Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Pemandu Mabuk, Langgar Lari Toyota Vios, 2 Kanak-Kanak Kini Kritikal

Sofea Najmi

Kongsi melalui


Tragedi menimpa sebuah keluarga apabila dirempuh pemandu mabuk. Kejadian tersebut dirakam menerusi kamera papan pemuka atau dashcam pengguna jalan raya yang sama. 

Kemalangan yang berlaku ini membabitkan dua buah kenderaan iaitu kereta mangsa, Toyota Vios dan kenderaan yang merempuh,  Nissan Navara, sewaktu di Kilometer 57 Jalan Batu Pahat-Mersing, petang semalam. 

Nur Hana Humaira yang berusia setahun enam bulan mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala, pendarahan otak dan kecederaan pada tulang pinggul, sementara itu kakaknya, Nur Aisyah Humaira, 6, parah di kepala, mengalami pendarahan otak dan bengkak tulang rahang. 

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh telah mengesahkan kejadian berkenaan dan memaklumkan bahawa kedua-dua anak kecil itu masih menerima rawatan di Zon Merah Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom.

Video di bawah memaparkan kejadian tersebut:


Kemalangan turut menyebabkan bapa mereka yang juga pemandu Toyota Vios serta isteri cedera dan menerima rawatan di Zon Kuning hospital sama. 

"Tangkapan telah dibuat terhadap lelaki berusia 29 tahun yang juga pemandu Nissan Navara oleh Pegawai Polis dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang.


"Suspek dipercayai mabuk semasa kejadian itu dan sampel darahnya telah diambil untuk dihantar ke Jabatan Kimia bagi tujuan pemeriksaan toksikologi," katanya ketika dihubungi.

Kes tersebut akan disiasat mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber berita: Berita Harian | Sumber  foto: Khairen Anuar/Facebook

Baca: Hari Indah Bertukar Tragedi, 6 Maut Semasa Dalam Perjalanan Berkelah

Tag:

Toyota Vios
Nissan Navara
kemalangan
pemandu mabuk
kemalangan jalan raya
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Kereta Baru

Toyota Vios HEV 2026 Kini Di Malaysia: 2 Varian, Guna 3.6L/100km, Dari RM103,900!

UMW Toyota Motor (UMWT) secara rasmi melancarkan Toyota Vios HEV 2026 untuk pasaran tempatan hari ini.

29-01-2026
Berita Auto

Lagi Kereta Terbakar, 2 Rentung

Dua rentung selepas kereta mereka naiki merempuh pokok dan terbakar dalam kawasan ladang sawit di Jalan Tanjung Balau, Johor Bahru, pagi tadi.

22-10-2025
Berita Auto

UMW Toyota Jual Hampir 9,000 Unit Pada Julai 2025, Umum Kempen Bulan Kemerdekaan

UMWT mengumumkan pencapaian jualan pada Julai 2025 yang cukup memberangsangkan iaitu mencecah 8,877 unit kenderaan.

07-08-2025
Berita Auto

FitSURE: Bantu Ibu Bapa Pilih Kerusi Keselamatan Kanak-Kanak

Setakat ini, enam model kenderaan telah dinilai, termasuk Perodua Alza, Perodua Myvi, Proton Saga, Toyota Vios, Toyota Veloz, dan Honda City.

20-03-2025
Berita Auto

Ramai Kakitangan Awam Bankrap: Mampu Pakai Myvi, Janganlah Pakai Vios - KSN

Kakitangan awam perlu berbelanja mengikut kemampuan sendiri bukannya kehendak.

09-03-2025
Berita Auto

Guru Terselamat, Kereta Dirempuh Kereta Api

Kereta yang dipandu guru itu dikatakan rosak di tengah landasan kereta api.

25-02-2025
Berita Auto
Berita Auto

Kes Langgar Lari: Mujur Tiada Yang Terkorban

Polis telah menahan lima suspek kejadian berkenaan.

31-01-2025

Berita Terkini

Berita Auto

Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh

Hyundai & BHS Auto Lancar Bilik Pameran 1S Baharu di Ipoh – Sasar 25 Cawangan Menjelang Akhir 2026

17-07-2026
Berita Auto

Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris

Pesalah Jalan Raya Bakal Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris Melalui Pindaan Akta 333.

17-07-2026
Berita Auto

Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan

Kerajaan Kekalkan Prosedur Semasa Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas.

17-07-2026
Berita Auto

Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam

Kemalangan Tragis Depan Central i-City: Keluarga Mangsa Rayu Saksi Tampil Bantu Siasatan.

16-07-2026
Berita Auto

Golongan Usia 16 Hingga 40 Tahun Dominasi 69.4 Peratus Statistik Kemalangan Jalan Raya

Hampir 70% Kemalangan Jalan Raya Babitkan Golongan Muda.

16-07-2026
Berita Auto

Polis Bantuan KTMB Kini Guna Scrambler Buru Pencuri Kabel

Jangan Terkejut Kalau Nampak Abang Polis KTMB Naik Scrambler Tepi Landasan Selepas Ini.

16-07-2026
Berita Auto

Bawa Kereta Ke Thailand? Wajib Ada Lesen Memandu Fizikal

Jangan Anggap Semua Negara Sama, JPJ Dedah Sebab Anda Perlu Lesen Fizikal ke Thailand

15-07-2026
Berita Auto

LRT 3 Pula Dah ...

LRT 3 laluan Shah Alam alami isu teknikal baru-baru ini.

14-07-2026