Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Jalan Tutup, Kenderaan Berat Juga Terkandas

Suhana Veru

Kongsi melalui


Orang ramai cuba mengalihkan sebuah kereta di Kota Bahru. - Foto: Harian Metro.

Banjir di Kelantan dilaporkan semakin buruk menyebabkan 35 jalan yang terjejas akibat banjir di Kelantan terpaksa ditutup termasuk kepada kenderaan berat.

Buat masa ini,  21 jalan ditutup kepada semua jenis kenderaan, manakala 14 lagi ditutup kepada kenderaan ringan.

Dalam pada itu, jalan yang ditutup itu membabitkan lima daerah iaitu Pasir Mas, Machang, Pasir Puteh, Tanah Merah dan Tumpat.

Antara jalan yang ditutup di Pasir Mas:

Jalan Kota Bharu-Pasir Mas-Rantau Panjang

Jalan Sekolah Kebangsaan (SK) Gual Tok Deh

Jalan Panglima Bayu-Rantau Panjang-Jeram Perdah

Jalan Sekolah Cina


Seorang lelaki dirakam meredah banjir. Foto: Bernama.

Selain itu, jalan yang ditutup di Machang termasuk Jalan Machang-Pangkal Meleret-Wakaf Bata, Batu 30-Temangan (Pangkal Chuit) dan Jalan Kampung Pek-Paloh Rawa.


Jalan di Pasir Puteh:

Kilometer (km) 675.5-676 Jalan Kota Bharu-Kuala Terengganu

Jalan Bypass Pasir Puteh

Jalan Gaal- Kampung Bukit

Jalan Pasir Puteh-Semerak.


Sementara itu, di Tanah Merah jalan yang ditutup adalah:

Jalan Tanah Merah-Kusial-Kampung Ipoh

Jalan ke Loji Membersih Air Bukit Remah

Jalan Kampung Paloh-Bukit Panau-Bendang Nyior 

Jalan Panglima Bayu-Rantau Panjang, 

Jalan Cabang empat-Kampung Jambu-Meranti (Tumpat)

Jalan Pasir Pekan Hilir-Pohon Tanjung (Tumpat)

Dalam perkembangan lain, laluan utama dari Kuala Terengganu-Kota Bharu terpaksa ditutup gara-gara semua lalu lintas di kawasan itu ditenggelami air sedalam 0.3 m dan 1.5 meter.

Antara jalan yang terlibat ialah:

1. Jalan Kampung Matang/Nibong/Kuala Telemong di Kampung Jerubun, Kuala Berang

2. Jalan Kampung Kuala Pueh/Tapah/Payang Kayu/Baung/Kuala Ping di Kampung Felcra Bukit Kepah, Kuala Berang, 

3. Jalan Matang/Nibong/Kuala Telemong di Kampung Talor, Jalan Simpang Gaung/Sungai Tong di Kampung Kuala Ping, Jalan Simpang Gaung/Sungai Tong, di Kampung Kepah dan di Jalan Bukit Diman/Tersat di Kampung Pengkalan Ajal 

4. Jalan Langkap/Pelong di Kampung Merbau Menyusut dan Jalan Chalok/Bukit Putera/Telaga Papan serta Jalan Pengkalan Merbau/Pelong di Kampung Mak Balah di daerah Setiu

5. Di daerah Dungun pula, sebanyak tiga jalan yang ditutup kepada semua kenderaan iaitu di Jalan Tepus/Kuala Jengal berhampiran Riverside Dfarm Resort, Jalan Tepus/Kuala Jengal di Kampung Air Jernih di kawasan Jambatan Besar ke Kampung Minda Talong dan di Jalan Tepus/Kuala Jengal di Kampung Rantau Panjang.

Berdasarkan portal rasmi Pengurusan Bencana Jabatan Kerja Raya (JKR), sebanyak 16 lagi jalan dinaiki air antara 0.25m dan 0.35m ditutup kepada kenderaan ringan.

Malah, lebih 20 kenderaan termasuk lori terkandas di laluan Jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu berhampiran Bandar Permaisuri selepas laluan berkenaan dinaiki air.

Rata-rata pemandu lori berkata, mereka tidak berani meredah air banjir kerana aliran air agak deras di lokasi kejadian.

Untuk itu, pengguna jalan raya dinasihatkan merujuk portal Pengurusan Bencana Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk mendapatkan maklumat mengenai penutupan jalan.


Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto

Rebut Peluang Bida Nombor Plat P_P

Bida nombor plat JPJ Siri P_P: Tarikh, Harga & Cara Mohon di JPJeBid.

17-04-2026
Berita Auto

Cukai Jalan 'Mati' 8 Tahun, Bila Kena Tahan, Tiba-Tiba Nak Bakar Kereta

"Drama" seorang pemandu yang mahu membakar kereta akhirnya tidak menjadi.

17-04-2026
Berita Auto

Tamatlah Era Myvi Lama? Perodua Myvi D01D Bakal Ubah Segalanya?

Perodua Myvi D01D: Segala Butiran Yang Kita Ketahui Setakat Ini.

17-04-2026
Berita Auto

Proses Lupus Kereta Tersadai Kini Lebih Cepat: Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu

Amaran Pemilik Kereta Lama: DBKL Kini 'Bersihkan' Ibu Kota, Elakkan Kenderaan Anda Ditunda.

16-04-2026
Berita Auto

Siti Nurhaliza Kemalangan Di MEX

Siti Nurhaliza kemalangan di Lebuh Raya MEX.

16-04-2026
Berita Auto

Harga Minyak "Terjun", Diesel Tanpa Subsidi Turun 75 Sen

Petanda Baik! Harga Diesel & Petrol Malaysia Turun, Rakyat Boleh Tarik Nafas Lega.

15-04-2026
Berita Auto

15 Tahun Auto Bavaria KL: Apa Yang Menjadikan Mereka Ikon Mobiliti Premium Malaysia?

auto Bavaria KL Raikan Ulang Tahun Ke-15, Bakal Lancar BMW X3 Edisi Terhad Hujung Minggu Ini!

15-04-2026
Berita Auto

Kenapa Anda Boleh Percaya Bateri Chery? Ujian Ekstrem Ini Jawapannya

Chery menganjurkan Cabaran Keselamatan Bateri Chery Super Hybrid yang pertama di Malaysia dengan membakar bateri CSH pada 1,000 darjah celsius selama 1 minit dan 20 saat.

15-04-2026