Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Kia Sorento 2023 Dipertontonkan – 7 Tempat Duduk, 2 Trenkuasa, Harga Dianggarkan Dari RM220K

Sofea Najmi

Kongsi melalui



Bermaz Auto Berhad (BAuto) baru–baru ini telah mempertontonkan kepada pihak media SUV crossover Kia Sorento 7 tempat duduk generasi ke-4, dalam acara yang sama, Bermaz turut memperlihatkan trak pikap Peugeot Landtrek. 


PLATFORM KIA SORENTO 2023 




Setelah diperkenalkan buat pertama kalinya pada tahun 2021, Sorento generasi terbaharu ini kini menggunakan platform SUV crossover bersaiz sederhana N3 yang terkini daripada Kia. Platform ini menggunakan gabungan keluli dan aluminium sebagai asas binaan yang membabitkan penggunaan Keluli Berkekuatan Tinggi Termaju dan juga keluli hot-stamped dalam peratusan yang lebih tinggi berbanding keluaran sebelumnya. Platform terbaharu ini turut mempunyai ketegaran kilasan (torsional rigidity) yang 12.5% lebih tinggi serta berat yang 5.6% lebih rendah berbanding sebelum ini.


KUASA & PRESTASI KIA SORENTO 2023 


BAuto walau bagaimanapun masih belum mendedahkan sama ada varian hibrid plug-in (PHEV) akan ditawarkan atau tidak. Sebaliknya, syarikat itu mengesahkan sekurang-kurangnya dua ciri yang akan ditawarkan untuk ketiga-tiga varian yang akan dilancarkan nanti – varian asas petrol 2WD, varian pertengahan petrol AWD dan varian yang tertinggi diesel AWD. 




Kedua-dua varian petrol tersebut akan menggunakan enjin MPI 4 silinder  SmartStream 2.5L dengan transmisi automatik 6-kelajuan yang memberikannya output 177 hp/232 Nm. Sementara itu, varian yang tertinggi pula dikuasakan oleh enjin 4 silinder turbo-diesel SmartStream 2.2L yang digabungkan dengan transmisi DCT 8-kelajuan yang memberikannya output 199 hp/440 Nm. 


REKA BENTUK KIA SORENTO 2023 




Dari segi dimensi, Kia Sorento terbaharu tampil lebih panjang, lebar dan tinggi berbanding yang terdahulu, selain turut memiliki jarak antara roda yang lebih panjang. Dari segi rekaan, keluaran kali ini dipasangkan dengan lampu LED baharu, namun masih menampilkan gril berbentuk ‘hidung harimau’ (Tiger Nose) yang merupakan reka bentuk signatur Kia.


KABIN KIA SORENTO 2023 




Bergerak ke bahagian dalam, model ini menggunakan skrin infotainmen  bersaiz 10.25 inci yang boleh disambungkan dengan telefon pintar Apple dan Android, paparan instrumen digital 12.3 inci dan sistem audio premium Bose. 




Seperti sebelum ini, Sorento terus menawarkan sebuah jentera yang dapat memuatkan sehingga 7 penumpang dengan 3 barisan tempat duduk. Untuk storan, ruang but Sorento yang berkapasiti 616L boleh dibesarkan sehingga 2,011L apabila tempat duduk barisan ketiga dilipat.


CIRI KESELAMATAN KIA SORENTO 2023 




Kia Sorento 2023 dilengkapi pelbagai ciri bantuan pemandu termaju (ADAS) untuk kesemua varian. Kita boleh menjangkakan pakej sama seperti yang ditawarkan pada MPV Kia Carnival 7 dan 8 tempat duduk yang dilancarkan tahun lalu. 


ANGGARAN HARGA KIA SORENTO 2023 




Sepertimana ‘saudaranya’ MPV Carnival, model ini berkemungkinan besar akan turut dipasang secara CKD di kilang BAuto yang terletak di Kulim, Kedah. Menurut BAuto, harga jualannya dianggarkan antara RM220,000 ke RM255,000.


Pembelian itu nanti dijangka akan didatangkan dengan pakej pasca jualan sama seperti Kia Carnival iaitu jaminan pengilang selama 5 tahun/100,000 km serta pakej penyelenggaraan percuma untuk tempoh atau had perjalanan sama yang turut meliputi kos alat ganti, pelincir dan upah. 


