Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Rafizi Pernah Kongsi Formula Turunkan Harga Kereta

Suhana Veru

Kongsi melalui


Sekitar tahun 2013, Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli ada berkongsi formula bagaimana untuk menurunkan harga kenderaan yang kini dilihat semakin melonjak.

Beliau berkata harga sesebuah kereta boleh menjadi murah sekiranya cukai eksais dan cukai  jualan dihapuskan secara berperingkat.

“Misalnya, Perodua Myvi 1,800 cc, cukai eksais yang dikenakan ialah 75 peratus, cukai jualan 10 peratus, maka jumlah cukai keseluruhannya adalah 85 peratus.

“Kalau harga kereta Myvi adalah RM46,000, maka harga keretanya RM24,860 dan selebihnya RM21,140 adalah harga cukai yang perlu dibayar,” katanya dalam satu rakaman video.


Malah, beliau turut berkongsi harga beberapa model kereta yang dijual pada harga mahal kerana cukai eksais dan cukai jualan yang tinggi.


Dalam pada itu beliau turut mempersoalkan bagaimana untuk menurunkan harga  kereta?

“Harga kereta boleh diturunkan sekiranya cukai yang tinggi itu dipotong sebab itu Pakatan Rakyat  akan menghapuskan cukai kereta secara  berperingkat-peringkat dalam tempoh lima tahun.

"Penurunan cukai secara beperingkat  itu dilihat perlu untuk memastikan harga kereta sedia ada tidak jatuh  secara merudum. Di bawah stuktur cukai sekarang (tahun 2013), kerajaan Barisan Nasional kutip RM 7.6 bilion setahun daripada cukai kereta pada setiap tahun," ujarnya.


Ini bermakna sekiranya parti Pakatan Rakyat (Parti Keadilan Rakyat)  mentadbir negara, harga kenderaan yang dijual di Malaysia bakal diturunkan dengan memotong cukai sebanyak 20 peratus pada setiap tahun.

“Biarpun, hasil negara akan berkurangan 20 peratus namun ia akan digantikan dengan hasil baharu iaitu melelong dan menjual AP permit kereta import secara terbuka yang dijangka dapat mengutip RM2 bilion setahun,” katanya.

Sebaliknya, formula yang dikongsi sembilan tahun lalu kini menjadi isu yang paling ditunggu-tunggu oleh rakyat Malaysia.

Orang ramai ternyata ternanti-nanti formula itu setelah Pakatan Harapan (PH) kembali memerintah setelah berjaya membentuk Kerajaan Perpaduan bersama parti komponen lain termasuk Barisan Nasional (BN).

“Sekarang tibalah masanya untuk dia (Rafizi) mempraktikkan segala formula yang dikeluarkan dahulu.

“Semoga dipermudahkan segala urusan, sesiapa yang nak beli kereta ‘hold’ (tunggu) dulu, tunggu menteri umumkan perlaksanaan formula tersebut,” komen seorang pengguna media sosial, Azizi Hamid.


Tag:

Perodua Myvi
cukaijualan
dutieksais
rafiziramli
PKR
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Tuah 'Download' P-Circle, Pelajar UiTM Menang Perodua Myvi

Tuah Menggunakan Super App P-Circle, Penuntut UiTM Dipilih Pemenang Utama Myvi 1.3G.

07-07-2026
Berita Auto

Tawaran Terhad Jun 2026: Perodua Umum Kempen Rebat Tunai Hingga RM1,000 Untuk Model Terpilih

The King Ada Diskaun! Myvi, Bezza & Axia Kini Lebih Murah Sepanjang Jun!

09-06-2026
Berita Auto

Tamatlah Era Myvi Lama? Perodua Myvi D01D Bakal Ubah Segalanya?

Perodua Myvi D01D: Segala Butiran Yang Kita Ketahui Setakat Ini.

17-04-2026
Tips

Proton e.MAS 5 Atau Perodua Myvi: Jangan Pening Pilih Kereta, Ini Kira-Kira Padu Untuk Kos 5 Tahun

Jangan Pening Pilih Kereta! Myvi vs Proton e.MAS 5: Mana Satu Yang Tak 'Makan' Gaji Anda Selepas 5 Tahun?

08-03-2026
Berita Auto

Perodua Paling Laku Dalam Malaysia, Jangka Jualan Cecah 820,000 Unit Untuk 2025

Perodua menjangka jumlah keseluruhan industri (TIV) akan mencecah 820,000 bagi tahun 2025.

13-01-2026
Berita Auto

2 Kereta Terbakar Ketika Tunjuk Ekzos Berapi, Mujur Pemandu Tak Mati

Sebuah Perodua Myvi terbakar 90% manakala Toyota Vios terbakar 2% ketika si pemandunya menunjukkan aksi ekzos terbakar dalam satu pameran kereta di Klang.

22-12-2025
Global

Perodua Ativa, Myvi Dilancar Di Sri Lanka, Bernilai Ratusan Ribu Ringgit

Perodua Ativa dan Myvi akhirnya dilancarkan secara rasminya di pasaran Sri Lanka, baru-baru ini namun kedua-dua model itu dijual pada harga yang tinggi berbanding di Malaysia.

03-11-2025
Berita Auto

Perodua Kaji Balik Strategi Di Indonesia Termasuk Di Timor Leste

Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) sedang menilai semula strateginya di Indonesia memandangkan negara republik itu sedang membangunkan kereta nasional sendiri.

31-10-2025

Berita Terkini

Berita Auto

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026
Berita Auto

Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.

01-09-2026
Berita Auto

Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.

01-09-2026
Berita Auto

Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.

30-08-2026
Berita Auto

Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.

29-08-2026