Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Polis Disaman Parkir Di Tempat Motosikal

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Kereta Polis (Gambar Hiasan)


Polis pun boleh kena saman? Inilah yang berlaku selepas sebuah kenderaan milik pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dikesan menggunakan parkir motosikal.


Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Suffian Abdullah berkata, kenderaan tersebut dimiliki oleh  Polis Kontinjen Johor yang sedang melaksanakan tugas rasmi di lokasi itu. 



Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Suffian Abdullah (Sumber: Utusan)


“Polis Hulu Selangor terkesan satu hantaran di Facebook memaparkan kenderaan dipercayai milik PDRM diletakkan menyalahi peraturan lalu lintas iaitu di dalam kotak parkir motosikal.


"Hasil semakan mendapati, kenderaan terlibat merupakan kenderaan milik PDRM Kontinjen Johor yang datang ke Kuala Khubu Bharu atas penugasan rasmi," katanya dalam kenyataan pada Khamis.


Jelasnya, saman telah dikeluarkan oleh Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Hulu Selangor terhadap kereta terbabit.


Saman dikeluarkan di bawah Kaedah Lalu Lintas 16(1) LN 166/59 kerana membuat halangan lalu lintas.


"Pihak polis tidak berkompromi ke atas kesalahan yang dilakukan dan melaksanakan tindakan penguatkuasaan atas mana-mana pelanggaran yang berlaku," ujar beliau.


Komen: Undang-undang bukan hanya untuk orang tertentu, tetapi untuk semua tanpa mengira latar belakang. Sekiranya ada yang menerima ‘keistimewaan’ dan tidak diadili dengan sepatutnya, akan wujud krisis kepercayaan di negara kita. Tahniah PDRM!


Sumber: Sinar Harian

Tag:

polis
parkir
PDRM Kontinjen Johor
BSPT
Kaedah Lalu Lintas 16(1) LN 166/59
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

10 Kereta, 5 Motosikal Berkuasa Besar Polis Musnah Dalam Kebakaran

Sepuluh buah kereta dan lima buah motosikal berkuasa besar hangus terbakar.

12-09-2022
Berita Auto

‘Geng Molekwei’ Curi Kereta Mewah Jual Di Thailand Tumpas

Sindiket pecah rumah dan curi kereta mewah, “Geng Molekwei,” akhirnya tumpas!

24-08-2022
Berita Auto

Kesan Mat Rempit Guna Kamera, Suspek Akan Ditahan Di Luar Perlumbaan

Pihak polis Pulau Pinang guna kamera sebagai bahan bukti untuk menahan mat rempit.

15-08-2022
Berita Auto

[VIDEO] “OKU Parking Tempat OKU Pun Kena Saman?” – Lelaki Ini Tak Puas Hati

Seorang lelaki dalam kalangan Orang Kurang Upaya (OKU) tertanya-tanya mengapa dirinya disaman.

06-12-2022
Berita Auto

“Penduduk PPR Ini Cecah 8,000, Parkir Hanya 1,200, Mana Janji DBKL?” – Penduduk PPR KL

Sudahlah ruang parkir terlalu terhad untuk penduduk yang ramai, malah disaman lagi oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

07-11-2022
Berita Auto

Berita Terkini

Berita Auto

BUDI95: Kerajaan Jimat RM800 Juta Hasil Pelaksanaan Budi95

Kerajaan MADANI telah mengambil langkah berani menerusi BUDI95 untuk memastikan subsidi ini hanya dinikmati rakyat Malaysia, dan tidak terus dihirup lebih 3.5 juta warga asing.

21-12-2025
Berita Auto

Jualan Kereta Melonjak Pada Nov, Permintaan EV Turut Meningkat

MAA mendedahkan jualan kenderaan mencatatkan prestasi memberangsangkan pada bulan lepas.

20-12-2025
Berita Auto

Syabas! Perodua Traz Terima Penarafan 5-Bintang ASEAN NCAP

Perodua Traz yang baru dilancarkan ke pasaran tempatan beberapa hari lalu, berjaya meraih penarafan lima bintang bagi ujian pelanggaran ASEAN NCAP.

19-12-2025
Berita Auto
Berita Auto

Perodua Tambah 34 Cawangan, Ramai Minat QV-E, Sehinggakan Perodua Kini Buka Tempahan Secara Manual

Perodua telah menambahkan daripada 9 cawangan kepada 34 cawangan bagi memudahkan proses tempahan QV-E yang kini sudah dibuka secara manual.

19-12-2025
Berita Auto

Kes Curi Kabel Melonjak Hampir 70%, Prasarana Rayu Orang Ramai Turut Bantu

Hanya dalam tempoh tiga tahun, Prasarana Malaysia Bhd (Prasarana) perlu menanggung kerugian mencecah RM20.6 juta gara-gara aktiviti curi kabel yang semakin ‘rancak’ sejak kebelakangan ini.

19-12-2025
Berita Auto

Perhatian! JPJ Selangor Sudah Mula Guna Kamera Badan

Pemakaian kamera badan bertujuan untu melindungi anggota penguat kuasa daripada sebarang salah faham, tuduhan tidak berasas atau gangguan semasa menjalankan tugas

19-12-2025
Berita Auto

Tiada Cadangan Tukar Subsidi BUDI95 Kepada Rebat Tunai EV, Hibrid

Kerajaan menegaskan bahawa skim bantuan subsidi bahan api, BUDI95, tidak akan ditukar menjadi rebat tunai bagi menggalakkan pembelian kenderaan elektrik (EV) atau hibrid.

19-12-2025