- Berita
- Global
- Geely Letak Sasaran Jualan Luar Biasa

Geely menyasarkan untuk menjual 1.65 juta kenderaan pada tahun yang mewakili peningkatan sebanyak 15 peratus daripada pencapaian jualan tahun lepas.
Syarikat itu mengakui pihaknya telah melakukan penghantaran sebanyak 252,787 unit di seluruh negara. Bagi segmen kenderaan flagship, pihaknya telah menjual 1.4 juta kenderaan.
Jualan itu menyaksikan peningkatan sebanyak lapan peratus sekali gus melangkaui jangkaan firma itu dalam sasaran jualan tahunannya.

Berdasarkan jualan bulanan pula, ia mencecah lebih daripada 30,000 unit dengan purata jualan terkumpul kepada 150,000 yuan (lebih kurang RM 976K).
Apa yang cukup mengagumkan, jualan tenaga baharu dan kenderaan elektrik pada 2022 meningkat lebih 300% kepada 328,727 unit untuk model daripada Geely Auto, Geometry, Lynk & Co, Zeekr dan Livan.

Melihat kepada jualan yang semakin melonjak, Geely Auto turut melancarkan s produk tenaga baharu mewah terbaharunya, "Geely Yinhe," pada Februari lalu sekali gus, menonjolkan produk elektrik terbaharunya.
Apapun, pendapatan bersih Geely meningkat 9% kepada 5.26 bilion yuan (RM342 bilion) pada tahun kewangan berakhir 31 Disember 2022 berbanding tahun sebelumnya.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/