- Berita
- Berita Auto
- Kualiti Pelekat Cukai Jalan Akan Ditambah Baik. - Anthony Loke

Pelekat cukai jalan.
Isu pelekat cukai jalan sudah lama diperdebatkan gara-gara ia mudah koyak dan gam pada pelekat itu dikatakan sukar untuk ditanggalkan.
Mendengar keluhan rakyat Malaysia yang sudah lama berlarutan akhirnya Menteri Pengangkutan, Anthony Loke memberi jaminan bahawa masalah itu akan diselesaikan pada tahun ini.

Tangkap layar status Anthony Loke di Facebook. - Gambar Ihsan: Facebook Anthony Loke.
“Saya tahu ramai orang mengadu berkenaan pelekat cukai jalan yang kurang berkualiti. Perkara itu memang dalam perhatian kami dan satu perubahan besar bakal dilaksanakan dalam tahun ini.

Pelekat cukai jalan dikatakan mudah koyak.
“Sebarang pelaksanaan inisiatif baharu akan dirancang dengan rapi dan saya akan membuat pengumuman apabila persediaan sepenuhnya telah dibuat,” katanya menerusi hantaran di Facebook, semalam.

Loke bertemu dengan pasukan JPJ. - Gambar Ihsan: Facebook Loke Anthony Siew Fook.
Beliau berkata demikian selepas mengadakan mesyuarat dengan pengurusan tertinggi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
Sementara itu bercakap mengenai agenda utama JPJ, beliau berkata, JPJ akan melaksanakan digitalisasi dalam perkhidmatan teras kepada rakyat.
Antaranya seperti pelesenan kenderaan dan pemandu selain memperkukuhkan penguatkuasaan undang-undang jalanraya.
“Agenda utama kita ialah mempermudahkan urusan rakyat dan saya tak ingin melihat orang ramai beratur panjang di pejabat-pejabat yang menyusahkan mereka,”tambahnya.
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/