- Berita
- EV
- Sasar 38% TIV EV Dua Tahun Lagi

Kerajaan kini amat komited dalam industri kenderaan elektrik (EV) sehingga meletakkan sasaran untuk mencapai 38 peratus jualan automotif keseluruhan daripada EV menjelang tahun 2024.
Perkara itu dikongsi Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz selepas melancarkan kenderaan elektrik sepenuhnya, Atto 3 di ibu negara, pagi tadi.

TENGKU ZAFRUL.
Beliau berkata, kerajaan amat menyokong agenda EV bagi memastikan masa depan yang lebih mampan untuk semua rakyat Malaysia.
“Dasar Automotif Nasional, atau NAP 2020, dan Rangka Tindakan Mobiliti Rendah Karbon menggariskan hala tuju kerajaan dalam pembangunan industri EV negara,
“Untuk itu, kerajaan amat komited untuk menarik pelaburan EV dan memenuhi sasaran nasional sebanyak 15% dan mahu mencapai 38% daripada jumlah industri menjelang 2040,” katanya
Mengulas lanjut mengenai pasaran EV, beliau berkata, kerajaan berhasrat untuk memiliki 10,000 stesen pengecas awam menjelang tahun 2025.
Bagi mencapai matlamat itu,, pasukan petugas EV kebangsaan (NEVT) yang diketuai oleh MITI dan terdiri daripada kementerian dan agensi kerajaan akan melaksanakan amalan pembangunan EV secara holistik.
Kementeriannya juga akan membincangkan dengan pihak berkaitan untuk mengembangkan lagi industri EV tempatan, termasuk untuk membawa lebih banyak pelaburan bagi pemasangan EV di Malaysia termasuk memperkukuhkan lagi sokongan selepas jualan.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

