- Berita
- Berita Auto
- Jambatan Tutup, Jangan Risau, Ada Beberapa Lauan Alternatif

Perhatian Jambatan Pulau Pinang akan ditutup bagi memberi laluan kepada acara larian Maraton Antarabangsa Jambatan Pulau Pinang (PBIM) yang akan diadakan pada Ahad ini.
Bagaimanapun, bagi yang mahu mengunjungi pulau ini, anda boleh menggunakan Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (JSAHMS) atau Jabatan Kedua Pulau Pinang, sebagai laluan alternatif.
Penutupan dan lencongan itu akan dibuat secara berperingkat bermula jam 11 malam Sabtu ini hingga jam 10 pagi keesokan harinya.
PBIM adalah acara sukan tahunan terbesar di utara Semenanjung dan dianggarkan seramai 26,000 peserta sudah mendaftar.
Acara larian secara fizikal dianjurkan semula selepas berehat dua tahun dan ia dilakukan secara maya pada 2020 dan 2021 berikutan pandemik COVID-19 yang melanda di seluruh dunia.
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

