Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Segera Rebut Rebat Continental Sehingga RM100 Hari Ini

Suhana Veru

Kongsi melalui


Sempena ketibaan Tahun Baru Cina, Continental Tyre Malaysia menawarkan ganjiran rebat angpau e-dompet untuk mereka yang mahu membeli tayar jenama itu.

Untuk itu, bagi yang berminat untuk mendapatkan rebat ini, mereka hanya perlu membeli dua tayar jenama itu yang bersaiz 14 dan ke atas.

Pelanggan yang membeli tayar berukuran antara 14” dan 15”, akan menerima RM20 untuk dua (2) tayar yang dibeli dan RM40 untuk empat (4) tayar. 

Mereka yang membeli tayar bersaiz 16” dan ke atas pula layak menerima RM50 untuk dua (2) tayar dan RM100 untuk empat (tayar). 

Bagaimanapun promosi ini terpakai untuk tayar kereta penumpang dan 4X4 sahaja. dan ia akan berakhir pada 15 Februari ini.

Mereka perlu membuat pembelian tayar itu di mana-mana pengedar yang mengambil bahagian di seluruh negara atau di kedai Shopee rasmi Continental bagi melayakkan mereka menerima baucar e-dompet Touch ‘n Go.


Difahamkan, tayar yang ditawarkan dalam kempen tersebut ialah Continental UltraContact UC7 yang baru dilancarkan baru-baru ini, UC7 boleh didapati dalam saiz 15 hingga 18 inci dan sesuai untuk kereta bersaiz sederhana, MPV dan sedan mewah.

Pengarah Urusan Continental Tyre Malaysia, Andrea Somorova berkata, sempena Tahun Baru Cina, sudah pasti ramai yang akan bercuti.

“Jadi menerusi kempen ini, kami mahu menggalakkan para pemandu agar memeriksa tayar mereka kerana tayar kereta adalah komponen yang amat penting untuk memastikan keselamatan pemanduan,” katanya dalam satu kenyataan.

Untuk keterangan lanjut, layari www.continental-marketing.com.my.



Gallery

Tag:

Continental Tyres
Continental UltraContact UC7
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Continental MaxContact MC7: Kestabilan Luar Biasa Walau Laju Di Selekoh, Khas Untuk Asia Pasifik

Continental Tyres telah melancarkan tayar baharu berprestasi tinggi, Continental MaxContact MC7 yang dibangunkan khas untuk pasaran Asia Pasifik (APAC). Ini teknologi yang digunakan.

17-04-2024
Berita Auto

Lalui 850 Ujian! Tayar Terbaharu Continental, UltraContact UC7, Kini Di Pasaran

Pengeluar tayar, Continental, kini menawarkan tayar berteknologi tinggi baharu, UltraContact UC7, bagi pengguna di negara Malaysia.

07-11-2022
Berita Auto

Tayar Terbaharu Continental, UltraContact UC7, Lalui 850 Ujian!

Continental Tyres telah melancarkan produk Generasi 7 pertamanya di Malaysia, UltraContact UC7.

01-09-2022
Berita Auto

Lalui 850 Ujian! Tayar Terbaharu Continental, UltraContact UC7, Kini Di Pasaran

Pengeluar tayar, Continental, kini menawarkan tayar berteknologi tinggi baharu, UltraContact UC7, bagi pengguna di negara Malaysia.

07-11-2022

Berita Terkini

Berita Auto

Analisis: Trend 'Lampu Albino': Kosmetik Kereta Hipster atau Tempah Sumpah Seranah di Jalan Raya?

'Lampu Albino': Kenapa Pemilik Kereta Rasa Stylo, Tapi Pemandu Lain Rasa Nak Marah?

12-06-2026
Berita Auto

KLIMS 2026: X-Trail e-POWER Buat Kemunculan Di KLIMS 2026

Nissan Sahkan SUV Premium Baharunya Masuk Malaysia Suku Keempat Tahun Ini.

11-06-2026
Berita Auto

Tiada Kejutan Minggu Ini! Harga Diesel & RON97 Kekal

Naik atau Turun? Ini Jawapan Kementerian Kewangan Mengenai Harga Minyak.

10-06-2026
Berita Auto

KLIMS 2026: Honda Prelude 2026 Hadir Di KLIMS 2026

Bukan Hibrid Biasa! Honda Prelude 2026 Guna Elemen Type R, Bakal Mengamuk Di KLIMS 2026/

10-06-2026
Berita Auto

Tragedi Bas Genting: Menteri Gesa Pasang Bonggol, Penenang Lalu Lintas

Kemalangan di Genting Highlands, menteri cadang pasang bonggol di laluan menurun.

10-06-2026
Berita Auto

CERMAT MADANI: Diskaun Insurans 10% Untuk Pemandu "Baik", Anda Layak?

Berita Gembira Buat Pemandu Berhemah: Kerajaan Bagi Rebat Insurans 10% Di MyJPJ

10-06-2026
Berita Auto

Tawaran Terhad Jun 2026: Perodua Umum Kempen Rebat Tunai Hingga RM1,000 Untuk Model Terpilih

The King Ada Diskaun! Myvi, Bezza & Axia Kini Lebih Murah Sepanjang Jun!

09-06-2026