Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Kurang Pemandu Dalam Pengangkutan Awam, Ini Sebabnya..

Suhana Veru

Kongsi melalui


Gara-gara wabak Covid-19,  hampir 40 peratus pemandu  bas ekspres di negara ini telah angkat kaki sebaliknya mencari sumber pendapatan di Singapura.

Perkara itu didedahkan persatuan bas ekspres kepada Menteri Pengangkutan, Anthony Loke dalam satu pertemuan khas pada minggu lalu.

Anthony berkata, kekurangan bilangan pemandu bas bukan sahaja melibatkan pemandu bas ekspres sebaliknya bas henti, dan lori.

"Memang kita tau (industri) tak cukup pemandu. Antara sebabnya (mengambil contoh) industri bas ekspress. Ketika Covid-19 dua tahun lalu, kebanyakan bas ekspres tidak berjalan. 

“Dalam dialog saya bersama persatuan minggu lepas, saya minta persatuan bantu mengenal pasti daripada ahli-ahli mereka. Operator nak berapa pemandu, di negeri mana. Sebab selalunya dalam dialog, cakap tak cukup saja. Tapi tak cukup di mana? Negeri mana tak cukup? Syarikat mana yang perlu? Berapa pemandu diperlukan?,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan bas dua tingkat Volvo Buses di Shah Alam pagi tadi.


Mengulas lanjut mengenai perkara itu, beliau berkata, sekiranya pihaknya mempunyai statistik, ia sekurang-kurangnya membolehkan pihak kementerian menganjurkan job fair untuk industri pengangkutan di kawasan tertentu.

“Biasanya kita buat job fair di bandar besar  tapi kita nak bagi peluang pekerjaan di negeri dan bandar kecil. (Contoh) Di Negeri Sembilan membabitkan Jelebu, Kuala Pilah dan Tampin.

"Tempat ini mungkin anak-anak muda tak ada kerja. Jadi kita akan pergi pasarkan (tawarkan) di kawasan yang mungkin dapat lebih ramai orang yang minat (cari peluang kerjaya),” tambahnya.

Bagaimanapun, Anthony mengakui faktor gaji tinggi yang ditawarkan di Singapura menjadi menjadi punca kekurangan pemandu sektor pengangkutan di Malaysia.

Untuk itu, semua  persatuan bas ekspres diminta memperincikan jumlah sebenar kekurangan pemandu bagi mengatasi isu dihadapi industri itu di seluruh negara.


Gallery

Tag:

Bas Ekspres
Kementerian Pengangkutan
YB Anthony Loke
Covid-19
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

JPJ Cekup 11 Bas Ekspres, Persiaran Tidak Sediakan Pemandu Kedua

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang mengesan 11 bas ekspres dan persiaran yang tidak mempunyai pemandu kedua

17-09-2025
Berita Auto

JPJ Keluar 1,415 Saman Kepada Penumpang, Pemandu Bas Sebab Tidak Pakai Tali Pinggang

JPJ telah mengeluarkan sejumlah 1,415 notis saman kepada penumpang serta pemandu kenderaan perkhidmatan awam atas kesalahan tidak memakai tali pinggang keledar.

11-09-2025
Berita Auto

Amaran Keras Saman Tertunggak: Tepat 12 Tengah Malam Hari Terakhir 8 Julai, JPJ Akan Ambil Tindakan

"Kita beri jaminan tepat jam 12 tengah malam hari terakhir itu, pasukan JPJ akan berada di jalan raya bagi mengambil tindakan terhadap kenderaan terbabit yang dikesan gagal melangsaikan saman tertunggak, - kata Ketua Pengarah JPJ.

30-06-2025
Berita Auto

Tali Pinggang: Pemandu, Penumpang Bas Ekspres, Persiaran Wajib Pakai Tali Pinggang Keledar Mulai 1 Julai

Semua pemandu dan penumpang bas ekspres serta bas persiaran diwajibkan memakai tali pinggang keledar berkuat kuasa mulai 1 Julai ini.

29-06-2025
Berita Auto

Pemandu Bas Tunjuk Isyarat Lucah, Pandu Melulu, Syarikat Bas Digantung Operasi Sebulan

Sebuah syarikat bas ekspres digantung operasi selama sebulan bermula awal Julai depan selepas pemandunya dikesan memandu secara berbahaya dan menunjukkan isyarat lucah.

26-06-2025
Berita Auto

Pangkalan Data Bakal Dibangunkan, Mampu Kesan Pemandu Bas Bermasalah

Dengan adanya sistem pangkalan data, syarikat bas menilai kelayakan serta latar belakang pemandu sebelum mereka diambil bekerja.

12-06-2025
Berita Auto

Bas Ekspres Terbakar, Pemandu, Penumpang Terselamat

Sebuah bas ekspres hangus terbakar namun 29 orang termasuk pemandu dan penumpang terselamat selepas bas yang dinaiki mereka terbakar.

30-05-2025
Berita Auto

Aidilfitri: Lebih 16,000 Tiket Raya Ke Kelantan "Licin" Dalam 4 Jam

Tiket bas ekspres dari Kuala Lumpur Ke Kota Bharu laris apabila 16,454 habis dalam tempoh empat jam.

07-03-2025

Berita Terkini

Berita Auto

Krisis Tenaga Global, ERL Tawar Diskaun 90%

ERL Tawar Diskaun 90%! MyPutrajaya & MyKLIA Monthly Travel Card kini lebih murah.

14-04-2026
Berita Auto

Polis Hanya Ditempatkan Di Stesen Minyak Sempadan

Penempatan PDRM di stesen minyak hanya tertumpu di kawasan sempadan negara.

14-04-2026
Berita Auto

Krisis Tenaga Global, KTMB Tawar Diskaun 30%

Jimat 30%! KTMB Tawar Diskaun Besar Tiket ETS & ERT – Ini Cara Rebut Kod Promosi Anda Bermula Esok!

14-04-2026
Berita Auto

Michelin Perluas Primacy 5 Untuk SUV, Tambah 34 Saiz Baharu (16-22 Inci)

MICHELIN Primacy 5, kini diperluaskan khusus untuk menepati keperluan kenderaan SUV.

13-04-2026
Berita Auto

Proton Kereta Penumpang Pertama Di Malaysia Terima ISO 50001:2018

Proton melakar satu lagi sejarah apabila sebagai pengeluar kereta penumpang pertama di Malaysia yang menerima pensijilan berprestij ISO 50001.

13-04-2026
Berita Auto

Pemandu Perlu Tahu: Kenapa Beberapa Stesen Shell Kehabisan RON95?

Tular Notis 'RON95 habis di Shell: Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Situasi Bahan Api Sekarang

10-04-2026
Berita Auto

Aplikasi CarLinko Untuk Pemilik Tiggo 7 PHEV, Tiggo 8 PHEV

Kawal Chery Tiggo 7 & 8 PHEV Di Hujung Jari – Aplikasi CarLinko Kini Rasmi Di Malaysia.

10-04-2026