- Berita
- Berita Auto
- PERHATIAN: Diskaun Saman Trafik 60% Sudah Bermula Hari Ini!

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menawarkan diskaun saman kompaun sebanyak 60 peratus menerusi portal dan aplikasi MyBayar Saman sempena sambutan Hari Polis ke-216.
Tawaran itu sudah bermula hari ini dan akan berakhir pada 31 Mac 2023 namun ia tertakluk kepada terma dan syarat.
Bagaimanapun, diskaun ini tidak diberikan kepada beberapa kesalahan.
Rujuk gambar di bawah:

Difahamkan, pembayaran pengurangan kompaun saman trafik itu boleh dilakukan secara dalam talian dan fizikal di semua kaunter bayaran trafik Ibu Pejabat Polis kontinjen dan daerah di seluruh negara.
Apapun, jangan lupa semak status saman anda sekarang dan jangan lepaskan peluang untuk dapatkan diskaun sehingga 60% ini.
Kongsikan info diskaun saman ini kepada keluarga, rakan dan kenalan supaya mereka juga tidak ketinggalan dalam mendapatkan diskaun saman bagi menyelesaikan saman trafik yang tertunggak.
Bagi pengguna yang ingin membayar dalam talian mereka boleh mendaftar di laman portal rasmi PDRM atau pautan https://mybayar.rmp.gov.my atau muat turun aplikasi MyBayar Saman.
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

