Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Lampu Brek Ketiga Tak Hidup? Sedia Disaman Hingga RM2K, Penjara 6 Bulan – PDRM

Sofea Najmi

Kongsi melalui



Bila kali terakhir anda memeriksa lampu brek ketiga kereta? Kalau sudah lama tidak diperiksa, pastikan anda buat perkara ini terlebih dahulu sebelum bergerak keluar nanti, atau melayanglah duit kena saman


Dalam satu perkongsian terbaharu yang dibuat di platform media sosial, PDRM, ketiadaan lampu brek ketiga boleh menyebabkan pemilik kenderaan dikenakan tindakan di  bawah Seksyen 119(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 bagi kesalahan am dan penalti dengan denda sehingga RM2,000 atau penjara tidak lebih daripada 6 bulan!



Bukanlah satu kesalahan ringan!


Persoalannya bagaimana kita nak tahu sama ada lampu brek ketiga kereta menyala atau tidak? Anda boleh meletakkan kamera untuk merakamkan sudut belakang kereta dan cuba menekan brek. Lihat kembali rakaman tersebut untuk mengetahui sama ada lampu tersebut berfungsi atau tidak. 


Baca: Pemandu Treler Bawa Muatan Lebih Punca Bayi Mati Rupanya Ada Banyak Kes Saman!


Ingat, lampu ini penting bukan sahaja untuk keselamatan diri dan penumpang kereta anda, tetapi juga pengguna jalan raya yang lain agar dapat mengambil tindakan yang sepatutnya seperti memperlahankan kenderaan sebaik melihat lampu brek ketiga ini menyala. 




Komen orang ramai mengenai isu ini di Facebook:


Yang ubah warna lampu signal pun kena ambil tindakan, ada ke yang tukar lampu signal warna merah, tak perasan kalau dia brek dengan bagi signal sekali. – Nazri 


Baru tukar lampu brek ketiga ni. Lampu ni kalau terbakar memang tak perasan sangat kecuali peka sebelum memandu. Tambah-tambah tengah bawa dia terbakar aku pun tak tahu nak cakap macam mana. Tak padan kerana RM2 kena saman beratus atau beribu… – Syahril


Rosak lampu semasa sedang memandu, tanpa disedari pemandu. Kena dekat roadblock PDRM, RM100 kena saman tanpa alasan. Saya rasa itu penganiayaan. Driver e-hailing susah susah nak cari RM100 sekali kena saman. Lampu brek ke-3 paling susah nak cek kendiri dan perasan kerosakan. Lampu brek ke-3 kurang penting sebab ada taillight lain yang akan menyala lebih terang apabila brek pedal dipijak. Melainkan kena ganti setahun sekali. Kalau tukar bulb LED mmg tahan la. Tapi payah nak cari jenis ni. Lampu signal paling mudah dianogsis. Tak blink, adalah bulb yang rosak. – Sofi Sotin


Apa pula pendapat anda mengenai perkara ini?


ARTIKEL BERKAITAN

Baca: Diskaun 50% Hanya Untuk Saman Terpilih

Baca: Pemandu Treler Bawa Muatan Lebih Punca Bayi Mati Rupanya Ada Banyak Kes Saman!

Baca: [VIDEO] “OKU Parking Tempat OKU Pun Kena Saman?” – Lelaki Ini Tak Puas Hati


Tag:

PDRM MALAYSIA saman
lampu brek
Facebook
lampu brek ketiga
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Dalam 3 Hari, PDRM Kutip Lebih RM9 Juta Saman Tertunggak

Antara kesalahan tertinggi ialah memandu laju, mengabai isyarat lalu lintas dan halangan lalu lintas.

26-11-2024
Berita Auto

Tak Bayar Saman Trafik, PDRM Masih Simpan Rekod Tahun 1990!

PDRM menunjukkan terdapat lebih 43.5 juta saman berdaftar membabitkan nilai RM6.5 bilion masih tertunggak dan belum dijelaskan sejak 1990 sehingga 6 November lalu.

08-11-2024
Berita Auto

Jom Bayar Saman Trafik Di MAEPS, Esok

Pemberian saman itu hanya untuk saman terpilih.

12-07-2024
Berita Auto

PDRM Kutip Lebih RM1 Juta Diskaun Saman

PDRMberjaya mengutip lebih RM1 juta pembayaran saman selepas menawarkan diskaun saman 50%.

07-07-2024
Berita Auto

Polis Terenggangu Tawar Diskaun Saman Trafik

Jom bayar saman tertunggak di Terengganu.

03-07-2024
Berita Auto

Siapa Ada Saman Tertunggak? Wajib Baca

Jom langsaikan saman tertunggak pada hujung minggu ini di Melaka.

23-05-2024
Berita Auto

Kereta Tak Boleh Keluar, Terpaksa Naik Grab

Kes double park, hubungi terus polis trafik.

20-02-2024
Berita Auto

Diskaun Saman, Bukan SEMUA Saman Dapat Diskaun

Perhatian! Buat pesalah trafik, PDRM tawar diskaun saman 50%.

24-01-2024

Berita Terkini

Berita Auto

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026
Berita Auto

Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.

01-09-2026
Berita Auto

Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.

01-09-2026
Berita Auto

Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.

30-08-2026
Berita Auto

Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.

29-08-2026