Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

"Syarikat Mesti Pertingkat Pengurusan Gangguan Penerbangan Serta-Merta." – MAVCOM

Sofea Najmi

Kongsi melalui




Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) semalam mengarahkan semua syarikat penerbangan untuk menguruskan prosedur gangguan penerbangan dengan lebih baik secara serta-merta seperti yang digariskan dalam Kod Perlindungan Pengguna Penerbangan Malaysia 2016 (MACPC). Persediaan ini penting untuk menangani isu yang mungkin berlaku memandangkan jumlah penumpang dijangka meningkat mendadak sempena sambutan Tahun Baru Cina. 


Berdasarkan arahan yang dikeluarkan, segala aduan yang diterima daripada penumpang perlu diselesaikan dengan segera berikutan isu gangguan penerbangan yang terjadi baru-baru ini. Dalam hal ini, syarikat perlu memperkukuhkan lagi proses pengurusan gangguan secepat mungkin walaupun prosedur operasi standard (SOP) telah wujud dalam setiap organisasi, tegas MAVCOM. 




MAVCOM mengarahkan agar syarikat penerbangan menempatkan Pasukan Pengendali Penundaan bagi penerbangan yang ditunda selama dua jam atau lebih. Kakitangan syarikat penerbangan yang terlibat juga perlu diberikan kuasa untuk mengambil tindakan dan membantu orang ramai di semua lapangan terbang. 


Pendekatan ini penting supaya pengguna tidak terbiar tanpa saluran komunikasi dan bantuan yang sepatutnya semasa berlaku situasi yang tidak dijangka. 


"Obligasi ini bertujuan menambah baik komunikasi kepada penumpang serta menyediakan penjagaan dan keperluan seperti yang digariskan dalam MACPC," jelas MAVCOM dalam kenyataan itu.




Dalam perkembangan lain, MAVCOM memaklumkan bahawa pihaknya telah meluluskan sebanyak 291 penerbangan tambahan yang dipohon syarikat penerbangan untuk tempoh perjalanan antara 18 sehingga 31 Januari untuk memenuhi permintaan perjalanan yang tinggi bagi perayaan tersebut. 


Setakat 6 Januari 2023 ini, 291 penerbangan tambahan tersebut adalah membabitkan syarikat AirAsia (134), Malaysia Airlines (53), Batik Air (44), SKS Airways (44) dan Firefly (16). Penerbangan tambahan tertinggi adalah membabitkan laluan Sabah dan Sarawak.


Baca: Peluang Bercuti Selama 8 Hari Di Türkiye Untuk Pelanggan Petron! Ini Caranya...

Baca: Kereta Terbang Pasang Sendiri Dapat Kelulusan Di AS, Dijual Kepada Orang Ramai

Baca: Teksi Terbang AirAsia Bakal Jadi Realiti, Kajian Infrastruktur Akan Dijalankan




Tag:

MAVCOM
Suruhanjaya Penerbangan Malaysia
Tahun Baru Cina
syarikat penerbangan
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

11-01-2023
Berita Auto

11-01-2023
Berita Auto

Musim Perayaan: ETS Beroperasi 24 Jam, Ada Sebabnya

Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) akan beroperasi 24 jam pada musim perayaan bermula pada Tahun Baharu Cina.

29-01-2026
Berita Auto

Tahun Baharu Cina: KTMB Perkenal Tren Khas

Tiket perkhidmatan tren ETS masih dijual, tetapi dijangka habis terjual dalam masa terdekat.

22-01-2025
Berita Auto

Tahun Baru Cina; Kenderaan Berat Diharamkan Guna Lebuh Raya? Ada Sebabnya

Jabatan Pengangkutan Jalan sudah mengeluarkan larangan kenderaan berat daripada menggunakan lebuh raya sempena ketibaan Tahun Baharu Cina.

20-01-2025
Berita Auto

11-01-2023
Berita Auto

"Syarikat Penerbangan Perlu Fokus Elak Kelewatan." – Anthony Loke

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke menyeru syarikat penerbangan agar memberi tumpuan kepada aspek jadual pengoperasian.

20-01-2023

Berita Terkini

Berita Auto

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026
Berita Auto

Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.

01-09-2026
Berita Auto

Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.

01-09-2026
Berita Auto

Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.

30-08-2026
Berita Auto

Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.

29-08-2026