Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Beam Malaysia Catat Lebih 1 Juta Perjalanan E-Skuter Tahun 2022!

Sofea Najmi

Kongsi melalui



Pembekal perkhidmatan mikromobiliti Malaysia, Beam Mobility telah mencatatkan rekod penggunaan dan pendaftaran keseluruhan 2022 yang tertinggi setakat ini, membuktikan semakin ramai rakyat Malaysia mula menerima pengangkutan mikromobiliti dalam kehidupan seharian. 


Pencapaian Tertinggi Beam Mobiliti Setakat Ini


Pengurus Besar Beam Mobility Malaysia, Justin Tiew berkata, “Data jelas menunjukkan peningkatan bilangan rakyat Malaysia yang semakin cenderung ke arah perkongsian e-skuter sebagai mod pengangkutan sebenar.”




Tahun 2022 merupakan tahun yang membanggakan buat Beam Mobility setelah berjaya mengumpulkan lebih 80,000 pendaftaran baharu, 65% lebih tinggi berbanding 2021 dengan lebih 1 juta perjalanan yang bersamaan dengan 2.5 kali lebih tinggi berbanding tahun lalu. 


Penggunaan e-skuter kini semakin mendapat tempat di hati rakyat Malaysia sebagai pilihan pengangkutan perbatuan awal dan akhir (first & last mile) yang efisien. Ini terbukti apabila lebih daripada 100,000 perjalanan yang dibuat adalah daripada atau untuk menuju ke lokasi pengangkutan awam seperti MRT, LRT atau stesen bas. Peningkatan sebanyak 5 kali ganda berbanding tahun lalu.


Manfaat Kepada Alam Sekitar


Tahun ini secara keseluruhannya, rakyat Malaysia telah menggunakan e-skuter Beam sehingga mencapai perjalanan lebih 2 juta km! Bayangkan betapa besarnya impak kepada alam sekitar, kerana ini sebenarnya telah menyelamatkan bumi daripada 486 tan emisi karbon! 




Ingin Lebih Ramai Menerima Manfaat Daripada Perkhidmatan E-Skuter Beam




Bagi memperluas perkhidmatan dan membolehkan lebih ramai rakyat Malaysia memanfaatkan pengangkutan bebas karbon ini, Beam telah menyediakan lebih daripada 3,500 e-skuter di seluruh Semenanjung Malaysia yang merangkumi negeri Perak, Pahang, Johor dan pelbagai kawasan di Lembah Klang seperti Mont Kiara, Bandar Utama, Ara Damansara, Cheras dan sebagainya. 




Mengulas mengenai perkara ini, Ketua Hal Ehwal Awam & Kerajaan Beam Mobility Malaysia, Taty Azman berkata, “Kami berharap agar dapat bekerjasama dengan pihak berkuasa dan pembekal pelbagai perkhidmatan lain supaya dapat menyediakan rangkaian pengangkutan awam yang lebih baik di Malaysia.”


Muat Turun Aplikasi E-Skuter Beam Untuk Diskaun!


Muat turun aplikasi Beam di Apple Store or Google Play Store. Sekiranya ini merupakan kali pertama anda menggunakan Beam, jawab soalan Beam Safety Quiz dalam aplikasi tersebut untuk mendapatkan kredit percuma sebanyak rm5. Pengguna boleh mendapatkan pakej kredit Beam pada harga diskaun dengan tambah nilai sekurang-kurangnya RM10 (nota: hanya untuk kawasan tertentu, muat turun aplikasi untuk melihat promosi di sekitar anda).


Dapatkan maklumat terkini mengenai promosi dan diskaun yang ditawarkan Beam Malaysia dari masa ke masa dengan mengikut Facebook atau Instagram mereka.

Tag:

mikromobiliti
Beam Malaysia
Beam Micro-Mobility
Beam Mobility
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

E-Skuter Antara 3 Jenis Kenderaan Mikromobiliti Diharamkan Atas Jalan, Kompaun Hingga RM300!

Tiga kategori kenderaan mikromobiliti iaitu Moped, Personal Mobility Devices (PMD) dan Personal Mobility Aids (PMA) kini diharamkan.

27-04-2022
Berita Auto

28-05-2023
Berita Auto

17-03-2023
Berita Auto

16-03-2023
Berita Auto

14-03-2023
Berita Auto

23-02-2023
Gaya Hidup

16-12-2022
Berita Auto

14-11-2022

Berita Terkini

Berita Auto

Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam

Kemalangan Tragis Depan Central i-City: Keluarga Mangsa Rayu Saksi Tampil Bantu Siasatan.

16-07-2026
Berita Auto

Golongan Usia 16 Hingga 40 Tahun Dominasi 69.4 Peratus Statistik Kemalangan Jalan Raya

Hampir 70% Kemalangan Jalan Raya Babitkan Golongan Muda.

16-07-2026
Berita Auto

Polis Bantuan KTMB Kini Guna Scrambler Buru Pencuri Kabel

Jangan Terkejut Kalau Nampak Abang Polis KTMB Naik Scrambler Tepi Landasan Selepas Ini.

16-07-2026
Berita Auto

Bawa Kereta Ke Thailand? Wajib Ada Lesen Memandu Fizikal

Jangan Anggap Semua Negara Sama, JPJ Dedah Sebab Anda Perlu Lesen Fizikal ke Thailand

15-07-2026
Berita Auto

LRT 3 Pula Dah ...

LRT 3 laluan Shah Alam alami isu teknikal baru-baru ini.

14-07-2026
Berita Auto

Harga Petrol Malaysia Lebih Rendah Berbanding Arab Saudi, UAE

Harga petrol Malaysia lebih murah berbanding Arab Saudi, UAE.

14-07-2026
Berita Auto

Pindaan Akta 333 Beri Kuasa Mahkamah Perintah Pesalah Bayar Pampasan Kepada Waris

Pindaan Akta 333: Mahkamah Diberi Kuasa Arah Pesalah Jalan Raya Bayar Pampasan Kepada Waris.

14-07-2026
Berita Auto