Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Jalan Batang Kali Dibuka, Tapi Bukan Semua Orang Boleh Lalu

Suhana Veru

Kongsi melalui


Tragedi tanah runtuh di Batang Kali. - Gambar: Utusan Malaysia.

Sebelum ini, Jalan Batang Kali-Genting yang bertanda B66 dikatakan akan ditutup selama setahun.

Langkah itu diambil bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pembaikan jalan serta cerun yang dilakukan pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) ekoran  tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm yang mengorbankan 30 mangsa.


Kejadian tanah runtuh di tapak perkhemahan Father's Organic Farm telah mengorbankan 30 nyawa. Gambar: FMT

Bagaimanapun, proses baik pulih itu menimbulkan keresahan pelbagai pihak terutama mereka yang menggunakan jalan tersebut untuk ke tempat kerja.

Maka, kerajaan membuat keputusan untuk membuka laluan itu pada pukul 5 petang ini dengan kawalan pihak berkuasa.


Kenyataan rasmi JKR.

Namun, bukan semua pengguna boleh melalui laluan tersebut.


Jalan Batang Kali - Genting. - Gambar: Facebook.

Ini kerana ia hanya akan dibuka kepada kepada pekerja di kawasan Genting Highlands yang mempunyai surat pengesahan majikan.

Malah, hanya kenderaan ringan seperti kereta, teksi, motosikal dan skuter dibenarkan melalui laluan berkenaan.

Bagaimanapun, JKR menasihatkan pengguna yang dibenarkan melalui kawasan itu tidak berhenti di kawasan kejadian tanah runtuh sebaliknya, patuhi arahan papan tanda yang telah disediakan kerana kerja-kerja pemantauan cerun masih berjalan.

Orang awam boleh menghubungi JKR Hulu Selangor di talian 03-60641046, 03-60641146, 03-60641058 dan 03-60641073 untuk sebarang pertanyaan.


Gallery

Tag:

JKR
father'sorganicfarm
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Lencongan Jalan Lojing-Gua Musang Sudah Dibuka

Jalan Lojing-Gua Musang Dibuka Jam 5 Petang Ini, JKR Ingatkan Pemandu Kurangkan Had Laju!

21-05-2026
Berita Auto

Sebab Tanah Runtuh, Jalan Ditutup

Laluan yang terlibat akan ditutup sehingga bulan depan.

22-01-2024
Berita Auto

Sistem Aliran Bebas Pelbagai Lorong Tol Akan Diperkenal 2025

Tol tanpa palang akan diperkenalkan pada tahun 2025.

06-10-2022
Berita Auto

Kerajaan Selangor Setuju Tambah Lagi Peruntukan Baiki Cerun di Jalan Batang Kali

Kerajaan Selangor bersetuju untuk menambah peruntukan sebanyak RM21.1 juta bagi pembaikan cerun.

17-01-2023

Berita Terkini

Berita Auto

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026
Berita Auto

Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.

01-09-2026
Berita Auto

Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.

01-09-2026
Berita Auto

Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.

30-08-2026
Berita Auto

Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.

29-08-2026