Link Copiedcheck_circle
EV

EV Terkecil & Termurah Volvo, EX30, Bakal Diperkenalkan Jun 2023, Sasar Golongan Muda

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Volvo EX30 (kiri) di sebelah Volvo EX90 (kanan) (Foto: Carscoops)


Khabarnya tidak lama lagi, syarikat pengeluar kereta daripada Sweden, Volvo, akan memperkenalkan kenderaan elektrik (EV) terbaharu. Namun untuk keluaran kali ini, Volvo akan menawarkan sesuatu yang berbeza bagi menarik lebih ramai golongan muda terhadap jenama tersebut, lapor Electrek. 


Baru-baru ini, Volvo telah mendedahkan 6 model EV yang bakal dilancarkan dan ini termasuk EX30, yang dikatakan sebagai sebuah EV “terkecil dan termurah” yang pernah dihasilkan Volvo. 


Ketua Pegawai Operasi Volvo, Jim Rowan berkata,  “SUV lebih kecil” itu akan didedahkan kepada umum pada 15 Jun nanti. Menurut beliau, “SUV baharu yang lebih kecil itu adalah penambahan terbaharu dalam barisan [EV]. Demografi usia di Volvo terlalu berumur daripada apa yang kami inginkan. Kami ingin menarik lebih ramai orang muda kepada jenama ini.


Volvo EX30 (kiri) di sebelah Volvo EX90 (kanan) (Foto: Carscoops)


"Saya fikir itu akan menjadi titik harga yang sangat baik pada tahap permulaan. Sangat selamat, jarak gerak yang bagus, saiz yang baik, lebih kecil daripada 40.  Buat pertama kali, kami ingin menarik demografi yang berbeza. Dan mungkin demografi inilah yang akan membuat pembelian secara dalam talian.”




Buat masa ini, maklumat terperinci mengenai EX30 masih belum didedahkan namun apa yang pasti model ini akan ditawarkan pada harga permulaan yang rendah, dengan reka bentuk yang tampil lebih ‘berani’ dan berukuran jauh lebih kecil daripada EV lain yang pernah dikeluarkan Volvo.


SUV kecil itu nanti akan dibina berdasarkan platform SEA Geely, platform sama yang akan digunakan dalam penghasilan Polestar 4. 




Sumber: Electrek, Carscoops


Baca: Volvo Catat Rekod Jualan Memberangsangkan, Kereta Volvo Laku Keras Tahun Lalu

Tag:

SUV
Volvo
Kereta Elektrik
Kenderaan Elektrik
SUV Elektrik
Volvo EX30
EX30
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

DUKE: SUV Terbakar, Nahas Babit 3 Kenderaan

Sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) terbakar dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Lebuhraya DUKE dari arah Duta menghala ke Ampang, di sini, hari ini.

19-01-2026
Berita Auto

GWM WEY 80 Dinamakan Sebagai WEY G9, Dikhabarkan Bakal Masuk Pasaran Tidak Lama Lagi

GWM Malaysia telah menamakan semula WEY 80 kepada GWM WEY 9, baru-baru ini.

17-09-2025
Berita Auto

Lagi Kemalangan Maut Di LPT 1

Seorang remaja perempuan berusia 19 tahun yang memandu tanpa lesen maut di LPT 1.

19-08-2025
Global

Lagi Model BYD Bakal Dilancar, Kali Ini, Denza N9, Macho Habis

BYD Denza N9 akan dilancarkan secara rasminya pada Mac ini.

04-02-2025
Berita Auto

Kereta Paling Banyak Dicuri Di Malaysia, SUV, 4X4, Trak Pikap

Hati-hati buat semua pemilik kereta SUV, 4X4 dan trak pikap kerana kenderaan ini menjadi sasaran pencuri.

12-11-2024
Global

GWM Tank 500 Raih ANCAP 5 Bintang! Ada Sensor Kesan Kehadiran Kanak-Kanak Dalam Kereta

GWM Tank 500 baru-baru ini telah meraih penarafan keselamatan lima bintang dalam Program Penilaian Kereta Baharu Australasian (ANCAP).

29-05-2024
Kereta Baru

GAC GS3 EMZOOM Kini Rasmi Di Malaysia – Dari RM118K

WTCA telah secara rasminya melancarkan SUV kompak, GAC GS3 EMZOOM di Malaysia.

18-04-2024
Berita Auto

SUV Ranggi, GWM Tank 300 Masuki Pasaran Malaysia Tak Lama Lagi?

GWM beri petanda akan bawa masuk GWM Tank 300 di Malaysia tidak lama lagi.

08-02-2024

Berita Terkini

EV

Analisis: Isu PHEV Cas Di R&R Musim Raya, Siapa Patut Mengalah?

Isu Cas DI R&R Pada Musim Raya: Wajarkah Kenderaan PHEV Guna Stesen Pengecas EV?

04-06-2026
EV

Selangor Beri Jaminan Infrastruktur EV Tak Tumpu Di Bandar Sahaja

Agenda EV Selangor Makin Rancak: 500 Lokasi Baharu Bakal Dikenal Pasti, Luar Bandar Turut Jadi Fokus!

04-06-2026
EV

Siri e.MAS Makin Laku Keras, PRO-NET Acah Pelancaran Model Baharu 8 Hari Lagi

Misteri Angka 7: Proton e.MAS Bakal Dedah Sesuatu Yang Baharu Tidak Lama Lagi.

04-06-2026
EV

Lebih 3,500 Pemandu Proton Pilih ChargeSini Pasang Wallbox Di Rumah

Dah Tak Payah Pening Kepala! Ini Sebab Kenapa 3,500+ Pemilik Proton Pilih ChargeSini Untuk Pasang Wallbox.

29-05-2026
EV

Bukan Sekadar EV: Proton e.MAS Bina Ekosistem Pintar Buat Rakyat Malaysia

Lebih daripada RM40 juta telah dilaburkan dalam pembangunan infrastruktur digital tempatan.

28-05-2026
EV

PRO-NET Agresif: Buka 2 Lagi Outlet Premium Pasca Lonjakan Jualan Proton e.MAS

Fenomena Proton e.MAS: Jualan naik mendadak 329.5%, Pro-Net buka 2 lagi outlet di KL.

22-05-2026
EV

BEV 94,165 Unit: Ini Bukti Rakyat Malaysia Makin Serius Beralih Ke EV

Ubah Status Dari 'Trend' Ke 'Keperluan': Kerajaan Atur Strategi Pecut Ekosistem EV.

20-05-2026
EV

Pentas EV Berubah, Zeekr Kini Jenama EV Premium No. 1 Malaysia

Zeekr Kini Raja EV Premium Baharu Malaysia!

19-05-2026