Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Ini Senarai Laluan Yang Ditutup Di P.Pinang Sempena Thaipusam Bermula Sabtu

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Gambar hiasan (Sumber: The Sun)


Sempena perayaan Thaipusam yang akan berlangsung tidak lama lagi, beberapa jalan utama di sekitar Pulau Pinang akan ditutup untuk memberi laluan kepada perarakan pedati, lapor Bernama. Sambutan ini akan berlangsung dari 4 hingga 6 Februari yang dianggarkan akan dihadiri oleh kira-kira 1.5 juta penganut agama Hindu. 


WAKTU PENUTUPAN LALUAN SEMPENA THAIPUSAM 


Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, penutupan ini membabitkan beberapa laluan utama di sekitar George Town antara jam 6.30 pagi pada 4 Feb (Sabtu), hingga pukul 7 petang pada 6 Feb (Isnin).


"Perarakan kali ini melibatkan pedati iaitu pedati emas dan pedati perak. Pedati emas akan bergerak pada 4 Feb pukul 6.30 pagi dari Lebuh Queen ke Kuil Thanneermalai Shree Balathandayuthapani Devasthanam dan akan kembali ke Lebuh Queen pada 6 Feb pukul 6 petang.


"Pedati perak pula akan bergerak pada 4 Feb pukul 7.30 pagi dari Lebuh Penang ke Kuil Air Terjun dan kembali ke Lebuh Penang pada 6 Feb pukul 7 petang," katanya.


LALUAN YANG DITUTUP SEMPENA THAIPUSAM


Jalan Kebun Bunga dan Jalan Gotterlib akan ditutup sepenuhnya, sementara Jalan Utama, Jalan Burma, Jalan Macallister, Jalan Cantoment, Jalan Nunn, Jalan Brown, Jalan Scotland, Jalan Masjid Kapitan Keling, Lebuh Victoria dan beberapa jalan lagi ditutup sementara, bergantung kepada pergerakan pedati.



Perarakan pedati Thaipusam di P. Pinang (Sumber: Bernama)


Menurut Shuhaily,  pihak kontinjen Pulau Pinang akan menggerakkan seramai 1,250 pegawai dan anggota untuk mengawal situasi sambutan dan memastikan kelancaran serta keselamatan orang ramai. 


Orang awam dinasihatkan untuk tidak bermain mercun, meminum minuman keras dan memakai barangan kemas yang menarik perhatian penjenayah. 


"Tindakan penguatkuasaan akan diambil kepada mana-mana pihak yang gagal mematuhi arahan pihak berkuasa, "katanya.


Sumber: Bernama

Baca: Sempena Thaipusam 6 Jalan Ditutup

Tag:

Pulau Pinang
Thaipusam
sambutan
perayaan
Penutupan Jalan
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

1.9 Juta Kereta Masuk Pulau Pinang Bermula 27 Mei -2 Jun 2026

Sebanyak 1.9 juta kenderaan dijangka memasuki dan melalui Pulau Pinang sepanjang cuti panjang bermula 27 Mei ini.

22-05-2026
Berita Auto

Pemandu Teksi, Pengusaha Bas Sekolah Penang Dapat Insentif RM600

Kerajaan Pulau Pinang meneruskan insentif bantuan sebanyak RM600 kepada pemandu teksi dan pengusaha bas sekolah di negeri ini yang akan disalur bermula Mac depan.

09-01-2026
Berita Auto

Gaduh Tak Bertempat: 2 Pemandu Tular Gara-Gara Aksi Silat, Muay Thai!

Tular aksi pemandu Perodua Bezza seperti bersilat, manakala pemandu Honda Civic FC seolah-olah mahu melakukan Muay Thai ketika bergaduh di sebuah tol Plaza di Pulau Pinang.

01-06-2025
Berita Auto

Kerajaan Pulau Pinang Beli 15 Buah Toyota Camry Untuk Kegunaan Rasmi

Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah membeli 15 kenderaan baharu jenis Toyota Camry 2.5V (AT) (CBU) bernilai RM3,311,895 bagi menggantikan kereta rasmi yang dibeli pada 2020.

22-05-2025
Berita Auto

Tahun Baharu Cina: Pulau Pinang Sesak

Lebih 2.4 juta kenderaan dijangka memasuki Pulau Pinang sepanjang sambutan Tahun Baharu Cina dengan purata 200,000 kenderaan sehari.

26-01-2025
Berita Auto

LRT Pulau Pinang: Majlis Pecah Tanah Bermula Tahun Depan

Majlis pecah tanah untuk pembinaan Projek Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Mutiara dijangka diadakan pada awal tahun depan.

12-11-2024
Berita Auto

[VIRAL] Terkejut! Banyak Kereta Disembur Cat, Suspek Rupanya...

Apabila vandalisme merosakkan bukan kemudahan awam tetapi harta peribadi, kereta.

07-01-2023
Berita Auto

Kesan Mat Rempit Guna Kamera, Suspek Akan Ditahan Di Luar Perlumbaan

Pihak polis Pulau Pinang guna kamera sebagai bahan bukti untuk menahan mat rempit.

15-08-2022

Berita Terkini

Berita Auto

Kantoi Guna MyKad Orang Lain Tanpa Kebenaran Untuk BUDI95, Boleh Dipenjara 3 Tahun

Penyalahgunaan MyKad Untuk Subsidi BUDI95: MoF Beri Amaran Keras.

29-05-2026
Berita Auto

Proton Sumbang 8 Enjin Untuk Pelajar Universiti, Institut Latihan

Pelajar Automotif Tak Perlu 'Bayang' Lagi, PROTON Sumbang Enjin Sebenar Untuk Dibedah.

29-05-2026
Berita Auto

Axia Terbang Atas Bumbung Rumah

Mujur semua selamat.

29-05-2026
Berita Auto

Bukan Sebab Murah, Ini Punca Sebenar Proton X50 Jadi Kegilaan Orang Malaysia

Sanggup 'Tinggal' Sedan & Hatchback, Kenapa Ramai Pakat Beralih Ke Proton X50?

28-05-2026
Berita Auto

Aidiladha: 23 Orang Terkorban Dalam Nahas Jalan Raya

Tragedi Hitam Aidiladha: 23 Nyawa Terkorban Dalam Masa 24 Jam Pertama Perayaan.

28-05-2026
Berita Auto

Tak Payah Tunggu Subsidi, Tabiat Ini Boleh Tolong Anda Jimat RM204 Sebulan!

Ingat Kereta Petrol Je? MIROS Kata Geng EV Pun Wajib Amal Eco-Driving.

28-05-2026
Berita Auto
Berita Auto

PM Jamin Bekalan Bahan Api Negara Stabil

Perdana Menteri, Anwar Ibrahim memberi jaminan bekalan petrol RON95 dan diesel masih mencukupi sehingga Julai ini.

26-05-2026