Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Harga Jualan Mazda Mungkin Naik Sehingga RM26K

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Sumber imej: Facebook

Satu tangkap layar yang kelihatan seperti paparan pembentangan oleh (mungkin) pengedar tempatan tular di media sosial minggu ini. Imej itu menunjukkan senarai harga jualan kenderaan Mazda untuk pasaran Malaysia di bawah Bermaz Auto Sdn Bhd yang dijangka akan meningkat. 

Harga baharu ini dijangka akan berkuatkuasa esok (1 April, 2023). Paparan tersebut turut mendedahkan kemungkinan penaiktarafan beberapa model terutamanya model CBU Mazda, sub-kompak, Mazda 2, segmen C, Mazda 3 dan sedan segmen D, Mazda 6. Menurut sumbar dalaman, tulisan 'New IPM' pada ketiga-tiga model ini membawa maksud 'peningkatan kecil' yang bermaksud model ini akan diberikan kemaskini. 



Atas: Mazda 3 dan Mazda 2 mengalami kenaikan harga sebanyak RM10,200

Mazda 2 yang dihasilkan di kilang yang bertempat di Thailand dan juga Mazda 3 dari negara Jepun, menunjukkan kenaikan harga sebanyak RM10,200. 

Sedan segmen D, Mazda 6, menerima kenaikan tertinggi 

Sedan Mazda 6 pula menunjukkan peningkatan harga tertinggi yang mana varian 2.0L naik sebanyak RM4,200, sementara varian lebih tinggi, 2.5L dan Touring (TR) masing-masing meningkat sebanyak RM26,200 dan RM12,200.

Kereta sport MX-5 yang ditawarkan dalam versi MX-5 RF

Model CBU lain yang turut mengalami kenaikan harga ialah Mazda MX-5 yang dijual dalam versi retractable hard-top (RHT), MX5 RF, oleh Bermaz pada harga RM275,154 (tanpa insurans) dijangka mengalami kenaikan sebanyak RM4,200.

Harga model CKD, Mazda CX-30 turut naik


Harga model Mazda lain turut meningkat sekurang-kurangnya RM200

Selain model CBU, kereta keluaran dalam negara, SUV crossover yang telah dilancarkan baru-baru ini,  Mazda CX-30, meningkat sebanyak RM3,500. 

Baca: Pelancaran Mazda CX-30 Versi CKD – 2WD, Harga Dari RM128K

Selain yang dinyatakan, model lain keluaran Mazda mengalami kenaikan minimum sekitar RM200. 

Buat masa ini, Bermaz masih belum membuat sebarang pengumuman rasmi atau pengesahan mengenai perkara ini. 





Tag:

Mazda Malaysia
Mazda
senarai harga Mazda
harga terkini Mazda
Bermaz
bermaz auto
Mazda 2
Mazda 3
Mazda 6
Mazda CX-30
Mazda MX-5
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Kejohanan Golf Amal Mazda ke-11 Capai Kutipan Dana RM1.4 Juta

Acara Kejohanan Golf Amal Mazda ke-11 yang berlangsung di Glenmarie Golf & Country Club, Shah Alam, baru-baru ini telah berjaya mengumpulkan dana mencecah RM1.4 juta.

07-10-2025
Kereta Baru

Harga Mazda CX-30, CX-5, CX-8 Semakin Murah – Potongan Harga Cecah RM20,000!

Bermaz Auto Berhad (BAuto) dalam diam telah merendahkan harga untuk beberapa model SUV Mazda lain selain CX-80 yang dipasang secara tempatan (CKD) iaitu CX-30, CX-5 dan CX-8.

05-10-2025
Kereta Baru

Harga Mazda CX-80 2.5G PHEV 2025 Dikurangkan – Kini RM35,000 Lebih Murah

Hanya beberapa minggu selepas diperkenalkan di pasaran tempatan, pengedar rasmi jenama Mazda di Malaysia, Bermaz Auto Berhad (BAuto) telah membuat mengemaskini harga bagi model SUV, Mazda CX-80 2.5G PHEV.

01-10-2025
Pandu Uji

[PANDU UJI SULUNG] Mazda CX-60 2.5G 2WD High: 3 Perkara Penting Anda Patut Tahu...

Sementara masih ‘panas’ di pasaran, BAuto telah mengadakan sesi pandu uji bersama media yang kami sertai untuk mencuba salah satu daripada model yang dilancarkan, CX-60 2.5G 2WD High.

21-09-2025
Kereta Baru

Mazda CX-60 2025 Dilancarkan Di Malaysia – 1 Varian CBU, Dari RM199,000

Bermaz Motor (BAuto) hari ini telah melancarkan secara rasmi SUV crossover Mazda CX-60. SUV bersaiz sederhana dalam kumpulan model besar Mazda ini ditawarkan dalam hanya satu varian, CX-60 2.5L 2WD High.

03-09-2025
Kereta Baru

Mazda CX-80 2025 Kini Di Malaysia – 1 Varian CBU, PHEV, Dari RM330,000

Bermaz Motor (BAuto) secara rasmi telah melancarkan Mazda CX-80, model tiga baris premium yang diimport sepenuhnya (CBU) dari Jepun.

03-09-2025
Berita Auto

Spesifikasi Mazda CX-60 Untuk Pasaran Malaysia Bocor Sebelum Pelancaran

Spesifikasi SUV premium Mazda CX-60 untuk pasaran Malaysia kini tersebar di media sosial selepas seorang pengedar membocorkan maklumat tersebut melalui Facebook.

11-06-2025
Kereta Baru

Mazda 3 1.5 High Plus 2025 Dibuka Untuk Tempahan — Lebih Mewah, Lebih Mampu Milik

Pra-tempahan bagi Mazda 3 2025 varian 1.5 High Plus dalam bentuk sedan dan hatchback (liftback) kini dibuka.

03-06-2025

Berita Terkini

Berita Auto

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026
Berita Auto

Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.

01-09-2026
Berita Auto

Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.

01-09-2026
Berita Auto

Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.

30-08-2026
Berita Auto

Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.

29-08-2026