Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Pembukaan Pusat 3S Isuzu Dengan Identiti Terbaharu Yang Pertama, Lebih Menyerlah!

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Pembukaan pusat 3S Isuzu baharu di Kepong


Isuzu Malaysia telah merasmikan pembukaan pusat 3S terbaharu minggu ini iaitu Autoexec Corporation 3S Centre di Jinjang, Kepong, Kuala Lumpur. Cawangan ini tampil dengan identiti terkini yang lebih menyerlah dengan logo tersendiri selain menawarkan suasana yang lebih istimewa kepada para pelanggan. 


Tampil dengan identiti terkini


Ketua Pegawai Eksekutif Isuzu Malaysia, Shunsuke Okazoe berkata, “Cawangan ini menampilkan imej jenama yang kuat untuk mencerminkan perubahan wajah depan perniagaan Isuzu di sini. Elemen rekaan moden dan kemudahan yang dipertingkatkan dihadirkan bagi memastikan pelanggan bukan sekadar membeli barisan produk yang bagus, tetapi turut menerima layanan jualan dan lepas jualan yang cemerlang di bawah satu bumbung,”


Ketua Pegawai Eksekutif Isuzu Malaysia, Shunsuke Okazoe


Fasiliti berkeluasan 1,400 meter persegi di  Jalan Jinjang Permai itu menawarkan barisan lengkap produk dari trak pikap Isuzu D-Max hinggalah kepada lori ringan, lori berat dan sebagainya. 


Bilik pameran yang lengkap dengan pelbagai produk Isuzu


Selain bilik pameran yang lengkap dengan pelbagai produk Isuzu, ia turut menempatkan ruang servis luas yang mampu menampung sehingga empat buah kenderaan ringan dan dua buah trak tugasan sederhana dalam satu masa.


Ruang santai yang selesa


Sementara menanti kenderaan diperiksa oleh juruteknik terlatih, para pelanggan boleh bersantai di ruang rehat yang selesa sambil menikmati snek ringan yang disediakan. 


Berikut adalah antara keistimewaan pusat 3S yang baru dilancarkan ini:

  • Ruang menyambut tetamu yang ceria

  • Pencahayaan yang selesa

  • Sudut cenderahati

  • Panel maklumat digital yang mesra pelanggan

  • Ruang penyerahan khas untuk trak pikap

  • Ruang pameran yang luas dan moden



Konsep baharu yang diketengahkan cawangan Autoexec Corporation 3S Centre ini bakal diikuti oleh cawangan lain di seluruh negara secara berperingkat dalam tempoh dua tahun ini. Seluruh cawangan dijangka akan menggunakan identiti ini menjelang bulan Disember 2024.


ARTIKEL BERKAITAN


Baca: Tak Sia-Sia Beli-Belah Di Pavilion, Menang Trak Pikap!


Baca: Isuzu Malaysia Pecah Rekod Dengan Jualan Tertinggi Sejak 2005!


Baca: D-Max X-Terrain Trak Pikap Terlaris Di Malaysia


Tag:

Isuzu
Isuzu D-Max
Isuzu Malaysia
Pusat 3S
Isuzu 3S Centre
Autoexec Corporation 3S Centre
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Isuzu Malaysia Buka Pusat 4S Di Balakong – Serba Lengkap & Moden

Isuzu Malaysia merasmikan pembukaan Pusat 4S serba baharu di Balakong. Cawangan terbaru ini menjadi pusat jualan, servis, alat ganti serta baik pulih badan dan cat dikendalikan oleh SV Prestige Auto.

24-11-2025
Berita Auto

Isuzu Buka Cawangan Di Kuantan, Pahang

Isuzu Malaysia meraikan pembukaan cawangan baharunya di Kuantan, Pahang, sebentar tadi.

29-08-2025
Berita Auto

Isuzu Malaysia Tawar Isuzu Insurance Pro – Insurans Komprehensif, Kelulusan Pantas

Isuzu Malaysia memperkenalkan program insurans baharu khas untuk para pelanggan, Isuzu Insurance Pro.

06-08-2024
Berita Auto

Toyota, Honda, Isuzu & Mitsubishi Bakal Tubuh Kilang Di Thailand – Labur RM20.4 Bilion

Empat syarikat automotif Jepun dilaporkan akan membuat pelaburan kira-kira 150 bilion baht untuk pengeluaran EV di Thailand.

26-12-2023
Kereta Baru

Isuzu D-Max 2023 Dilancarkan – Lebih Ranggi & Moden, Harga Dari RM94K

Isuzu Malaysia hari ini telah melancarkan secara rasmi trak pikap Isuzu D-Max 2023.

16-02-2023
Berita Auto

Yang, Saya Tak Tinggalkan Awak!

Kemalangan ngeri di Kilometer 45.7 Lebuhraya Utara Selatan arah Selatan semalam membabitkan empat kenderaan dengan dua mangsa maut rentung di lokasi kejadian.

16-10-2022
Berita Auto

Borneo Safari 2022

Isuzu D-Max sahut cabaran Borneo Safari.

14-10-2022
Video

Review Pandu Uji Isuzu D-Max X-TERRAIN 2022 Trak Pikap Yang Semestinya Anda Mahu!

Isuzu perkenalkan D-Max generasi ke-3 yang tampil lebih berani, bergaya dan canggih. Ia juga dinamakan sebagai "Best Value Pikap Tahun 2022"! Hari ni Caricarz akan share dengan korang, apa yang ada dengan Isuzu D-Max X-TERRAIN, dari harga sampai spesifikasinya... Berbaloi ke membeli Isuzu D-Max X-T

06-09-2022

Berita Terkini

Berita Auto

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026
Berita Auto

Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.

01-09-2026
Berita Auto

Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.

01-09-2026
Berita Auto

Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.

30-08-2026
Berita Auto

Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.

29-08-2026