlah sampai bertahun kena tunggu,” luahnya.

“Untuk itu, jumlah pemasangan kereta menjadi semakin berkurangan gara-gara masalah cip dan alat ganti menyebabkan pembeli terpaksa menunggu lama.


Honda Civic e:HEV RS dilancarkan di Rawang, Selangor baru-baru ini.

Sementara itu, jurucakap Honda Malaysia mengakui masa penghantaran kereta kepada para pembeli sudah kembali seperti biasa.

Syarikat itu kini sedang berusaha untuk melakukan penghantaran kereta sekurang-kurangnya 80 peratus sebaik tempahan diterima ketika kerajaan menawarkan tempoh pengecualian Cukai Jualan & Perkhidmatan (SST). 

“Namun disebabkan bilangan tempahan yang agak banyak selain kekurangan bekalan cip yang berterusan, sesetengah model akan mengambil masa yang lebih lama untuk dihantar kepada para pelanggan,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran Honda Civic e:HEV RS di Rawang, Selangor baru-baru ini.


                       Penghantaran Honda  HR-V dibuat kepada pelanggan pertama pada 18 Ogos lalu. 

Dalam pada itu, beliau turut berkongsi tempoh yang ditunggu berdasarkan model yang dibeli pelanggan.

Bermula dengan  Honda Civic e-HEV RS, tempoh menunggunya adalah sekitar dua hingga tiga bulan


Tempoh menunggu City Hatchback e:HEV RS (kiri) dan  Civic e:HEV RS sekitar tiga bulan.

Sebaliknya, penghantaran varian Honda Civic generasi ke-11 yang dilancarkan secara rasmi oleh Honda Malaysia pada awal tahun ini pula akan mengambil masa lebih lama iaitu sekurang-kurangnya lapan bulan

Ini kerana model tersebut telah menyaksikan jualan mencecah hampir 7,000 unit setakat September tahun ini dengan menguasai 81 peratus bahagian pasaran dalam segmennya.

Sumber dalaman Honda itu turut mengesahkan bahawa penghantaran model HR-V yang turut dilancarkan pada tahun ini pula menyaksikan tempoh menunggu yang lebih lama berbanding biasa iaitu selama setahun.

Namun sumber itu turut memberi jaminan bahawa tempahan yang dibuat ke atas model lain pula hanya perlu menunggu dalam tiga bulan.

Sementara itu, jurucakap Perodua pula enggan mengulas ketika ditanya mengenai status penghantaran kereta Perodua buat masa ini.

“Kami akan komen selepas musim pilihan raya umum selesai nanti, Insyallah ada berita baik,” katanya ringkas kepada Caricarz.

Tetapi apa pula kata PROTON?

Bagi mendapatkan reaksi berhubung isu yang sama, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar, Roslan Abdullah pula berkata, tempoh menunggu untuk tempahan kenderaan baharu telah disingkatkan. 

“Secara purata satu hingga dua bulan namun semuanya bergantung kepada model dan varian. 

“Sehingga Ogos tahun ini, PROTON telah menyerahkan 115,366 unit kenderaan sekali gus  menunjukkan peningkatan 33.6 peratus berbanding tempoh yang sama pada tahun 2021. Ini satu perkembangan positif,” katanya kepada Caricarz menerusi e-mel.


ROSLAN.

Melihat kepada perkembangan positif ini, PROTON turut menjangkakan jumlah jualan keseluruhan tahun 2022 akan meningkat sebanyak 20 peratus berbanding dengan tahun 2021.

“Ini kerana  tempahan menunjukkan trend menaik. Bagaimanapun, pihak PROTON  akan terus berusaha untuk memenuhi keperluan pasaran. 

"Maka kami telah melaksanakan beberapa usaha seperti mengadakan kerjasama  dengan vendor-vendor tempatan dan luar negara bagi menyediakan bekalan komponen yang mencukupi selain merancang pengeluaran yang stabil dan teratur.


"Malah, pihak PROTON juga telah mengambil langkah dengan menambahkan  syif pengeluaran untuk meningkatkan jumlah pengeluaran," jelasnya.

Kongsikan pendapat jika anda merupakan salah seorang pembeli yang telah menempah kereta baharu? 

Adakah anda sudah terima kereta yang ditempah atau masih menunggu?

Kongsikan luahan anda di bawah ruangan ini!





Tag:

Perodua Axia
Honda City RS
Myvi
hondamalaysia
Honda Civic e.HEV
hondars
peroduabezza
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto
Bezza, Axia Laku Keras, Sebab Itu Perodua Ungguli Carta

Bezza, Axia Laku Keras, Sebab Itu Perodua Ungguli Carta

Statistik yang dikeluarkan menunjukkan Perodua terus menguasai pasaran tempatan dan kekal di tangga teratas dimana Perodua mendaftarkan sebanyak 231,700 unit setakat ini.

12-09-2025
Berita Auto
Perodua Lancar Flexiplan Untuk Myvi, Axia, Ativa dan Aruz, Ada Banyak Kelebihannya

Perodua Lancar Flexiplan Untuk Myvi, Axia, Ativa dan Aruz, Ada Banyak Kelebihannya

Pelan pembiayaan pemilikan fleksibiliti itu juga membolehkan pelanggan menukar kenderaan mereka kepada model baharu.

