Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

"Kamu Kejam Rampas Bayi Kami," - Bapa Bayi

Suhana Veru

Kongsi melalui


Gara-gara sikap pemandu yang membawa muatan secara berlebihan, sebuah kereta terbalik menyebabkan  seorang bayi yang masih dalam kandungan ibunya, terkorban.

Kemalangan yang berlaku di Gerik itu menyebabkan ibu bayi itu cedera parah.


Menerusi kumpulan Facebook Dashcam Owners Malaysia, suami mangsa yang juga pemandu kereta meluahkan kemarahannya kerana bayi sulungnya terkorban.

“Saya bersama isteri mengalu-alukan bayi kami ke dunia ini, disebabkan kejadian ini kamu (pemandu lori) telah membawa bayi kami ‘pergi’.

“Kejadian ini boleh dielakkan, tetapi disebabkan kecuaian pemandunya dan pihak syarikat terlibat menyebabkan kejadian ini berlaku.

“Saya tidak akan memaafkan kamu semua. Setakat ini, tiada sesiapa dari pihak syarikat kamu dan pihak syarikat pengangkutan menghubungi untuk meminta maaf atau bertanya khabar,” luahnya.


Tambahnya, gara-gara kemalangan itu, rahim isterinya  pecah, tulang belakangnya terbelah, tiga tulang rusuk patah, otak dan hatinya cedera.

“Ini anak pertama kami, kenapa kamu semua begitu kejam ‘rampas’ dia daripada kami?” soalnya.

Sementara itu, satu klip video yang dimuat naik ke Facebook menunjukkan treler yang dipandu laju di satu selekoh tajam menyebabkan beberapa muatan terjatuh di atas jalan raya lalu menghempap beberapa kenderaan.

Insiden yang berlaku dalam sekelip mata itu turut menyebabkan beberapa kenderaan rosak teruk. 

Tag:

gerik
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto
Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam

Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam

Kemalangan Tragis Depan Central i-City: Keluarga Mangsa Rayu Saksi Tampil Bantu Siasatan.

16-07-2026
Berita Auto
Golongan Usia 16 Hingga 40 Tahun Dominasi 69.4 Peratus Statistik Kemalangan Jalan Raya

Golongan Usia 16 Hingga 40 Tahun Dominasi 69.4 Peratus Statistik Kemalangan Jalan Raya

Hampir 70% Kemalangan Jalan Raya Babitkan Golongan Muda.

16-07-2026
Berita Auto
Polis Bantuan KTMB Kini Guna Scrambler Buru Pencuri Kabel

Polis Bantuan KTMB Kini Guna Scrambler Buru Pencuri Kabel

Jangan Terkejut Kalau Nampak Abang Polis KTMB Naik Scrambler Tepi Landasan Selepas Ini.

16-07-2026
Berita Auto
Bawa Kereta Ke Thailand? Wajib Ada Lesen Memandu Fizikal

Bawa Kereta Ke Thailand? Wajib Ada Lesen Memandu Fizikal

Jangan Anggap Semua Negara Sama, JPJ Dedah Sebab Anda Perlu Lesen Fizikal ke Thailand

15-07-2026
Berita Auto
LRT 3 Pula Dah ...

LRT 3 Pula Dah ...

LRT 3 laluan Shah Alam alami isu teknikal baru-baru ini.

14-07-2026
Berita Auto
Harga Petrol  Malaysia Lebih Rendah Berbanding Arab Saudi, UAE

Harga Petrol Malaysia Lebih Rendah Berbanding Arab Saudi, UAE

Harga petrol Malaysia lebih murah berbanding Arab Saudi, UAE.

14-07-2026
Berita Auto
Pindaan Akta 333 Beri Kuasa Mahkamah Perintah Pesalah  Bayar Pampasan Kepada Waris

Pindaan Akta 333 Beri Kuasa Mahkamah Perintah Pesalah Bayar Pampasan Kepada Waris

Pindaan Akta 333: Mahkamah Diberi Kuasa Arah Pesalah Jalan Raya Bayar Pampasan Kepada Waris.

14-07-2026
Berita Auto
DBKL Guna Lampu Isyarat AI Atasi Kesesakan Trafik Kuala Lumpur