- Berita
- Global
- Geely Dedah Logo Baharunya

Syarikat automotif gergasi China, Geely mendedahkan logo baharunya yang kelihatan lebih ringkas. Rekaan logo baharu ini adalah yang ketiga sejak ia diasaskan pada tahun 1986
Logo baharu ini merupakan evolusi daripada dua logo terdahulu, tanpa elemen 3 dimensi dan kelihatan lebih rata.
Kali ini, logonya dilihat menonjolkan gril putih dengan garisan mendatar, menegak selain melengkung sedikit ke bawah.
Untuk makluman, ia adalah versi logo paling asas sejak siluet asal gunung merah digunakan.

Difahamkan, logo terbaharu ini merujuk dari "Innovative Geely 4.0" yang digunakan baru-baru ini. Persamaannya dapat dilihat dari penampilan gril lebar dengan enam panel serta bar mendatar dan dua garisan menegak.
Reka bentuk tersebut mula diperkenalkan pada 2013, semasa memperkenalkan logo “Refined Cars 3.0 Era“. Kedua-duanya menampilkan segmen hitam dan biru, yang mewakili “bumi dan langit”.
Biarpun, Geely tidak mengulas lanjut berhubung logo baharunya namun ia berkata:
“Ia adalah langkah pertama untuk memperkenalkan produk yang lebih pintar dan berteknologi tinggi untuk pelanggan kami,” katanya.
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

