Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Skuter Elektrik Beam Kini Di 6 Bandar Besar Malaysia, Pas Bulanan Diskaun 50%

Sofea Najmi

Kongsi melalui



Beam Malaysia mengumumkan bahawa perkhidmatan skuter elektriknya kini ditawarkan di enam bandar utama di Malaysia: Kuala Lumpur, Ampang Jaya, Petaling Jaya, Shah Alam, Kuantan dan Langkawi.


Turut didedahkan, pendaftaran yang diterima syarikat penyedia kenderaan mikromobiliti ini  pada tahun 2023 menunjukkan peningkatan sehingga 66% berbanding tahun lalu dengan jumlah pelanggan yang terkumpul lebih 800,000 orang. 


Beam Malaysia dalam kenyataannya berkata, kehadirannya di keenam-enam bandar utama ini telah memberi impak yang positif terhadap cara orang ramai bergerak dari satu destinasi ke satu destinasi. Di Lembah Klang sahaja, perkhidmatan skuter elektrik yang disediakan memudahkan pergerakan pengguna pengangkutan awam seperti MRT, LRT dan bas dengan jumlah perjalanan yang kini lebih 100,000. 




Ini jelas membuktikan bahawa ramai rakyat Malaysia memilih untuk menggunakan kemudahan ini sebagai pilihan pengangkutan perbatuan awal dan akhir (first & last mile) yang efisien.


Baca: Beam Malaysia Catat Lebih 1 Juta Perjalanan E-Skuter Tahun 2022!


Berdasarkan pencapaian yang dibuat pada tahun 2022, Beam Malaysia menyatakan hasratnya untuk menawarkan perkhidmatan skuter elektrik ini di lebih banyak kawasan bandar di serata Malaysia dengan matlamat untuk menyelamatkan alam sekitar daripada emisi karbon. 


PROMOSI TERKINI


Kini Beam Malaysia menawarkan promosi harga Weekly Pass yang membolehkan pelanggan menyewa skuter elektrik tanpa had dengan harga bermula daripada RM9.99 seminggu. Pas ini boleh digunakan selama 15 minit/hari dan sebagai pilihan pengangkutan perbatuan awal dan akhir. 




Selain itu, pelanggan juga boleh menikmati potongan harga 50% untuk Zero Unlock Fees Monthly Pass. Dari sekarang hingga 28 Februari, 2023 ini, pengguna boleh membuat pembelian pas ini pada harga hanya RM10 berbanding harga biasa RM20. Pas ini membolehkan pelanggan menggunakan skuter Beam tanpa perlu membayar bayaran ‘buka kunci.’ Ideal bagi yang sering menggunakan skuter Beam.


Aplikasi Beam boleh dimuat turun melalui Apple Store atau Google Play Store. Bagi mereka yang baru pertama kali membuat pendaftaran, akan menerima kredit percuma sebanyak RM5 dengan menjawab soalan Beam Safety Quiz.


Untuk maklumat lanjut, boleh kunjungi laman Facebook atau Instagram rasmi Beam Malaysia. 

Tag:

e-skuter
Skuter Elektrik
Beam Malaysia
mikromobiliti
Kenderaan Elektrik
diskaun
promosi
potongan harga
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

E-Skuter Antara 3 Jenis Kenderaan Mikromobiliti Diharamkan Atas Jalan, Kompaun Hingga RM300!

Tiga kategori kenderaan mikromobiliti iaitu Moped, Personal Mobility Devices (PMD) dan Personal Mobility Aids (PMA) kini diharamkan.

27-04-2022
Berita Auto

28-05-2023
Berita Auto

17-03-2023
Berita Auto

16-03-2023
Berita Auto

14-03-2023
Berita Auto

23-02-2023
Gaya Hidup

16-12-2022
Berita Auto

14-11-2022

Berita Terkini

Berita Auto

Selain GWM Tank 300 HEV, 5 Lagi SUV Bakal Menyusul

Great Wall Motor (GWM) Malaysia bakal menggegarkan pasaran automotif tempatan pada tahun ini.

01-04-2026
Berita Auto

Terbeliak Mata Tengok Harga Diesel - Naik 50 Sen

Satu kejutan besar buat pengguna kenderaan diesel di Semenanjung Malaysia apabila harga runcit bahan api tersebut dilaporkan melonjak sebanyak 50 sen.

01-04-2026
Berita Auto
Berita Auto

Industri Automotif Malaysia: Perodua Puji MITI

Perodua, menyatakan sokongan padu terhadap penjelasan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) mengenai hala tuju Dasar Automotif Negara (NAP).

01-04-2026
Berita Auto

BUDI95 200 Liter Sebulan: Ramai 'Sapu' Baki Subsidi Semalam

Beberapa stesen minyak di sekitar Lembah Klang dilaporkan mengalami kesesakan luar biasa semalam.

01-04-2026
Berita Auto

Isu BYD: MITI Perjelas Perkara Sebenar

Jangan keliru, ini penjelasan MITI.

31-03-2026
Berita Auto

Angkara Pemandu Mabuk, Ini Nasib Mangsa Rempuhan

Duit boleh beli Range Rover, tapi tak boleh beli nyawa orang lain!

31-03-2026
Berita Auto

Pemandu Mabuk Di Jasin, Polis Sedang Siasat

Polis Daerah Jasin kini sedang giat mengesan seorang pemandu van yang terlibat dalam kemalangan di Simpang Kerayong, Melaka.

31-03-2026