Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Salam Takziah, Suami Isteri Maut Selepas Ziarah Kematian Abang Ipar, Isteri Sempat Minta Tolong..

Suhana Veru

Kongsi melalui


Sebuah Proton Exora hancur teruk sehingga kesemua komponen bahagian enjin terkeluar menyebabkan sepasang suami isteri terkorban, manakala anak mereka terselamat.

Kejadian berlaku di Jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu dekat Kampung Selamat, Setiu semalam.


Mangsa, Faizul Azman Awang, 43, dan isterinya, Suliani Ismail, 42, bersama seorang anak yang terselamat dalam nahas itu dikatakan baru pulang menziarah kematian abang ipar (abang ipar Habsah) di Besut.


Kemalangan yang berlaku di Kampung Selamat Sungai Tong, Setiu, itu membabitkan lima kenderaan dan 16 mangsa dalam sebuah lori, Proton Exora, Nissan Navara, Perodua Axia dan Toyota Wish.

Seorang pemilik kedai makan, Mazlan Abdul Ghani, 56, berkata, dia terkejut melihat keadaan Proton Exora itu.


“Orang ramai cuba membantu keluarga mangsa terlibat yang tersepit, namun lelaki di tempat duduk pemandu sudah meninggal dunia manakala isterinya ketika itu masih bernyawa dan sempat meminta tolong.

“Malangnya, kami gagal mengeluarkan mereka sehingga terpaksa  menunggu ketibaan pihak bomba untuk mengeluarkan mangsa,” katanya.

Tidak lama kemudian, Suliani yang cedera parah turut meninggal dunia di lokasi kejadian.

Sebelum kejadian, Suliani sempat memuat naik status terakhir dengan meluahkan perasaan sedih selepas kehilangan abang iparnya di Facebook.


“Pergimu dihari dan bulan yang terbaik, semoga arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

“Salam takziah buat keluarga kakak ipar, tiada lagi gurau senda, senyum tawa, abang Gie sentiasa dalam kenangan kami. Dia selalu akan tunggu kami kalau ke Besut, ya Allah semoga syurgamu untk abang ipar ku, aamiin," tulisnya di status Facebook.

Buat masa ini, punca kejadian masih dalam siasatan.


Gallery

Tag:

#peroduaaxia
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Mak Gagal Bayar Hutang Along, Kereta Anak Kena Kebas

Kesemua suspek telah pun ditahan.

02-06-2023
Berita Auto

Perodua Axia Manual Masih Wujud Sebab Penting Untuk ..

Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) mengesahkan bahawa pihaknya akan mengeluarkan Perodua Axia yang menggunakan kotak gear manual.

31-01-2023
Kereta Baru

Khabar Angin: Axia D74A Bakal Dilancar Februari Depan? Apapun Kita Tunggu Jawapan Perodua..

Ada desas-desus mengatakan Perodua bakal melancarkan model terbaharu Axia D74A pada 14 Februari ini.

26-01-2023

Berita Terkini

Berita Auto

Kantoi Guna MyKad Orang Lain Tanpa Kebenaran Untuk BUDI95, Boleh Dipenjara 3 Tahun

Penyalahgunaan MyKad Untuk Subsidi BUDI95: MoF Beri Amaran Keras.

29-05-2026
Berita Auto

Proton Sumbang 8 Enjin Untuk Pelajar Universiti, Institut Latihan

Pelajar Automotif Tak Perlu 'Bayang' Lagi, PROTON Sumbang Enjin Sebenar Untuk Dibedah.

29-05-2026
Berita Auto

Axia Terbang Atas Bumbung Rumah

Mujur semua selamat.

29-05-2026
Berita Auto

Bukan Sebab Murah, Ini Punca Sebenar Proton X50 Jadi Kegilaan Orang Malaysia

Sanggup 'Tinggal' Sedan & Hatchback, Kenapa Ramai Pakat Beralih Ke Proton X50?

28-05-2026
Berita Auto

Aidiladha: 23 Orang Terkorban Dalam Nahas Jalan Raya

Tragedi Hitam Aidiladha: 23 Nyawa Terkorban Dalam Masa 24 Jam Pertama Perayaan.

28-05-2026
Berita Auto

Tak Payah Tunggu Subsidi, Tabiat Ini Boleh Tolong Anda Jimat RM204 Sebulan!

Ingat Kereta Petrol Je? MIROS Kata Geng EV Pun Wajib Amal Eco-Driving.

28-05-2026
Berita Auto
Berita Auto

PM Jamin Bekalan Bahan Api Negara Stabil

Perdana Menteri, Anwar Ibrahim memberi jaminan bekalan petrol RON95 dan diesel masih mencukupi sehingga Julai ini.

26-05-2026