Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Nak Cop Parkir Atau Nak Bayar RM500? Mana Pilihan Anda!

Suhana Veru

Kongsi melalui


Pemilik premis dilihat gemar cop parkir dengan meletakkan kerusi.

Di Johor Bahru, jika pemilik premis perniagaan bertindak cop parkir di hadapan premis, mereka sebenarnya boleh dikenakan kompaun sebanyak RM500.

Berdasarkan hasil pemeriksaan pihak berkuasa tempatan, rata-rata pengusaha spa, refleksologi, kedai aksesori kereta, restoran dan beberapa premis lain dilihat gemar cop parkir dengan meletakkan baldi, kerusi dan alat pemadam api di tempat letak kereta berkupon.


Seram, ada juga yang sanggup meletakkan batu nisan dalam pasu. 

Datuk Bandar Johor Bahru, Datuk Mohd Noorazam Osman berkata, pihaknya akan mengenakan kompaun RM500 bagi mana-mana pihak yang berbuat demikian.

“Tindakan itu dibuat mengikut undang-undang kerana menimbulkan halangan di bawah Seksyen 46 Akta 133 Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974.

“Pemilik premis yang hendak menempah petak parkir berkupon boleh memohon terus kepada Majlis Bandaraya Johor Bahru dengan bayaran RM150 sebulan, tetapi tidak ramai pengusaha premis yang memohon,” katanya.

Bagaimanapun, beliau mengakui pihaknya mengambil tindakan tegas itu kerana isu cop parkir boleh menimbulkan ketegangan antara pemilik premis dan orang awam yang ingin parkir kereta di kawasan terlibat.


Isu cop parkir juga sering berlaku di kawasan perumahan flat.

Memang benar, isu cop parkir ini sebenarnya boleh mencetuskan perbalahan.  

Apapun, perbuatan  cop parking adalah satu budaya buruk yang sukar dibuang dalam kalangan rakyat Malaysia. Selain premis perniagaan, ia sering kali berlaku di kebanyakan kawasan perumahan.


Tag:

MBJB
copparkir
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Amarah Kereta Kena Tunda, Lori Pihak Berkuasa Pula Kena Bakar

Gara-gara kereta Perodua Axia ditunda, seorang lelaki tempatan bertindak membakar lori tunda Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) kelmarin.

18-08-2025
EV

PBT Di JB Mahu Lebih Banyak Guna EV Sebab Tak Mahu Ketinggalan

Bagi menggalakkan penggunaan kenderaan elektrik (EV), pihak berkuasa tempatan di Johor Bahru digalakkan menggunakan EV.

02-12-2022

Berita Terkini

Berita Auto

Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan

Kerajaan Kekalkan Prosedur Semasa Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas.

17-07-2026
Berita Auto

Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam

Kemalangan Tragis Depan Central i-City: Keluarga Mangsa Rayu Saksi Tampil Bantu Siasatan.

16-07-2026
Berita Auto

Golongan Usia 16 Hingga 40 Tahun Dominasi 69.4 Peratus Statistik Kemalangan Jalan Raya

Hampir 70% Kemalangan Jalan Raya Babitkan Golongan Muda.

16-07-2026
Berita Auto

Polis Bantuan KTMB Kini Guna Scrambler Buru Pencuri Kabel

Jangan Terkejut Kalau Nampak Abang Polis KTMB Naik Scrambler Tepi Landasan Selepas Ini.

16-07-2026
Berita Auto

Bawa Kereta Ke Thailand? Wajib Ada Lesen Memandu Fizikal

Jangan Anggap Semua Negara Sama, JPJ Dedah Sebab Anda Perlu Lesen Fizikal ke Thailand

15-07-2026
Berita Auto

LRT 3 Pula Dah ...

LRT 3 laluan Shah Alam alami isu teknikal baru-baru ini.

14-07-2026
Berita Auto

Harga Petrol Malaysia Lebih Rendah Berbanding Arab Saudi, UAE

Harga petrol Malaysia lebih murah berbanding Arab Saudi, UAE.

14-07-2026
Berita Auto

Pindaan Akta 333 Beri Kuasa Mahkamah Perintah Pesalah Bayar Pampasan Kepada Waris

Pindaan Akta 333: Mahkamah Diberi Kuasa Arah Pesalah Jalan Raya Bayar Pampasan Kepada Waris.

14-07-2026