- Berita
- Berita Auto
- Salam Takziah, 6 Maut, 9 Cedera Gara-Gara Van Terbabas

Enam maut manakala sembilan penumpang cedera selepas van yang dinaiki mereka terbabas dan melanggar penghadang jalan ketika turun dari Genting Highlands, petang tadi.
Difahamkan, van itu dinaiki 15 penumpang. Seramai enam orang yang terdiri daripada lima perempuan dewasa dan satu lelaki dewasa meninggal dunia manakala mangsa lain cuma cedera.

Bagaimanapun, pasukan bomba terpaksa menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit.

Buat masa ini, pihak polis masih belum mengesahkan sama ada penumpang berkenaan adalah orang tempatan atau pelancong luar negara.
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/