Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Tak Salah Guna Kenderaan Berusia 10 Tahun, Yang Penting Diselenggara Dengan Baik

Suhana Veru

Kongsi melalui


Sebelum ini, ada beberapa pakar-pakar keselamatan jalan raya mencadangkan agar kenderaan berusia lebih 10 tahun perlu dilupuskan.

Langkah itu dilihat dapat mengatasi kesesakan lalu lintas di ibu kota yang semakin menjadi-jadi sejak beberapa tahun lalu.

Sebaliknya, ramai pemilik kereta tua membantah cadangan itu dengan sekeras-kerasnya.

Apa tidaknya, sudahlah jenuh berhutang dengan pihak bank selama sembilan tahun, namun selepas setahun hutang langsai, kereta pula diminta dihapuskan.

Namun Timbalan Menteri Pengangkutan, Hasbi Habibollah pula menyuarakan bahawa pihaknya  tidak mempunyai halangan membenarkan kereta melebihi usia 10 hingga 15 tahun ke atas berada di jalan raya.

Asalkan kenderaan itu berada dalam keadaan baik.

“Kita bercerita mengenai kenderaan usang, ada kenderaan berusia kalau sentiasa dijaga, tahan lama lagi dan lulus dari segi pengeluaran asap dan sebagainya boleh digunakan di atas jalan raya.

“Itu kita tak halang. Cuma yang kita maksudkan ialah kereta yang betul-betul rosak, yang tak boleh lagi di bawa atas jalan raya dan mati di jalan raya. Pemilik kereta itu sendiri boleh tahu kenderaannya selamat atau tidak,” katanya.

Beliau berkata demikian menjawab soalan tambahan Mohd Nazri Abu Hassan (Merbok-PN) yang bertanyakan bagaimana dengan nasib kenderaan melebihi 10 tahun ke atas adakah akan dilupuskan oleh kerajaan.


Bagaimanapun, beliau mengakui ada kenderaan yang sudah berpuluh tahun usia namun berada dalam keadaan baik

“Jika kenderaan lama berada dalam keadaan baik, itu dibolehkan. Ianya tak menjejaskan apa-apa mengenai kenderaan yang berusia lebih 10 tahun,” katanya.


Gallery

Tag:

JPJ, PDRM
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto
Berita Auto

Jangan Salah Faham Mengenai Denda Cermin Gelap

Anthony tampil membuat penjelasan mengenai penggunaan cermin gelap pada kenderaan.

02-11-2023
Berita Auto

Ubai Suai Motosikal, Kan Dah Kena Sita

JPJ menjalankan pemeriksaan ke atas motosikal di Plaza Sungkai, Perak.

05-06-2023
Berita Auto

Hati-Hati Jika Tiada Sekatan, Sebab Anda Dipantau Dari ATAS

Aidilfitri: JPJ Negeri Sembilan tidak melakukan sekatan SJR.

17-04-2023
Berita Auto

JPJ Beri Amaran Keras, Jangan Pinjamkan Kenderaan Kepada Warga Asing Atau Anda Akan Diheret Ke Mahkamah

JPJ Kelantan akan mengenakan tindakan lebih tegas kepada rakyat tempatan yang meminjamkan kenderaan kepada warga asing.

22-02-2023
Berita Auto

Perhatian! Anda Sudah Tidak Perlu Pamer Cukai Jalan!

Kenderaan persendirian milik rakyat Malaysia tidak lagi perlu mempamerkan cukai jalan di cermin depan kenderaan berkuat kuasa hari ini.

10-02-2023
Berita Auto

Guna Lorong Kecemasan, See You In Court!

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) berjaya mengesan lebih 100 kenderaan yang menggunakan lorong kecemasan di sepanjang Lebuhraya Utara-Selatan dari Johor Bahru ke Putrajaya, pagi tadi.

21-01-2023
Berita Auto

Lebuh Raya KLK Dijangka Sesak Sepanjang Minggu Ini Sebab ..

Sebanyak 171000 kenderaan dijangka menggunakan lebuh raya Kuala Lumpur-Karak (KLK) sepanjang cuti perayaan Tahun Baharu Cina.

18-01-2023

Berita Terkini

Berita Auto

Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh

Hyundai & BHS Auto Lancar Bilik Pameran 1S Baharu di Ipoh – Sasar 25 Cawangan Menjelang Akhir 2026

17-07-2026
Berita Auto

Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris

Pesalah Jalan Raya Bakal Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris Melalui Pindaan Akta 333.

17-07-2026
Berita Auto

Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan

Kerajaan Kekalkan Prosedur Semasa Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas.

17-07-2026
Berita Auto

Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam

Kemalangan Tragis Depan Central i-City: Keluarga Mangsa Rayu Saksi Tampil Bantu Siasatan.

16-07-2026
Berita Auto

Golongan Usia 16 Hingga 40 Tahun Dominasi 69.4 Peratus Statistik Kemalangan Jalan Raya

Hampir 70% Kemalangan Jalan Raya Babitkan Golongan Muda.

16-07-2026
Berita Auto

Polis Bantuan KTMB Kini Guna Scrambler Buru Pencuri Kabel

Jangan Terkejut Kalau Nampak Abang Polis KTMB Naik Scrambler Tepi Landasan Selepas Ini.

16-07-2026
Berita Auto

Bawa Kereta Ke Thailand? Wajib Ada Lesen Memandu Fizikal

Jangan Anggap Semua Negara Sama, JPJ Dedah Sebab Anda Perlu Lesen Fizikal ke Thailand

15-07-2026
Berita Auto

LRT 3 Pula Dah ...

LRT 3 laluan Shah Alam alami isu teknikal baru-baru ini.

14-07-2026