Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

UMWT Toyota Anjur Toyota Eco Youth, Terbuka Untuk Pelajar Sekolah

Suhana Veru

Kongsi melalui


Program pelancaran TEC.

Menerusi kerjasama dengan Kementerian Pendidikan Malaysia dan MAD Movement, UMW Toyota Motors melancarkan Toyota Eco Youth (TEY) edisi 2022/2023 dengan tema ‘Championing Mobility’.

Dalam program ini, sebanyak 16 buah sekolah akan mengambil bahagian dalam penyelesaian pembangunan yang mampan untuk komuniti. 

Program TEY adalah bertujuan untuk  memupuk tabiat dan amalan yang baik dalam pemeliharaan alam sekitar dalam kalangan generasi muda.

Presiden UMW Toyota Motor, Ravindran K berkata, pihaknya sedang berusaha ke arah mencapai misi  pelepasan karbon sifar bersih seawal-awalnya tahun 2050 dimana TEY adalah contoh terbaik untuk mencapai matlamat terbabit.

“Bagi merealisasikan usaha ini, kami melibatkan golongan pelajar dan guru dalam program TEY untuk membangunkan minda mereka dalam mendidik serta menyemai rasa cinta serta rasa menjaga alam sekitar,” katanya dalam satu kenyataan.

Mengulas lanjut mengenai TEY, ia dibuka  kepada semua pelajar sekolah menengah. 

Oleh itu, 16 pasukan terbaik akan menjalani latihan komprehensif dalam bentuk e-pembelajaran interaktif menggunakan Sistem Pengurusan Pembelajaran dan Pembangunan Prototaip Intensif di Pusat Prototaip Me.reka di Publika.

Peserta TEY berpeluang memenangi kumpulan hadiah wang tunai sehingga RM71,500

rogram TEY pertama kali bermula pada tahun 2001 sebagai jurusan komponen tonggak alam sekitar di bawah Tanggungjawab Sosial Korporat tahunan UMWT . Manakala, ‘Toyota Problem Solving’ diperkenalkan pada tahun berikutnya.

Sejak permulaan program TEY, terdapat sebanyak 274 sekolah yang terbabit terdiri daripada hampir 3,000 pelajar, pengetua dan guru.

Sejak penubuhannya, UMW Totoya Motor telah membelanjakan lebih RM7 juta untuk menganjurkan program ini.

Untuk keterengan lanjut, https://toyota.com.my/toyotaecoyouth.


Tag:

umwtoyota
TEY
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Toyota Laku Keras

Jualan keseluruhan pada suku pertama 2024 kini meningkat kepada 47,000 unit.

16-07-2024
Kereta Baru

Toyota Corolla GR Sport, Boleh Tahan Sporty

UMW Toyota Motor (UMWT) melancarkan secara rasminya Toyota Corolla GR Sport sebentar tadi.

28-08-2023
Berita Auto

Peraduan Dream Car Art Kembali Lagi! Terbuka Kepada Semua Kanak-Kanak

Peraduan Toyota Dream Art terbuka kepada semua kanak-kanak di Malaysia.

01-11-2022

Berita Terkini

Berita Auto

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026
Berita Auto

Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.

01-09-2026
Berita Auto

Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.

01-09-2026
Berita Auto

Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.

30-08-2026
Berita Auto

Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.

29-08-2026