Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Prestasi Pengeluaran, Jualan & Eksport Mitsubishi Meningkat Di Kesemua Pasaran

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Ibu pejabat Mitsubishi Motors di Tokyo (Sumber: Zuma Press)


Mitsubishi Motors  telah mengumumkan prestasi kewangan suku keempat dan tahunannya baru-baru ini. Laporan kewangan tersebut mendedahkan bahawa syarikat tersebut berjaya mengharungi cabaran rantaian bekalan global tahun lalu dengan peningkatan prestasi bagi kesemua pasaran di rantau Asia, Eropah dan Amerika Utara. 


Di negara Jepun sendiri, Mitsubishi mencatatkan peningkatan pengeluaran sehingga 172% atau 440,762 unit sepanjang tahun 2022 dengan  44,091 daripadanya dikeluarkan pada bulan Disember. Pengeluaran luar negara pula meningkat 67.7% (42,718 unit) untuk Disember, dengan jumlah keseluruhan 571,646 unit. Secara keseluruhannya Mitsubishi menghasilkan 1,012,408 unit kenderaan tahun lalu dari kilang pengeluarannya di Jepun, Thailand, China dan Indonesia. 




Jumlah eksport juga menunjukkan peningkatan yang mana kilang pengeluarannya di Jepun mengeksport sejumlah  23,538 unit kenderaan ke luar negara pada bulan Disember, membawa bilangan eksport keseluruhan tahun lalu kepada 222,242 unit. Jumlah eksport untuk kilang lain pula mencecah 14,577 bagi bulan Disember dan 133,729  untuk sepanjang tahun 2022. 


Mitsubishi Motors walau bagaimanapun tidak mendedahkan prestasi jualan kenderaannya secara terperinci berdasarkan model, namun untuk pasaran Amerika Syarikat, Outlander kekal sebagai model terlaris dengan jualan 40,942 unit tahun lalu. 




Sementara itu di Malaysia, pengedarnya, Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) dalam laporan yang didedahkan bulan lalu, mencatatkan rekod jualan tertinggi berjumlah 24,017 unit, lebih tinggi berbanding tahun 2021 dengan peningkatan 37.3%. Model yang terlaris di pasaran Malaysia ialah Xpander dan Triton. 


Sumber: MSN




Tag:

Mitsubishi Motors Malaysia
Mitsubishi Outlander
Mitsubishi Triton
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Tak Menang Tangan! Mitsubishi Hantar 900 Unit Xforce Kepada Pelanggan April Ini

Laku Keras! Mitsubishi Xforce Buktikan Siapa 'Raja' SUV Kompak Terbaharu.

29-04-2026
Berita Auto

Proton X50 vs Mitsubishi XForce: Dua SUV Kompak, Satu Pilihan Sukar

Nak beli SUV kompak baru? Jangan tengok X50 atau Xforce sebelum baca Ini!

08-04-2026
Berita Auto

Ini Dia Mitsubishi Pajero Gen Kelima, Masih Samar

Imej teaser Mitsubishi Pajero disiarkan, baru-baru ini.

07-01-2026
Kereta Baru

Kelibat Mitsubishi XForce Dikesan Di Shah Alam, Maknanya Bakal Dilancarkan Tak Lama Lagi!

Mitsubishi XForce akhirnya telah selamat mendarat di Malaysia apabila beberapa imej menunjukkan SUV kompak segmen B itu diturunkan dari sebuah lori pengangkut di Shah Alam, Selangor.

05-01-2026
Berita Auto

Mitsubishi Anjur Cabaran Red Peak Tetapi Di Kuching

MMM bakal menganjurkan Red Peak Challenge di Farley Mall, Kuching pada hujung minggu ini.

21-08-2025
Berita Auto

Mitsubishi bersama Millennium Autohaus Sdn Bhd Buka Pusat 3S Di Kajang

MMM bersama Millennium Autohaus telah membuka pusat 3S terbaharu mereka di Kajang, Selangor, baru-baru ini.

28-04-2025
Berita Auto

Mitsubishi bersama MN Wheels Buka Lagi Pusat 3S Di Selangor

Pusat 3S itu terletak di No 4, Jalan Gangsa, Kawasan Perindustrian Teluk Panglima Garang, 42500 Teluk Panglima Garang, Selangor.

22-04-2025
Berita Auto

Mitsubishi Anjur Drive Your Ambition, Ada Test Drive Triton

Acara Drive Your Ambition akan diadakan di ParkCity Eastwood, Miri, Sarawak.

13-01-2025

Berita Terkini

Berita Auto

Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam

Kemalangan Tragis Depan Central i-City: Keluarga Mangsa Rayu Saksi Tampil Bantu Siasatan.

16-07-2026
Berita Auto

Golongan Usia 16 Hingga 40 Tahun Dominasi 69.4 Peratus Statistik Kemalangan Jalan Raya

Hampir 70% Kemalangan Jalan Raya Babitkan Golongan Muda.

16-07-2026
Berita Auto

Polis Bantuan KTMB Kini Guna Scrambler Buru Pencuri Kabel

Jangan Terkejut Kalau Nampak Abang Polis KTMB Naik Scrambler Tepi Landasan Selepas Ini.

16-07-2026
Berita Auto

Bawa Kereta Ke Thailand? Wajib Ada Lesen Memandu Fizikal

Jangan Anggap Semua Negara Sama, JPJ Dedah Sebab Anda Perlu Lesen Fizikal ke Thailand

15-07-2026
Berita Auto

LRT 3 Pula Dah ...

LRT 3 laluan Shah Alam alami isu teknikal baru-baru ini.

14-07-2026
Berita Auto

Harga Petrol Malaysia Lebih Rendah Berbanding Arab Saudi, UAE

Harga petrol Malaysia lebih murah berbanding Arab Saudi, UAE.

14-07-2026
Berita Auto

Pindaan Akta 333 Beri Kuasa Mahkamah Perintah Pesalah Bayar Pampasan Kepada Waris

Pindaan Akta 333: Mahkamah Diberi Kuasa Arah Pesalah Jalan Raya Bayar Pampasan Kepada Waris.

14-07-2026
Berita Auto