12-08-2025
Berita Auto
Perodua Axia Tular Gara-Gara Angkut Barang Atas Kereta

Perodua Axia Tular Gara-Gara Angkut Barang Atas Kereta

Sebuah Perodua Axia tular di media sosial apabila si pemandunya mengangkut pelbagai jenis barang yang diikat pada bumbung kenderaan itu.

21-05-2025
Berita Auto
Perodua Berjaya Jual 5.1 Juta Kereta, Perodua Pilihan Rakyat Malaysia!

Perodua Berjaya Jual 5.1 Juta Kereta, Perodua Pilihan Rakyat Malaysia!

Dalam tempoh 30 tahun, jualan Perodua mencecah 5.1 juta unit.

10-02-2025
Berita Auto
Perodua Duduk Tempat Kedua Di ASEAN Sebab Catat Jualan Kereta Penumpang  Lebih 300K
Berita Auto
Pemandu Axia Bikin Onar Atas Lebuh Raya, Polis Sahkan Pemandu Dah Kena "Angkut"
Berita Auto
Wanita 76 Tahun Lawan Arus Dalam Perjalanan Ke Kompleks Warga Emas

Wanita 76 Tahun Lawan Arus Dalam Perjalanan Ke Kompleks Warga Emas

Seorang wanita warga emas berusia 76 tahun dikenakan saman selepas didapati memandu secara berbahaya dan melawan arus di Jalan Kuantan-Pekan.

03-10-2024
Berita Auto
Tiada Lagi Proton Saga Manual, Kalau Nak Beli, Cepat Beli Sebelum Hujung Tahun Ini

Tiada Lagi Proton Saga Manual, Kalau Nak Beli, Cepat Beli Sebelum Hujung Tahun Ini

Kalau minat Proton Saga manual, cepat tempah sekarang.

26-09-2024

Berita Terkini

Berita Auto
Nilai Bakal Jadi Hab Automotif Dengan Pelaburan RM1 Bilion

Nilai Bakal Jadi Hab Automotif Dengan Pelaburan RM1 Bilion

Terletak dalam kawasan pembangunan Nilai Smart City berkeluasan 1,800 ekar, projek bernilai RM1 bilion ini dijangka dapat menarik pelaburan besar serta membawakan transformasi ekonomi.

24-09-2025
Berita Auto
Chery Labur RM2.2 Bilion Tubuhkan Ekosistem Automotif Pintar Lengkap Di Selangor

Chery Labur RM2.2 Bilion Tubuhkan Ekosistem Automotif Pintar Lengkap Di Selangor

Syarikat automotif dari China, Chery, memperluaskan pengaruhnya di Malaysia dengan tumpuan terhadap negeri Selangor.

24-09-2025
Berita Auto
RON95 Hanya Untuk Rakyat Malaysia: Kereta Nombor Plat Asing Tidak Boleh Beli RON95

RON95 Hanya Untuk Rakyat Malaysia: Kereta Nombor Plat Asing Tidak Boleh Beli RON95

Walaupun harga RON95 sudah diapungkan mengikut harga pasaran namun kenderaan dengan nombor pendaftaran asing tidak dibenarkan membeli petrol RON95.

24-09-2025
Berita Auto
9 Jenis Pengangkutan Awam, 12 Sektor Logistik Terima Harga Subsidi RON95 Pada RM2.05 Seliter

9 Jenis Pengangkutan Awam, 12 Sektor Logistik Terima Harga Subsidi RON95 Pada RM2.05 Seliter

Petrol RON95 akan dijual pada kadar bersubsidi RM2.05 seliter untuk kenderaan komersial yang layak membabitkan sembilan jenis pengangkutan awam dan 12 sektor logistik.

24-09-2025
Berita Auto
RON95 Turun RM1.99 Seliter, Rakyat Boleh Jimat RM200 Dalam Sebulan

RON95 Turun RM1.99 Seliter, Rakyat Boleh Jimat RM200 Dalam Sebulan

Rakyat boleh menjimatkan wang sebanyak RM200 sebulan selepas harga RON95 diturunkan nanti.

24-09-2025
Berita Auto
6 Stesen MRT Laluan Putrajaya Ditutup, Untuk Kerja Baik Pulih

6 Stesen MRT Laluan Putrajaya Ditutup, Untuk Kerja Baik Pulih

Enam stesen perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT) laluan Putrajaya ditutup sementara bagi membolehkan kerja baik pulih susulan gangguan bekalan kuasa yang berlaku jam 5.54 pagi tadi.

24-09-2025
Berita Auto
Hadkan Pembelian RON95 Sehari Sekali? Masih Belum Ada Rancangan!

Hadkan Pembelian RON95 Sehari Sekali? Masih Belum Ada Rancangan!

Kementerian Kewangan (MOF) menjelaskan kerajaan tidak mempunyai rancangan untuk mengehadkan pembelian petrol RON95 melalui program BUDI MADANI RON95 (BUDI95) kepada sekali sehari.

23-09-2025
Berita Auto
Boleh Sewa Pandu Karavan, Lesen Komersial Bermula 2026

Boleh Sewa Pandu Karavan, Lesen Komersial Bermula 2026

RV Kenderaan Sewa & Pandu Pelancongan (KSPP) untuk komersial di Semenanjung dan Kereta Sewa Pandu (KSP)di Sabah, Sarawak dan Labuan akan berkuat kuasa bermula 1 Januari 2026.

23-09-2025