Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Tiada Rancangan Penstrukturan Semula Cukai Sektor Automotif Malaysia

Sofea Najmi

Kongsi melalui


Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri mengumumkan bahawa kerajaan tidak merancang untuk melakukan penstrukturan semula cukai sedia ada bagi sektor automotif, tertamanya duti eksais yang penting untuk pembangunan industri. 

Menterinya, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata duti eksais penting untuk menggalakkan aktiviti nilai tambah, lebih-lebih lagi untuk pemasangan tempatan (CKD) dan pembangunan vendor.

Baca: Bolehkah Harga Cukai Jalan Diturunkan? Ini Penjelasan Menteri Pengangkutan


"(Duti eksais) ini adalah untuk menggalakkan vendor tempatan mengambil bahagian dalam pembangunan industri automotif di Malaysia," katanya pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat.


Jelasnya lagi, insentif cukai ditawarkan dalam bentuk pengecualian atau pengurangan duti eksais dan cukai jalan, serta ke atas duti import untuk komponen import bagi pemasangan dalam negara. 

"Kadar atau tahap insentif yang diberikan pula bergantung kepada merit pelan perniagaan seperti jumlah pelaburan, pembangunan vendor terutama vendor tempatan, pemindahan teknologi serta pelan untuk eksport.

Baca: Februari & Mac 2023 Bakal Catat Jualan Kereta Tinggi, Ini Sebabnya...

"Selain mekanisme penilaian insentif untuk pengurangan duti dan cukai kenderaan, produk automotif seperti kenderaan yang dipasang sepenuhnya (CBU) dan CKD serta komponen yang diimport juga berpeluang menikmati duti import pada kadar lebih rendah atau sehingga sifar peratus di bawah Perjanjian Perdagangan Barangan ASEAN," katanya.


Pendekatan yang digunakan membolehkan kerajaan membangunkan industri automotif tempatan melalui bahan ekonomi hasil daripada aktiviti nilai tambah, selain mengharapkan harga kenderaan berkurangan.

Baca: Ada Sebab Kenapa Cukai Jalan Tidak Boleh Dihapuskan

Tengku Zafrul berkata, duti eksais untuk kenderaan mampu milik di bawah RM50,000 adalah antara 2-5%, sementara duti eksais untuk kereta mewah pula adalah antara 70-105%.


"Kita harapkan dengan kemajuan teknologi, harga kereta akan turun dengan permintaan lebih tinggi di masa akan datang," katanya.

Tambahnya, harga kenderaan tidak dikawal oleh kerajaan kerana ia sebaliknya dipengaruhi oleh pelbagai faktor pasaran seperti kos komponen digunakan, kos pengangkutan dan logistik, insurans, kadar pinjaman serta kos teknologi.

Tag:

Malaysia
Duti Eksais
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri
Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz
CKD
cukai
duti import
harga kenderaan
Perjanjian Perdagangan Barangan ASEAN
CBU
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Budi Madani Diesel Jimatkan Perbelanjaan Kerajaan Sebanyak RM5 Bilion – Untuk Rakyat & Pembangunan

Jumlah penjimatan yang berjaya dicapai kerajaan Malaysia mencecah kira-kira RM5 bilion setahun.

24-10-2025
EV

500 Unit BYD Atto 3 Bakal Mendarat Di Malaysia Tidak Lama Lagi

Jenama kereta daripada negara China ini telah meningkatkan usahanya untuk mempercepatkan lagi proses penghantaran tempahan awal.

13-01-2023
EV

Sah! Kereta HEV Toyota Kedua Akan Dilancarkan Di Malaysia – UMW Toyota

Presiden UMW Toyota Motor (UMWT), Ravindran K. mengesahkan bahawa syarikat akan memperkenalkan model hibrid (HEV) kedua.

06-01-2023
EV

1000 Unit Teksi EV Bakal Disediakan Untuk Rakyat Malaysia

1000 unit kenderaan elektrik (EV) bakal digunakan sebagai teksi.

30-08-2022
Berita Auto

Sejarah Perodua: Dari Kancil Kepada King Myvi 2022 (Evolusi Perodua Myvi)

Sempena bulan kemerdekaan, kita selusuri sejarah Perodua, model pertama yang dikeluarkan (Kancil) dan juga model terlarisnya, King Myvi.

27-08-2022
Berita Auto

Mengimbau Sejarah Proton & Model Legenda, Proton Saga, Dari 1985 Ke 2022

Sejarah Proton dan evolusi kereta pertama yang dikeluarkan, Proton Saga.

19-08-2022
Kereta Baru

Mercedes-Benz EQS 450+ 2022 Dilancarkan, Dari RM686K!

Mercedes-Benz Malaysia (MBM) telah melancarkan Mercedes-Benz EQS 2022

22-07-2022
EV

Dr Wee: Sektor EV Malaysia Masih Banyak Perlu Dipertingkat, Ini 2 Perkara Perlu Dilakukan...

Kenderaan elektrik (EV) di Malaysia sudah semakin berkembang namun masih banyak aspek yang tidak setanding dengan negara-negara maju lain.

14-06-2022

Berita Terkini

Berita Auto

Krisis Tenaga Global, ERL Tawar Diskaun 90%

ERL Tawar Diskaun 90%! MyPutrajaya & MyKLIA Monthly Travel Card kini lebih murah.

14-04-2026
Berita Auto

Polis Hanya Ditempatkan Di Stesen Minyak Sempadan

Penempatan PDRM di stesen minyak hanya tertumpu di kawasan sempadan negara.

14-04-2026
Berita Auto

Krisis Tenaga Global, KTMB Tawar Diskaun 30%

Jimat 30%! KTMB Tawar Diskaun Besar Tiket ETS & ERT – Ini Cara Rebut Kod Promosi Anda Bermula Esok!

14-04-2026
Berita Auto

Michelin Perluas Primacy 5 Untuk SUV, Tambah 34 Saiz Baharu (16-22 Inci)

MICHELIN Primacy 5, kini diperluaskan khusus untuk menepati keperluan kenderaan SUV.

13-04-2026
Berita Auto

Proton Kereta Penumpang Pertama Di Malaysia Terima ISO 50001:2018

Proton melakar satu lagi sejarah apabila sebagai pengeluar kereta penumpang pertama di Malaysia yang menerima pensijilan berprestij ISO 50001.

13-04-2026
Berita Auto

Pemandu Perlu Tahu: Kenapa Beberapa Stesen Shell Kehabisan RON95?

Tular Notis 'RON95 habis di Shell: Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Situasi Bahan Api Sekarang

10-04-2026
Berita Auto

Aplikasi CarLinko Untuk Pemilik Tiggo 7 PHEV, Tiggo 8 PHEV

Kawal Chery Tiggo 7 & 8 PHEV Di Hujung Jari – Aplikasi CarLinko Kini Rasmi Di Malaysia.

10-04-2026