Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

LRT Kelana Jaya Tergendala, Pengguna Kecewa

Suhana Veru

Kongsi melalui


Situasi di LRT Kelana Kaya. Gambar: pengguna Twitter @LRLR42097845

Rata-rata pengguna  Perkhidmatan transit aliran ringan (LRT) mengeluh apabila LRT laluan Kelana Jaya buat hal lagi ketika orang ramai bersesak untuk ke tempat kerja, pada awal pagi tadi.

Ada yang berkongsi beberapa foto di Twitter mengenai situasi tersebut dimana orang ramai terpaksa beratur panjang sementara menunggu ketibaan tren.

"Apa-apa perubahan dalam politik Negara sekali pun, LRT masih rosak pagi-pagi",” komen seorang pengguna Twitter.

Sebaliknya Rapid KL berkata,  kelewatan berlaku disebabkan baik pulih yang sedang dijalankan di laluan berkenaan yang berpunca daripada gangguan pada isyarat tren.

Untuk itu, pihak Rapid KL menjangkakan kekerapan 15 minit di beberapa stesen antara Gombak dan Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC),” katanya menerusi ciapan di Twitter.

Bagaimanapun setakat pukul 8 pagi tadi,  Rapid KL memaklumkan kerja baik pulih telah selesai manakala isyarat kembali normal, dengan jadual perjalanan sedang diselaraskan dan kekerapan dijangka pulih dalam masa 10 minit.

Untuk makluman, ini bukan kali pertama LRT Laluan Kelana Jaya tergendala sebaliknya pernah mendapat perhatian akhbar tempatan gara-gara operasinya  terpaksa dihentikan selama hampir seminggu pada 9 November lalu.


Untuk itu, sebaik Anthony Loke dilantik sebagai Menteri Pengangkutan, beliau terus membuat tinjauan di LRT laluan Kelana Jaya.


Anthony Loke (memakai topi hitam) menyamar sebagai penumpang.

Beliau turut mengakui keadaan cukup sesak  terutama ketika waktu puncak sehingga menyebabkan penumpang tidak berasa selesa.

Bagi menyelesaikan perkara, beliau berjanji akan mengadakan mesyuarat dengan pengurusan tertinggi Prasarana untuk menaik taraf perkhidmatan pengangkutan awam.

Apapun kita tunggu tindakan seterusnya yang akan diambil Anthony Loke!


Gallery

Tag:

LRT Kelana Jaya
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

LRT Kelana Jaya Meragam Lagi, Ribuan Pengguna Terkandas

Penumpang disarankan menggunakan laluan alternatif lain.

18-05-2026
Berita Auto

Satu Lagi Tren Dikeluarkan Dari Laluan Kelana Jaya, Pengguna Pula Berang

RapidKL mengesahkan bahawa sebuah tren telah dikeluarkan daripada perkhidmatan di Stesen Damai akibat isu teknikal.

27-02-2026
Berita Auto

Rosak Lagi, Tapi Baik Pulih LRT Laluan Kelana Jaya Sudah Selesai

Operasi perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Kelana Jaya kembali pulih selepas kerja-kerja baik pulih akibat gangguan suis.

06-01-2023
Berita Auto

LRT Kelana Jaya Dijangka Pulih Sepenuhnya. - Anthony Loke

LRT bagi laluan Kelana Jaya dijangka pulih pada tahun hadapan.

08-12-2022
Berita Auto

Menteri Menyamar Jadi Penumpang LRT Sebab..

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke meninjau perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) laluan Kelana Jaya, petang tadi.

06-12-2022
Berita Auto

[DIKEMASKINI] Perkembangan Terkini Isu LRT Laluan Kelana Jaya

Perkembangan terkini isu LRT laluan Kelana Jaya.

13-11-2022

Berita Terkini

Berita Auto
Berita Auto

Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh

Hyundai & BHS Auto Lancar Bilik Pameran 1S Baharu di Ipoh – Sasar 25 Cawangan Menjelang Akhir 2026

17-07-2026
Berita Auto

Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris

Pesalah Jalan Raya Bakal Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris Melalui Pindaan Akta 333.

17-07-2026
Berita Auto

Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan

Kerajaan Kekalkan Prosedur Semasa Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas.

17-07-2026
Berita Auto

Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam

Kemalangan Tragis Depan Central i-City: Keluarga Mangsa Rayu Saksi Tampil Bantu Siasatan.

16-07-2026
Berita Auto

Golongan Usia 16 Hingga 40 Tahun Dominasi 69.4 Peratus Statistik Kemalangan Jalan Raya

Hampir 70% Kemalangan Jalan Raya Babitkan Golongan Muda.

16-07-2026
Berita Auto

Polis Bantuan KTMB Kini Guna Scrambler Buru Pencuri Kabel

Jangan Terkejut Kalau Nampak Abang Polis KTMB Naik Scrambler Tepi Landasan Selepas Ini.

16-07-2026
Berita Auto

Bawa Kereta Ke Thailand? Wajib Ada Lesen Memandu Fizikal

Jangan Anggap Semua Negara Sama, JPJ Dedah Sebab Anda Perlu Lesen Fizikal ke Thailand

15-07-2026