Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

KLIA & KLIA2 Bakal Guna Nama Baharu – Menteri Pengangkutan

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Pandangan atas KLIA2 


KLIA dan KLIA2 kini bakal dijenamakan semula sebagai  KLIA Terminal 1 dan KLIA Terminal 2, umum Kementerian Pengangkutan. 


Menterinya, Anthony Loke Siew Fook berkata, penjenamaan semula ini dilihat sebagai satu langkah penting untuk meningkatkan kebolehpasaran kedua-dua lapangan terbang selain dapat memperkukuh persaingan dengan lapangan terbang antarabangsa serantau.


Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook


“Cadangan untuk menandatangani OA 2023 antara kerajaan dan MAHB serta cadangan penjenamaan semula KLIA dan KLIA2 memainkan peranan penting dalam menentukan kelestarian KLIA selain pertumbuhan di lapangan-lapangan terbang seluruh negara.


Baca: KLIA Ekspres Bukan Lagi Kereta Api Terpantas ASEAN, Ini Sebabnya...


“Pelaksanaan itu dijangka dapat membantu meningkatkan daya saing global perkhidmatan pengangkutan udara negara serta memulihkan semula sektor penerbangan demi kepentingan dan kesejahteraan rakyat berlandaskan gagasan Malaysia Madani,” katanya pada sidang akhbar di Kementerian Pengangkutan di sini hari ini.


Pintu masuk KLIA


Namun tarikh perasmian nama baharu itu masih belum diumumkan, dan memaklumkan bahawa kerangka perjanjian operasi (OA) baharu antara kerajaan dan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) perlu diperhalusi terlebih dahulu. 


“Keputusan Kabinet pada 2 Februari lalu bersetuju secara prinsip dengan syarat baharu perjanjian berkenaan memberikan konsesi kepada MAHB untuk mengoperasi, mengurus, menyelenggara dan membangun 39 buah lapangan terbang serta padang terbang sehingga tahun 2069.


“Perjanjian itu bakal dimuktamadkan dan ditandatangani selewat-lewatnya sebelum akhir suku pertama tahun ini,” jelasnya.







Tag:

Kementerian Pengangkutan
KLIA2
YB Anthony Loke
KLIA
Menteri Pengangkutan
KLIA Terminal 1
KLIA Terminal 2
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Kerajaan Cuba Perluaskan FLYSiswa Kepada Pelajar IPTS, Akui Sukar Kerana Perlu Peruntukan Tinggi

Kementerian Pengangkutan (MOT) sedang mencari jalan dan mempertimbangkan untuk memperluaskan inisiatif FLYSiswa kepada pelajar yang memerlukan bantuan di peringkat Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS).

05-11-2025
Berita Auto

Syarat Tambahan Lesen Untuk Pemandu Warga Emas Perlu Kajian

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mengakui kerajaan tidak akan terburu-buru dalam meletakkan apa-apa syarat tambahan.

28-11-2024
Berita Auto

LRT Pulau Pinang: Majlis Pecah Tanah Bermula Tahun Depan

Majlis pecah tanah untuk pembinaan Projek Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Mutiara dijangka diadakan pada awal tahun depan.

12-11-2024
Berita Auto

Data Dedah Makin Ramai Pilih Pengangkutan Awam – Kementerian Pengangkutan

Penggunaan pengangkutan awam di Lembah Klang mencatatkan peningkatan ketara.

26-08-2024
Berita Auto

Bermula 1 Januari 2025, Semua Motor Wajib Ada ABS, Apa Pula Nasib Motor Lama?

Semua motosikal baharu dengan enjin berkapasiti 150cc ke atas wajib dilengkapi dengan sistem brek anti-kunci (ABS) bermula 1 Januari 2025.

13-08-2024
Berita Auto

Rupanya Sudah Ada Keputusan

Pelaksanaan menaik taraf lesen motosikal bagi kelas B2 kepada B penuh secara automatik akan diumumkan dalam masa terdekat.

30-07-2024
Berita Auto

Ini Dia Kadar Fi Sekarang

Kadar fi untuk mencetak Sijil Pemilikan Kenderaan (VOC) diturunkan daripada RM50 kepada RM20.

02-07-2024
EV

EV Bakal Guna Nombor Plat Khas Tidak Lama Lagi, Wajib Untuk EV Baharu – Anthony Loke

Pembangunan nombor plat khas untuk kenderaan elektrik (EV) kini dalam peringkat akhir.

25-06-2024

Berita Terkini

Berita Auto

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026
Berita Auto

Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.

01-09-2026
Berita Auto

Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.

01-09-2026
Berita Auto

Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.

30-08-2026
Berita Auto

Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.

29-08-2026