Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Mercedes-Benz GLC300 4Matic AMG Line, Harga Boleh Tahan

Suhana Veru

Kongsi melalui


Mercedes-Benz Malaysia secara rasminya melancarkan GLC300 4Matic AMG Line 2023 generasi baharu ke pasaran Malaysia sebentar tadi.

Untuk makluman anda, ia yang dijual pada harga RM429,888 tetapi  tidak termasuk insurans dan terdapat jaminan empat tahun secara standard. 


Jentera ini yang merupakan model CBU yang diimport sepenuhnya dari Jerman hanya didatangkan dalam varian tunggal.

Luaran:


Menjengah bahagian luarannya, lampu hadapannya agak tajam menyebabkan model GLC ini kelihatan agak menyerlah.

GLC 300 ini juga dilengkapi dengan lampu LED adaptif Digital Light.

Gril lima sisinya dilihat bersambungan dengan lampu hadapannya dan terdapat juga liang udara bersebelahan dengan grilnya.


Bahagian sisinya pula, ia menggunakan rim aloi AMG bersaiz 20-inci selain terdapat lampu lantai dengan logo Mercedes-Benz.

Sementara itu, bampar belakangnya hadir dengan krom di sekeliling ekzos. Apa yang cukup menarik ialah, lampu belakngnya agak nipis dengan rekaan grafik baharu.



Kabin:

Model GLC ini dilengkapi dengan skrin sentuh 11.9-inci di tengah dimana anda boleh mencodongkan ke arah pemandu.

Seperti biasa, ia juga menggunakan Mercedes-Benz User Experience (MBUX) terbaharu, dengan sistem infotainmen yang menawarkan multimedia, tunjuk arah, maklumat trafik serta kawalan pendingin termasuk sambungan Android Auto dan Apple CarPlay.


Ia juga dipasang dengan kluster instrumen digital bersaiz 12.3 inci yang boleh dihubungkan dengan MBUX.

Malah, kesemua tempat duduknya dibaluti dengan kulit Nappa dan tempat duduknya boleh mengurut badan jika anda penat dengan perjalanan jauh.

Fuh cukup hebat!


Sebaik melangkah masuk ke dalam kabinnya, kerusi hadapannya boleh dilaras secara berkuasa selain terdapat juga penghadang matahari cermin belakang dan sistem lampu ambien dalam 64 warna.

Sebelum terlupa, penulis mendapati jentera ini dilengkapi dengan kamera 360 darjah. Ia bukan sebarang kamera memandangkan ia boleh menunjukkan anda sekitar bahagian bawah kenderaan ini.


Daya Prestasi:

Model GLC ini disumbat dengan unit M254 2.0 liter turbocas empat-silinder petrol.

Ini membuatkannya ia mampu menghasilkan kuasa setinggi  255 hp atau 190 kW) pada tork 400 Nm.


Ia juga digandingkan dengan transmisi automatik 9G-Tronic sembilan-kelajuan, serta sistem pacuan empat roda 4Matic dan sistem mild-hybrid 48-volt.


Untuk makluman anda, mild-hybrid adalah ciri terbaharu buat GLC. Ia merangkumi  integrated starter-generator (ISG) yang menyediakan kuasa sebanyak  23 hp atau 17 kW dan 200 Nm. 

Jentera ini dikatakan mampu memecut dari 0-100 kilometer sejam hanya dalam 6.2 saat. 

Ciri-Ciri Keselamatan:

Dari segi ciri-ciri keselamatan, ia dilengkapi dengan:

Bantuan Brek Aktif

Bantuan Kekal Lorong 

Bantuan Parkir Aktif dengan Parktronic

Peninjau Titik Buta

Kawalan Pelayaran Adaptif Distronic

Sehubungan itu, bagi yang berminat, terdapat lapan pilihan warna: Obsidian Black, Graphite Grey, Mojave Silver, High-Tech Silver, Spectral Blue dan Selenite Grey. 

Terdapat juga Diamond White Bright dan Hyacinth Red, namun anda perlu membuat bayaran sebanyak  RM5,000. 

Sementara itu, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Mercedes-Benz Malaysia, Sergei Sagree Sardien berkata, pihaknya akan memaklumkan mengenai model pemasangan tempatan (CKD) pada satu tempoh yang akan ditetapkan nanti.

“Varian PHEV akan ditawarkan sekiranya ada permintaan,” katanya ketika ditanya mengenai model CKD dan varian PHEV.


Gallery

Tag:

Mercedes-Benz GLC
Mercedes Benz GLC 300
Mercedes-Benz Malaysia
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Kereta Baru

06-11-2025
Kereta Baru

14-09-2023
Global

18-07-2023
Berita Auto

09-07-2025
EV

28-11-2024
Kereta Baru

18-06-2024
Kereta Baru

23-05-2024
Kereta Baru

29-04-2024

Berita Terkini

Berita Auto

15,370 Toyota Terjual, Jenama Bukan Nasional Paling Laris Di Malaysia

Dominasi Toyota Berterusan: Jenama Bukan Nasional Paling Laris di Malaysia.

15-04-2026
Berita Auto

Krisis Tenaga Global, ERL Tawar Diskaun 90%

ERL Tawar Diskaun 90%! MyPutrajaya & MyKLIA Monthly Travel Card kini lebih murah.

14-04-2026
Berita Auto

Polis Hanya Ditempatkan Di Stesen Minyak Sempadan

Penempatan PDRM di stesen minyak hanya tertumpu di kawasan sempadan negara.

14-04-2026
Berita Auto

Krisis Tenaga Global, KTMB Tawar Diskaun 30%

Jimat 30%! KTMB Tawar Diskaun Besar Tiket ETS & ERT – Ini Cara Rebut Kod Promosi Anda Bermula Esok!

14-04-2026
Berita Auto

Michelin Perluas Primacy 5 Untuk SUV, Tambah 34 Saiz Baharu (16-22 Inci)

MICHELIN Primacy 5, kini diperluaskan khusus untuk menepati keperluan kenderaan SUV.

13-04-2026
Berita Auto

Proton Kereta Penumpang Pertama Di Malaysia Terima ISO 50001:2018

Proton melakar satu lagi sejarah apabila sebagai pengeluar kereta penumpang pertama di Malaysia yang menerima pensijilan berprestij ISO 50001.

13-04-2026
Berita Auto

Pemandu Perlu Tahu: Kenapa Beberapa Stesen Shell Kehabisan RON95?

Tular Notis 'RON95 habis di Shell: Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Situasi Bahan Api Sekarang

10-04-2026