Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Hati-Hati Jika Tiada Sekatan, Sebab Anda Dipantau Dari ATAS

Suhana Veru

Kongsi melalui


Hanif menunjukkan dron yang akan digunakan dalam operasi nanti.

Hati-hati jika tiada kelibat anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di sekitar jalan raya di Negeri Sembilan.

Ini kerana JPJ Negeri Sembilan mengesahkan  pihaknya tidak akan melakukan sekatan jalan raya (SJR) sepanjang musim perayaan Aidilfitri.

Sebaliknya, mereka akan menggunakan dron bagi mengesan kesalahan trafik.


Penggunaan dron lebih mudah mengesan pesalah trafik.

Itu kata Pengarah JPJ Negeri Sembilan, Hanif Yusabra Yusof .

"Penggunaan alat ini akan digunakan di kawasan lebuh raya serta jalan persekutuan dan ia berkesan untuk mengesan kesalahan menggunakan lorong kecemasan, melanggar lampu isyarat dan memotong barisan,”katanya.

Untuk makluman anda, JPJ Negeri Sembilan akan menggunakan dua dron untuk mengesan pesalah trafik yang melakukan kesalahan seperti berikut:

Langgar lampu merah

Potong garisan 

Guna lorong kecemasan 

Malah, jika anda ternampak ada pemandu melanggar peraturan jalan raya sempena hari raya, silakan membuat aduan menerusi aplikasi e-Aduan@JPJ.


Elak gunakan lorong kecemasan.

Beliau berkata, tindakan membuat aduan di aplikasi sebenarnya memudahkan JPJ mengambil tindakan selain mengelakkan timbul persepsi yang tidak betul.

"Orang ramai yang membuat aduan di aplikasi itu ada, tapi ia tak begitu memberangsangkan, kemungkinan mereka tidak mahu dedahkan diri sebagai saksi,”tambahnya.


Gallery

Tag:

JPJ Negeri Sembilan
JPJ, PDRM
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Op TBC 2026: 19 Lori Disita

Pemandu lori buat hal sebab melanggar larangan perjalanan kenderaan berat sempena Operasi Tahun Baharu Cina (Op TBC) 2026.

16-02-2026
Berita Auto

JPJ Negeri Sembilan Lelong 100 Kenderaan, Bidaan Bermula RM50

Sebanyak 100 pelbagai jenis kenderaan akan dilelong JPJ Negeri Sembilan, pada Rabu ini.

26-01-2026
Berita Auto
Berita Auto

Jangan Salah Faham Mengenai Denda Cermin Gelap

Anthony tampil membuat penjelasan mengenai penggunaan cermin gelap pada kenderaan.

02-11-2023
Berita Auto

Ubai Suai Motosikal, Kan Dah Kena Sita

JPJ menjalankan pemeriksaan ke atas motosikal di Plaza Sungkai, Perak.

05-06-2023
Berita Auto

Tak Salah Guna Kenderaan Berusia 10 Tahun, Yang Penting Diselenggara Dengan Baik

Kementerian Pengangkutan tidak mempunyai halangan membenarkan kereta melebihi usia 10 hingga 15 tahun ke atas berada di jalan raya

30-03-2023
Berita Auto

JPJ Beri Amaran Keras, Jangan Pinjamkan Kenderaan Kepada Warga Asing Atau Anda Akan Diheret Ke Mahkamah

JPJ Kelantan akan mengenakan tindakan lebih tegas kepada rakyat tempatan yang meminjamkan kenderaan kepada warga asing.

22-02-2023
Berita Auto

Perhatian! Anda Sudah Tidak Perlu Pamer Cukai Jalan!

Kenderaan persendirian milik rakyat Malaysia tidak lagi perlu mempamerkan cukai jalan di cermin depan kenderaan berkuat kuasa hari ini.

10-02-2023

Berita Terkini

Berita Auto

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026
Berita Auto

Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.

01-09-2026
Berita Auto

Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.

01-09-2026
Berita Auto

Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.

30-08-2026
Berita Auto

Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.

29-08-2026