- Berita
- Global
- Staria Load Premium Bukan Sebarang Van Kerja, Nampak Comel Tapi Boleh Buat Kerja Lasak
Staria Load Premium Bukan Sebarang Van Kerja, Nampak Comel Tapi Boleh Buat Kerja Lasak

Hyundai melancarkan varian baharu van panel, Staria Load Edisi Premium di Australia baru-baru ini.
Van kerja ini merupakan antara van panel paling mewah dan cuma menawarkan versi dua tempat duduk. Kenapa ia dikatakan van kerja?
Ini kerana ia amat sesuai digunakan untuk melakukan penghantaran barangan.
Namun, van ini bukan sebarangan kerana ia sememangnya sarat dengan teknologi canggih dan ciri-ciri keselamatan.
Edisi Premium ini disumbat dengan enjin 2.2 liter CRDi diesel turbo dimana ia mampu menghamburkan kuasa setinggi 174 hp dan 430 Nm.

Dikhabarkan, ia digandingkan dengan transmisi automatik lapan nisbah kelajuan yang memacu roda hadapan.


Terdapat juga lampu LED depan dan belakang manakala pintu belakang pintarnya adalah berkuasa elektrik.
Selain itu, ia turut dilengkapi dengan skrin kluster digital 10.25 inci dan skrin infotainmen bersaiz 10.25 inci dengan sokongan Apple CarPlay dan Android Auto.

Bukan itu sahaja, van ini juga mempunyai kawalan iklim automatik dan sistem kunci pintar.
Edisi van ini juga antara yang paling selamat kerana ia sarat dengan sejumlah besar ciri-ciri keselamatan.


Antaranya, lapan beg udara, kamera 360 darjah , sensor depan dan belakang, pemantau tekanan tayar, pengecaman had laju, brek kecemasan autonomi, bantuan pengelakan pelanggaran hadapan, bantuan keluar selamat, serta tambahan ciri sistem pemantauan titik buta dan bantuan suluhan tinggi.

Di Australia, Edisi Premium ini dijual pada harga AUS$55,938.34 (RM 169,359.76).
Apa pula pandangan anda mengenai van ini? Kongsikan.
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/