Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Nak Selenggara Kereta? Cari GoCar Garage

Suhana Veru

Kongsi melalui


GoCar Malaysia dan TotalEnergies Marketing Malaysia telah menandatangani perjanjian untuk melancarkan penawaran Atas Talian-Luar Talian baru-baru ini.

Penawaran itu melibatkan minyak pelincir dan kepakaran TotalEnergies kepada rangkaian GoCar Garage.

Difahamkan, hasil kerjasama membolehkan kedua-dua belah pihak untuk mengembangkan rangkaian servis masing-masing, menerusi pelancaran TotalEnergies Quartz Auto Services ke dalam aplikasi mudah alih GoCar.

Malah, kerjasama itu selari dengan usaha pendigitalan TotalEnergies dalam usaha meningkatkan titik hubungan pelangan menerusi pelbagai saluran. Ia juga mampu menambah baik kemudahan penyelesaian sehenti GoCar Garage kepada pelanggan untuk menyelenggara, servis dan membaiki kereta mereka melalui sasaran 200 lokasi di seluruh negara pada tahun 2023.

Lebih menarik,  GoCar Garage dan rangkaian rakan Garage juga akan menawarkan minyak pelincir termaju TotalEnergies Quartz. 


Ia memanfaatkan teknologi molekular tercanggih untuk memberi perlindungan, kecekapan dan ketahanan yang optimum kepada enjin.

Dibina berdasarkan kepada pengalaman selama 60 tahun, minyak pelincir Quartz telah diformulasi untuk memenuhi apa jua keperluan. 

Setiap formula melibatkan kajian, pembangunan dan ujian selama beribu-ribu jam.

Timbalan Pengarah Operasi Ocenia dan Asia Tenggara TotalEnergies, Aimeric Ramadier  berkata, pihaknya teruja untuk bekerjasama dengan GoCar Garage.


“Fokus  terhadap pelanggan sememangnya menjadi keutamaan buat kedua-dua pihak,”katanya.

Sementara itu, Presiden GoCar, Nicholas Tan berkata, pihaknya yakin bahawa pasaran kini sudah bersedia mencari alternatif baharu untuk menyelenggara kenderaan, terutama kenderaan yang sudah tamat tempoh jaminan.

“Salah satunya ialah pusat servis yang mudah, mampu milik dan dipercayai. Kerjasama dengan TotalEnergies akan meningkatkan kebolehdapatan perkhidmatan GoCar Garage kami yang mudah dan telus.

“Bukan itu sahaja, ia akan memastikan kami untuk terus menawarkan kualiti kepada pelanggan yang merupakan aspek penting dalam perniagaan kami,” katanya.

Pelanggan di Lembah Klang juga boleh memilih perkhidmatan penghantaran pintu-ke-pintu untuk menjimatkan masa dan menikmati lebih banyak kemudahan.

GoCar Garages bersedia untuk menyelenggara kenderaan jenama tempatan, Jepun, continental dan premium.

Untuk mengetahui lokasi GoCar Garage dan menempah temu janji servis, download aplikasi mudah alih GoCar.

Tag:

Go Car
Totalenergies
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto

Golongan Usia 16 Hingga 40 Tahun Dominasi 69.4 Peratus Statistik Kemalangan Jalan Raya

Hampir 70% Kemalangan Jalan Raya Babitkan Golongan Muda.

16-07-2026
Berita Auto

Polis Bantuan KTMB Kini Guna Scrambler Buru Pencuri Kabel

Jangan Terkejut Kalau Nampak Abang Polis KTMB Naik Scrambler Tepi Landasan Selepas Ini.

16-07-2026
Berita Auto

Bawa Kereta Ke Thailand? Wajib Ada Lesen Memandu Fizikal

Jangan Anggap Semua Negara Sama, JPJ Dedah Sebab Anda Perlu Lesen Fizikal ke Thailand

15-07-2026
Berita Auto

LRT 3 Pula Dah ...

LRT 3 laluan Shah Alam alami isu teknikal baru-baru ini.

14-07-2026
Berita Auto

Harga Petrol Malaysia Lebih Rendah Berbanding Arab Saudi, UAE

Harga petrol Malaysia lebih murah berbanding Arab Saudi, UAE.

14-07-2026
Berita Auto

Pindaan Akta 333 Beri Kuasa Mahkamah Perintah Pesalah Bayar Pampasan Kepada Waris

Pindaan Akta 333: Mahkamah Diberi Kuasa Arah Pesalah Jalan Raya Bayar Pampasan Kepada Waris.

14-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

Sime Beyond Auto Buka Cawangan BYD Ke-6 Di Sri Petaling

Sime Beyond Auto Kukuh Dominasi Pasaran EV Menerusi Pelancaran BYD Sri Petaling.

14-07-2026