Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Angkara Dua Kereta Lumba Bergesel, Seorang Penonton Terkorban

Suhana Veru

Kongsi melalui


Gara-gara  sebuah kereta lumba terbabas sehingga terkeluar dari litar menyebabkan seorang penonton terkorban ketika menonton perlumbaan itu pada jarak dekat di Litar Dato’ Sagor, Kampung Gajah, Perak semalam.

Apa yang cukup menghairankan ialah bagaimana pihak penganjur boleh membenarkan para penonton berdiri di kawasan berumput yang cuma dalam jarak 30 kaki dari litar lumba itu dan tiada sebarang penghadang diletakkan di lokasi kejadian.

Untuk makluman anda, litar lumba perlu mempunyai ciri ciri keselamatan seperti benteng, beg udara, beg habuk papan dan juga kawasan tersasar (run-off) yang telah direka untuk mengurangkan risiko kecederaan. 

Ketua Polis Perak, Mohd Yusri Hassan Basri mengesahkan kejadian itu dan memaklumkan lelaki malang itu yang merupakan pengusaha bengkel kenderaan telah meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di  Hospital Changkat Melintang.

Dua buah kereta yang sedang berlumba bergesel hingga menyebabkan salah sebuah kenderaan tersebut terbabas. - Foto Sinar Harian/media sosial

Difahamkan kedua-dua kenderaan bergesel antara satu sama lain semasa menghampiri garisan penamat mengakibatkan kedua-duanya gagal dikawal.

“Satu daripadanya terbabas ke kanan laluan litar lalu memasuki bahagian berumput, yang ketika itu terdapat beberapa penonton sedang berdiri menyaksikan perlumbaan dan hanya melanggar seorang penonton.

Bagaimanapun, tiada mangsa lain terlibat dalam insiden itu dan polis kini masih menjalankan siasatan lanjut.

Untuk info, kejadian berlaku ketika pertandingan “CCT Battle of Champion” berlangsung di litar itu membabitkan penyertaan 60 kereta.

Semasa pertandingan diadakan, ia membabitkan kategori 1800cc untuk lima pusingan membabitkan 12 Proton Satria.




Tag:

litardatosagor
penontonmaut
protonsatria
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto
Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto
730 Orang Terkorban Di LPT1

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto
981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto
Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026
Berita Auto
Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.

01-09-2026
Berita Auto
Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.

01-09-2026
Berita Auto
Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.

30-08-2026
Berita Auto
Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.

29-08-2026