Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Minat Tak Kalau Perodua Hasilkan Axia Baharu Tapi Gaya Crossover

Suhana Veru

Kongsi melalui


Selepas memberi bayangan mengenai Perodua Bezza 2023 yang mungkin dilancarkan pada hujung ini,  pakar manipulasi automotif, Theophilus Chin tampil pula dengan lakaran Perodua Axia Style 2023.

Berikut adalah gambaran komputer mengenai Perodua Axia Style 2023:


Mengimbas kembali mengenai varian ini, Perodua sebenarnya sudah memperkenalkan Axia Style pada tahun 2019.

Ia merupakan model yang telah dikemaskini dan berada di tengah-tengah barisan varian GXtra dan varian spesifikasi tertinggi, SE. Maka,spesifikasinya lebih kurang sama antara kedua-dua varian itu.


Yang penting ia akan memenuhi kehendak pembeli SUV dan crossover dimana kedua-dua model itu sudah menjadi trending ketika ini.

Membelek gambar-gambar itu, saya mendapati , Axia Style ini kelihatan sedikit tinggi daripada biasa dan ia menggunakan tayar bersaiz 15 inci.

Rekaan rimnya pula mengenakan 5 bilah dengan warna hitam dan terdapat overfender untuk semua roda, rel bumbung berwarna hitam, skid plat di bawah bampar hadapan, belakang dan dan disalut dengan warna badan Sunrise Orange.

Malah, cermin sisinya yang berwarna hitam membuatkan ia nampak kontra dengan warna oren Axia ini.


Nampaknya, Chin berjaya meniru gaya SUV crossover yang kelihatan comel tetapi nampak sedikit lasak.

Bagi penulis, beberapa perubahan kosmetik yang dibuat menjadikannya nampak lebih lincah. 

Namun adakah Perodua akan mempertimbangkan untuk menghasilkan varian Axia Style untuk Perodua Axia terbaharu, D74A?

Apa pula pandangan anda?


Gallery

Tag:

Perodua Axia
Perodua Malaysia
2019 Perodua Axia Style
Perodua Axia Style
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Komponen Axia Hilang, Kejadian Di Putrajaya

Beberapa komponen kenderaan termasuk tayar melibatkan dua kereta Perodua Axia hilang.

26-02-2026
Berita Auto

Perodua Paling Laku Dalam Malaysia, Jangka Jualan Cecah 820,000 Unit Untuk 2025

Perodua menjangka jumlah keseluruhan industri (TIV) akan mencecah 820,000 bagi tahun 2025.

13-01-2026
Berita Auto

Nissan GT-R Hilang Kawalan, Langgar 3 Kenderaan, 2 Maut

Kawasan perumahan yang tenang di Jalan Dedap 1, Taman Johor Jaya, bertukar menjadi ngeri apabila sebuah supercar Nissan GT-R terlibat dalam kemalangan melibatkan empat buah kenderaan petang semalam.

05-01-2026
Berita Auto

Bezza, Axia Laku Keras, Sebab Itu Perodua Ungguli Carta

Statistik yang dikeluarkan menunjukkan Perodua terus menguasai pasaran tempatan dan kekal di tangga teratas dimana Perodua mendaftarkan sebanyak 231,700 unit setakat ini.

12-09-2025
Berita Auto

Perodua Lancar Flexiplan Untuk Myvi, Axia, Ativa dan Aruz, Ada Banyak Kelebihannya

Pelan pembiayaan pemilikan fleksibiliti itu juga membolehkan pelanggan menukar kenderaan mereka kepada model baharu.

12-08-2025
Berita Auto

Perodua Axia Tular Gara-Gara Angkut Barang Atas Kereta

Sebuah Perodua Axia tular di media sosial apabila si pemandunya mengangkut pelbagai jenis barang yang diikat pada bumbung kenderaan itu.

21-05-2025
Berita Auto

Perodua Berjaya Jual 5.1 Juta Kereta, Perodua Pilihan Rakyat Malaysia!

Dalam tempoh 30 tahun, jualan Perodua mencecah 5.1 juta unit.

10-02-2025
Berita Auto

Berita Terkini

Berita Auto

Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh

Hyundai & BHS Auto Lancar Bilik Pameran 1S Baharu di Ipoh – Sasar 25 Cawangan Menjelang Akhir 2026

17-07-2026
Berita Auto

Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris

Pesalah Jalan Raya Bakal Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris Melalui Pindaan Akta 333.

17-07-2026
Berita Auto

Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan

Kerajaan Kekalkan Prosedur Semasa Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas.

17-07-2026
Berita Auto

Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam

Kemalangan Tragis Depan Central i-City: Keluarga Mangsa Rayu Saksi Tampil Bantu Siasatan.

16-07-2026
Berita Auto

Golongan Usia 16 Hingga 40 Tahun Dominasi 69.4 Peratus Statistik Kemalangan Jalan Raya

Hampir 70% Kemalangan Jalan Raya Babitkan Golongan Muda.

16-07-2026
Berita Auto

Polis Bantuan KTMB Kini Guna Scrambler Buru Pencuri Kabel

Jangan Terkejut Kalau Nampak Abang Polis KTMB Naik Scrambler Tepi Landasan Selepas Ini.

16-07-2026
Berita Auto

Bawa Kereta Ke Thailand? Wajib Ada Lesen Memandu Fizikal

Jangan Anggap Semua Negara Sama, JPJ Dedah Sebab Anda Perlu Lesen Fizikal ke Thailand

15-07-2026
Berita Auto

LRT 3 Pula Dah ...

LRT 3 laluan Shah Alam alami isu teknikal baru-baru ini.

14-07-2026