Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Selangor Umum Belanjawan 2023

Suhana Veru

Kongsi melalui


Kerajaan Selangor memperuntukkan RM145 juta untuk menaik taraf sistem jaringan jalan raya di negeri itu pada tahun hadapan.

Menteri Besar Selangor, Datuk  Seri Amirudin Shari berkata, kerajaan negeri telah mengagihkan sebanyak RM40.98 juta kepada Jabatan Kerja Raya untuk menjalankan kerja-kerja pembinaan jalan baru di beberapa lokasi di negeri Selangor.


Projek baharu dan naik taraf lain seperti berikut:

Jalan Reko di Hulu Langat (RM1.7 juta)

Persimpangan Jalan Kampung Bukit Dugang, Sepang (RM1.7 juta)

Jalan ke Sekolah Menengah Kebangsaan Tiram Jaya, Kuala Selangor (RM3.2 juta)

Jalan Sungai Panjang dari simpang Jalan Kuala Selangor-Teluk Intan ke Parit Empat Timur (RM2.3 juta)

Pembinaan jambatan dan jejantas, (RM11.8 juta)

Pemasangan lampu jalan jenis diod pemancar cahaya (RM3 juta)

Kerja warta jalan negeri (RM1.5 juta)

Program warta laluan negeri (RM2 juta)

Membina dan menaik taraf bangunan termasuk istana Selangor (RM6.3 juta)

Pelbagai projek bangunan (RM1.5 juta)

Beliau turut mengumumkan sebanyak RM65.3 juta akan digunakan untuk menaik taraf beberapa laluan utama termasuk di Jalan Bukit Rimau (RM12.5 juta) dan jalan simpang tiga Jalan Rahidin, Shah Alam (RM4.7 juta).

“Jalan-jalan ini akan melalui kawasan baharu dan menjadi pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi sekitar Gombak, Kuala Langat dan Sepang,” katanya dalam pembentangan Belanjawan 2023 semalam.


Tag:

belanjawanselangor
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto
Banjir Kilat PJ, Kenderaan Terperangkap Dalam Banjir
Berita Auto
Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh

Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh

Hyundai & BHS Auto Lancar Bilik Pameran 1S Baharu di Ipoh – Sasar 25 Cawangan Menjelang Akhir 2026

17-07-2026
Berita Auto
Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris

Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris

Pesalah Jalan Raya Bakal Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris Melalui Pindaan Akta 333.

17-07-2026
Berita Auto
Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan

Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan

Kerajaan Kekalkan Prosedur Semasa Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas.

17-07-2026
Berita Auto
Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam

Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam

Kemalangan Tragis Depan Central i-City: Keluarga Mangsa Rayu Saksi Tampil Bantu Siasatan.

16-07-2026
Berita Auto
Golongan Usia 16 Hingga 40 Tahun Dominasi 69.4 Peratus Statistik Kemalangan Jalan Raya

Golongan Usia 16 Hingga 40 Tahun Dominasi 69.4 Peratus Statistik Kemalangan Jalan Raya

Hampir 70% Kemalangan Jalan Raya Babitkan Golongan Muda.

16-07-2026
Berita Auto
Polis Bantuan KTMB Kini Guna Scrambler Buru Pencuri Kabel

Polis Bantuan KTMB Kini Guna Scrambler Buru Pencuri Kabel

Jangan Terkejut Kalau Nampak Abang Polis KTMB Naik Scrambler Tepi Landasan Selepas Ini.

16-07-2026
Berita Auto
Bawa Kereta Ke Thailand? Wajib Ada Lesen Memandu Fizikal

Bawa Kereta Ke Thailand? Wajib Ada Lesen Memandu Fizikal

Jangan Anggap Semua Negara Sama, JPJ Dedah Sebab Anda Perlu Lesen Fizikal ke Thailand

15-07-2026