- Berita
- Global
- Borgward Jatuh Muflis Lagi, Akhirnya Gagal Diselamatkan

Jenama dari Jerman, Borgward, diisytiharkan muflis mengikut perintah mahkamah yang dikeluarkan Mahkamah Beijing pada minggu lalu.
Berdasarkan laporan dari Automotive News Europe, Borgward kini sedang mendapatkan kelulusan mahkamah untuk membubarkan asetnya.
Laporan itu menyebut bahawa syarikat terbabit mengalami kerugian AS$564 (RM2.46 bilion) gara-gara gagal mencapai sasaran jualan yang ditetapkan.

Angka kerugian itu didedahkan berdasarkan pemfailan Foton yang dibuat di Shanghai Stock Exchange.
Untuk info, sejak 2010, jenama Jerman yang pernah terkenal itu berada di bawah anak syarikat pembuat kereta milik negara China BAIC Group, Foton (Beiqi Foton Motor).
Bagaimanapun, ini bukan kali pertama syarikat tersebut diisytihar muflis kerana ia pernah jatuh muflis pada tahun 1961.

Menyingkap sedikit sejarah Borgward, jenama yang pernah menjadi pengeluar ketiga terbesar di negara asal itu dihidupkan semula pada tahun 2014 oleh Beiqi Foton Motor.
Ia dihidupkan semula semata-mata untuk memperluaskan jenama dalam pasaran kereta penumpang China yang sedang berkembang ketika itu.
Sejak itu hingga tahun 2019, jualannya meningkat kepada 55,000 kenderaan tetapi menurun kepada 3,600 unit pada tahun 2021.

Gara-gara penurunan jualan yang ketara, Borgward mencatatkan kerugian melebihi 4 bilion yuan (RM2.51 bilion) dari tahun 2016 hingga 2018.
Apapun, pada masa kegemilangannya, Borgward telah menghasilkan empat buah crossover (BX3, BX5, BX6 dan BX7), serta EV BX7 yang dikhususkan untuk pasaran China.
Jenama ini juga pernah diperkenalkan di Malaysia dan ia dipasang secara tempatan (CKD) pada bulan Jun 2019.

Malangnya jualannya menyusut sehingga menyebabkan rangkaian jualan dan selepas jualan jenama itu, sudah hampir tidak wujud,
Selepas itu, Borgward mengumumkan rancangannya untuk membina sebuah kilang di Bremen, Jerman pada tahun 2019 dengan kapasiti pengeluaran 10,000 unit setahun namun malangnya ia tidak menjadi kenyataan.
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
