- Berita
- Global
- Ford Kembali Ke F1?

Syarikat gergasi automotif Amerika Syarikat, Ford akan kembali ke Formula One bersama pasukan Red Bull Powertrains untuk menghasilkan unit trenkuasa hibrid bagi musim perlumbaan 2026.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Ford, Jim Farley berkata, pembabitan semula pihaknya seiring dengan misi mereka yang semakin ke arah elektrik, kenderaan moden dan pengalaman.

“F1 akan menjadi platform yang sangat menjimatkan kos untuk berinovasi, berkongsi idea dan teknologi serta melibatkan diri dengan berpuluh juta pelanggan baharu,” katanya.
Kedua-dua pihak itu dikatakan akan membangunkan kuasa hibrid F1 generasi akan datang tahun 2026 dan seterusnya di bawah Red Bull Ford.
Enjin baharu ini akan menjadi nadi utama jentera F1 bagi Oracle Red Bull Racing dan Scuderia AlphaTauri sekurang-kurangnya sehingga 2030.

Ford dikatakan akan membekalkan kepakaran kepada Red Bull Powertrains terutama dari segi enjin pembakaran dalaman, sel bateri, motor elektrik, perisian unit kawalan kuasa dan analisis.
Kali terakhir Ford menyertai F1 adalah pada tahun 2004.
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
