Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Akhirnya, Kerajaan Sedang Pertimbangkan Untuk Kembalikan Feri Ikonik P.Pinang

Suhana Veru

Kongsi melalui



Biarpun berita ini tiada kena mengena mengenai dunia automatif namun ia pasti menggembirakan penduduk Pulau Pinang.

Memetik kenyataan akhbar Harian Metro, Kerajaan Persekutuan dikatakan sedang mempertimbangkan untuk mengembalikan perkhidmatan feri ikonik Pulau Pinang selepas operasinya ditamatkan tiga tahun lalu.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, terminal lama sudah diubah suai untuk feri baharu yang hanya dapat membawa penumpang pejalan kaki dan penunggang motosikal.

"Projek pengubahsuaian terminal feri di kedua-dua belah bahagian pulau dan Seberang Perai ketika ini tidak lagi boleh menampung operasi feri ikonik membabitkan pergerakan kenderaan empat roda.


“Kerajaan akan meneliti cara operasi feri itu, sama ada sebagai feri pelancongan, feri roro atau feri muzium dan akan berbincang mengenai perkara itu dengan Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP),” katanya.

Buat masa ini, bot laju baharu yang diperkenalkan pada tahun 2021, digunakan hanya untuk membawa penumpang pejalan kaki manakala feri ikonik sedia ada membawa kenderaan dua roda iaitu motosikal dan basikal.

“Sekurang-kurangnya empat feri baharu akan mula beroperasi 1 Ogos ini dengan membawa penumpang pejalan kaki dan penunggang motosikal sahaja,” tambahnya.

Apa pula pandangan anda mengenai langkah kerajaan untuk mengembalikan feri ikonik?

Kongsikan pandangan anda di bawah ruangan ini!


Gallery

Tag:

Feri Pulau Pinang
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

OKU Boleh Naik Feri Pulau Pinang PERCUMA Bermula 8 April

Orang kurang upaya (OKU) boleh nikmati tambang feri percuma tanpa had bermula 8 April ini.

02-04-2024
Berita Auto

Tambang Feri Pulau Pinang Percuma Selama Sebulan, Operasi Mula 7 Ogos

Penduduk dan juga pelancong di Pulau Pinang dapat menikmati perkhidmatan feri atau katamaran secara percuma.

10-07-2023

Berita Terkini

Berita Auto

Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh

Hyundai & BHS Auto Lancar Bilik Pameran 1S Baharu di Ipoh – Sasar 25 Cawangan Menjelang Akhir 2026

17-07-2026
Berita Auto

Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris

Pesalah Jalan Raya Bakal Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris Melalui Pindaan Akta 333.

17-07-2026
Berita Auto

Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan

Kerajaan Kekalkan Prosedur Semasa Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas.

17-07-2026
Berita Auto

Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam

Kemalangan Tragis Depan Central i-City: Keluarga Mangsa Rayu Saksi Tampil Bantu Siasatan.

16-07-2026
Berita Auto

Golongan Usia 16 Hingga 40 Tahun Dominasi 69.4 Peratus Statistik Kemalangan Jalan Raya

Hampir 70% Kemalangan Jalan Raya Babitkan Golongan Muda.

16-07-2026
Berita Auto

Polis Bantuan KTMB Kini Guna Scrambler Buru Pencuri Kabel

Jangan Terkejut Kalau Nampak Abang Polis KTMB Naik Scrambler Tepi Landasan Selepas Ini.

16-07-2026
Berita Auto

Bawa Kereta Ke Thailand? Wajib Ada Lesen Memandu Fizikal

Jangan Anggap Semua Negara Sama, JPJ Dedah Sebab Anda Perlu Lesen Fizikal ke Thailand

15-07-2026
Berita Auto

LRT 3 Pula Dah ...

LRT 3 laluan Shah Alam alami isu teknikal baru-baru ini.

14-07-2026