Apa pendapat anda mengenai Sorento yang bakal dilancarkan ini? Kongsikan pandangan di ruangan komen di bawah.



Tag:

SUV
2WD
BAuto
AWD
crossover
Bermaz Auto Berhad
Kia Sorento
2023 Kia Sorento
platform N3
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

DUKE: SUV Terbakar, Nahas Babit 3 Kenderaan

Sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) terbakar dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Lebuhraya DUKE dari arah Duta menghala ke Ampang, di sini, hari ini.

19-01-2026
Berita Auto

GWM WEY 80 Dinamakan Sebagai WEY G9, Dikhabarkan Bakal Masuk Pasaran Tidak Lama Lagi

GWM Malaysia telah menamakan semula WEY 80 kepada GWM WEY 9, baru-baru ini.

17-09-2025
Berita Auto

Lagi Kemalangan Maut Di LPT 1

Seorang remaja perempuan berusia 19 tahun yang memandu tanpa lesen maut di LPT 1.

19-08-2025
Global

Lagi Model BYD Bakal Dilancar, Kali Ini, Denza N9, Macho Habis

BYD Denza N9 akan dilancarkan secara rasminya pada Mac ini.

04-02-2025
Berita Auto

Kereta Paling Banyak Dicuri Di Malaysia, SUV, 4X4, Trak Pikap

Hati-hati buat semua pemilik kereta SUV, 4X4 dan trak pikap kerana kenderaan ini menjadi sasaran pencuri.

12-11-2024
Global

GWM Tank 500 Raih ANCAP 5 Bintang! Ada Sensor Kesan Kehadiran Kanak-Kanak Dalam Kereta

GWM Tank 500 baru-baru ini telah meraih penarafan keselamatan lima bintang dalam Program Penilaian Kereta Baharu Australasian (ANCAP).

29-05-2024
Kereta Baru

GAC GS3 EMZOOM Kini Rasmi Di Malaysia – Dari RM118K

WTCA telah secara rasminya melancarkan SUV kompak, GAC GS3 EMZOOM di Malaysia.

18-04-2024
Berita Auto

SUV Ranggi, GWM Tank 300 Masuki Pasaran Malaysia Tak Lama Lagi?

GWM beri petanda akan bawa masuk GWM Tank 300 di Malaysia tidak lama lagi.

08-02-2024

Berita Terkini

Berita Auto

Komponen Axia Hilang, Kejadian Di Putrajaya

Beberapa komponen kenderaan termasuk tayar melibatkan dua kereta Perodua Axia hilang.

26-02-2026
Berita Auto

Isu Kereta Terbiar, Kerajaan Hasrat Pinda Akta

Kerajaan berhasrat untuk meminda Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) bagi memperluas skop kawasan penguatkuasaan untuk menguruskan isu kenderaan terbiar dalam kawasan perumahan strata.

26-02-2026
Berita Auto

PM Puji Keberanian 7 Pemuda Selamatkan Tiga Mangsa Kemalangan Di Tasik Biru

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah buat tujuh pemuda yang bertindak berani menyelamatkan tiga mangsa kemalangan di Tasik Biru, Kundang, Rawang, semalam.

26-02-2026
Berita Auto

26-02-2026
Berita Auto

Harga RON97, RON95, Diesel Naik 5 Sen Hingga 4 Mac 2026

Harga runcit terkini bagi bahan api bermula 26 Februari hingga 4 Mac depan telah diumumkan oleh Kementerian Kewangan.

26-02-2026
Berita Auto

Masalah Brek Punca SUV Terbabas Di Cameron Highlands

Detik cemas menyelubungi sebuah keluarga apabila SUV yang dinaiki mereka hilang kawalan sebelum terbabas masuk ke dalam gaung sedalam 15 meter di sebuah ladang teh.

25-02-2026
Berita Auto

LRT Kelana Jaya Tergendala, Ini Kata Menteri Pengangkutan

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mengakui beliau memandang serius beberapa insiden gangguan melibatkan perkhidmatan LRT Kelana Jaya pada awal Ramadan ini.

25-02-2026
Berita Auto

Pemenang Cabutan Bertuah Test Drive Chery PHEV Bawa Pulang Tiggo Cross HEV

Ibu kepada dua anak berjaya membawa pulang sebuah Chery Tiggo Cross HEV.

24-02-2026