Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Model Hibrid Dalam Perancangan, Potensi EV Juga Sedang Diteroka – Perodua

Sofea Najmi

Kongsi melalui



PERUSAHAAN Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) semalam mendedahkan rancangan pembangunan kenderaan hibrid dan elektrik (EV) syarikat. 


Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Dato' Sri Zainal Abidin Ahmad pada sidang media Perodua 2023 Outlook di Kuala Lumpur, semalam berkata, “Hibrid kini [memang] dalam perancangan kami, dan ia akan didahulukan sebelum EV.”




Menurutnya, Perodua kini sedang mengutamakan penghasilan kenderaan yang menggunakan trenkuasa hibrid untuk model-model akan datang dan juga model sedia ada sebelum mula memberi tumpuan sepenuhnya kepada EV. 




Mengenai EV, Perodua masih lagi meneroka potensi teknologi ini di Malaysia dan usaha akan ditumpukan untuk mencari pembekal komponen tempatan terutamanya pek bateri. Bagi mempercepatkan usaha ini, pihaknya telah memperuntukkan sejumlah RM537.1 juta untuk membangunkan model baharu termasuk usaha penggunaan trenkuasa elektrik.


Terkini, Perodua hanya menawarkan satu model hibrid iaitu Perodua Ativa Hybrid yang hanya ditawarkan dalam bentuk langganan. Program langganan yang ditawarkan secara terhad membabitkan 300 unit itu telah dilancarkan tahun lalu sebagai sebahagian daripada  “kajian kenderaan elektrik” dan “kajian mobiliti dan pasaran servis jangka panjang.” Bayaran langganan bagi model ini hanyalah RM500/bulan. 




Mengulas mengenai program langganan tersebut, Dato’ Sri Zainal  berkata, Perodua telah menerima respon yang positif daripada para pengguna. Namun begitu, analisis lanjut terhadap maklum balas pelanggan dan juga data yang diterima masih perlu dilakukan sebelum meneruskan lagi program langganan sebegini di masa hadapan, di samping membantu syarikat dalam usaha ke arah elektrifikasi. 




Ativa Hybrid yang dihasilkan menggunakan trenkuasa hibrid yang terdiri daripada enjin petrol 3 silinder 1.2L yang menjana pek bateri, kuasa disalurkan kepada motor elektrik yang dipasangkan di bahagian depan. Dari segi prestasi, Ativa Hybrid mampu mencapai output 106 hp/170 Nm dengan purata penggunaan minyak kenderaan 3.2L/100 km.



Tag:

Perodua
Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd
Kenderaan Elektrik
Hibrid
Ativa Hybrid
Perodua Ativa Hybrid
Perodua 2023 Outlook
langganan Ativa Hybrid
sidang media
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

EV

Tekejut: Pembeli Perodua QV-E Terawal Terima Bayaran Balik RM16,501

Perodua Pulangkan RM16,501 Kepada Pembeli Terawal QV-E, Rupanya Ada Sebabnya.

06-08-2026
Berita Auto

Kereta Bajet: Axia VS Saga, Mana Satu Pilihan Anda?

Pilihan Kereta RM40k di Malaysia: Perodua Axia atau Proton Saga?

03-08-2026
Berita Auto

Perodua Axia Kini Lebih Mampu Milik: Harga Turun Sehingga RM4,700 Serta-Merta

Berita Baik! Perodua Potong Harga Axia Demi Bantu Rakyat Hadapi Cabaran Ekonomi.

03-08-2026
Berita Auto

Perodua Traz & Alza 'Takluk' Sri Lanka: Bukti Kereta Malaysia Mampu Bersaing di Luar Negara

Dari Malaysia Ke Sri Lanka: Perodua Lebarkan Sayap, Eksport Traz dan Alza!

28-07-2026
Global

Harga Boleh Beli Rumah! Perodua Traz & Alza Mula Dijual Pada Harga RM242k

Perodua Traz, Alza Serba Baharu Rasmi Dilancar Di Sri Lanka.

27-07-2026
Berita Auto

Tuah 'Download' P-Circle, Pelajar UiTM Menang Perodua Myvi

Tuah Menggunakan Super App P-Circle, Penuntut UiTM Dipilih Pemenang Utama Myvi 1.3G.

07-07-2026
EV
Berita Auto

Mula 19 Jun: Servis Kereta Perodua Kini Lebih Murah, Diskaun 10% Termasuk Kos Buruh!

Bukan Setakat Model Biasa, Insentif Diskaun Servis Perodua Turut Merangkumi QV-E.

18-06-2026

Berita Terkini

Berita Auto

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026
Berita Auto

Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.

01-09-2026
Berita Auto

Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.

01-09-2026
Berita Auto

Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.

30-08-2026
Berita Auto

Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.

29-08-2026