Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Jadikan Iktibar, Jangan Potong Garisan Kembar!

Suhana Veru

Kongsi melalui


Seorang anggota bomba menggunakan semburan buih untuk memadamkan api. Foto: Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Krau.

Gara-gara potong di garisan kembar, dua mangsa rentung apabila pemandu Proton Persona yang dinaiki mereka dirempuh sebuah lori tanah.

Kejadian mengerikan itu berlaku di  Kilometer (KM) 28 Jalan Jerantut-Temerloh, Kuala Krau, Temerloh, Pahang.

Ketua Polis Daerah Temerloh, ACP Mohd Azhar Mohd Yusoff berkata, kereta dipandu mangsa dipercayai memotong di garisan berkembar dan dirempuh lori seberat 10 tan.


"Berikutan itu, kereta terbabit telah diseret lebih kurang 20 hingga 30 meter sebelum terbakar," katanya dalam satu kenyataan.

Susulan itu, pemandu dan penumpang kereta gagal menyelamatkan diri kerana tersepit menyebabkan kedua-dua lelaki itu rentung dan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Buat masa ini, salah seorang mangsa sudah dikenal pasti yang berumur 35 tahun manakala, pemandu Proton Persona yang juga lelaki dewasa, masih belum dikenal pasti identitinya.

Kejadian itu turut tular di internet apabila pasukan bomba dilihat bertungkus-lumus memadamkan kebakaran kereta berkenaan.


Gallery

Tag:

rentung
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto

Perhatian Pengguna LRT, Laluan Tren Kelana Jaya Beroperasi Biasa!

Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) menegaskan bahawa tiada sebarang gangguan perkhidmatan tren di Laluan Kelana Jaya pagi tadi.

27-02-2026
Berita Auto

Mazda MX-5 Generasi Baharu Bakal Guna Sistem Hibrid?

Masa depan Mazda MX-5 akhirnya terjawab. Generasi baharu roadster Mazda ini bakal tiba dengan teknologi elektrik. Sistem trenkuasa model generasi ‘NE’ itu terpaksa melalui transformasi yang drastik.

27-02-2026
Berita Auto

Satu Lagi Tren Dikeluarkan Dari Laluan Kelana Jaya, Pengguna Pula Berang

RapidKL mengesahkan bahawa sebuah tren telah dikeluarkan daripada perkhidmatan di Stesen Damai akibat isu teknikal.

27-02-2026
Berita Auto

Jangan Ingat Kami Tak Tahu! Pegawai JPJ Tali Barut Kartel Tonto Dalam Radar SPRM

Isu kartel tonto yang membarah dalam kalangan penguatkuasa akhirnya mendapat perhatian serius.

27-02-2026
Berita Auto

Komponen Axia Hilang, Kejadian Di Putrajaya

Beberapa komponen kenderaan termasuk tayar melibatkan dua kereta Perodua Axia hilang.

26-02-2026
Berita Auto

Isu Kereta Terbiar, Kerajaan Hasrat Pinda Akta

Kerajaan berhasrat untuk meminda Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) bagi memperluas skop kawasan penguatkuasaan untuk menguruskan isu kenderaan terbiar dalam kawasan perumahan strata.

26-02-2026
Berita Auto

PM Puji Keberanian 7 Pemuda Selamatkan Tiga Mangsa Kemalangan Di Tasik Biru

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah buat tujuh pemuda yang bertindak berani menyelamatkan tiga mangsa kemalangan di Tasik Biru, Kundang, Rawang, semalam.

26-02-2026
Berita Auto

Harga RON97, RON95, Diesel Naik 5 Sen Hingga 4 Mac 2026

Harga runcit terkini bagi bahan api bermula 26 Februari hingga 4 Mac depan telah diumumkan oleh Kementerian Kewangan.

26-02-2026