- Berita
- Berita Auto
- Lepas Ini Lesen Memandu Boleh Diperbaharui Hingga 10 Tahun?

Pembaharuan lesen memandu merupakan satu perkara yang boleh dikatakan satu urusan yang agak ‘berat’ walaupun mudah. Tetapi, bayangkanlah kalau dalam tempoh 10 tahun lagi selepas diperbaharui, tak perlu fikir sama ada lesen memandu masih hidup atau tidak, kerana inilah yang mungkin akan berlaku.
Baca: Penggunaan Lesen Digital Buat Jalan Sesak? Ini Jawapan Pengarah JSPT
Menteri Pengangkutan, Loke Siew Fook mendedahkan, kerajaan kini sedang mempertimbangkan untuk melanjutkan tempoh sah lesen memandu kepada 10 tahun berbanding lima tahun yang ditawarkan sekarang.

Bukan itu sahaja, bagi pembaharuan selama sedekad ini, caj yag dikenakan juga adalah jauh lebih murah dengan harga diskaun yang turut sedang dipertimbangkan. Kerajaan berharap langkah ini dapat menggalakkan orang ramai agar memperbaharui lesen dengan tempoh lama.

“Pegawai Kementerian Pengangkutan diarahkan untuk mengkaji kebolehlaksanaan cadangan ini” katanya ketika berucap di Dewan Rakyat.
Baca: Ada Sebab Kenapa Kementerian Pengangkutan Guna Lesen Digital
Tag:
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

