Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Perhatian Buat Orang Ipoh, Anda Boleh Letak Kereta Di Luar HRPB, TIADA Saman Dikeluarkan

Suhana Veru

Kongsi melalui


Sebagai anak jati Ipoh, Perak, penulis cukup faham betapa sukarnya mencari kawasan parkir di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh, Perak.

Ada sekali, penulis terpaksa meletakkan nota panjang di hadapan cermin kereta yang berbunyi:

“Saya sudah berpuluh kali membuat pusingan, tetapi tiada langsung tempat parking. Harap Majlis Bandaraya Ipoh/ polis tidak menyaman kereta saya.

Mujur, sebaik membawa pulang ayah yang membuat temu janji dengan doktor, saya tidak dikenakan saman.

Bagaimanapun, ini bukan perkara baharu buat orang Ipoh terutamanya yang mempunyai urusan di HRPB.


Kebanyakannya terpaksa meletakkan di luar HRPB, jika nasib malang, tertera notis saman yang diselitkan di bawah pengelap kereta.

Malah, kawasan parkir perkhidmatan van shuttle yang ada sebelum ini ditutup bagi menjalankan kerja-kerja pembinaan parkir baharu yang lebih sistematik.

Dengar cerita sekarang, pihak polis memberi kelonggaran dengan tidak mengenakan saman kepada orang ramai yang meletakkan kenderaan di HRPB.

Perkara itu disahkan Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Kesihatan dan Hal Ehwal Masyarakat India negeri, A Sivanesan yang mengakui telah mengadakan perjumapaan bersama Ketua Polis Perak Datuk Mohd Yusri Hassan Basri.


"Saya sudah minta kerjasama daripada pihak polis supaya tidak keluarkan saman terhadap pelawat hospital HRPB dan beri kelonggaran sehingga Mei nanti, selepas tempat parkir baharu siap.

"Menurut Ketua Polis Perak, beliau akan ambil perhatian perkara itu, tetapi jika ada 'double parking’ tidak dibenarkan sama sekali dan jangan halang lalu lintas.

"Jadi, untuk tempoh sebulan setengah ini, saya percaya pihak polis akan beri kerjasama sepenuhnya," katanya.


Sebaliknya, pelawat boleh meletakkan kereta di tepi jalan namun dengan syarat tidak menghalang lalu lintas dan tidak diletakkan secara ‘double parking’.

Untuk makluman orang Perak, parkir baharu dengan kapasiti 240 petak itu di HRPB dijangka siap pada pertengahan Mei tahun ini.

Gallery

Tag:

HRPB
Royal Malaysian Police (PDRM)
Majlis Bandaraya Ipoh
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

04-04-2023
Berita Auto

31-12-2025
Berita Auto

29-09-2025
Berita Auto

26-09-2025
Berita Auto

17-09-2025
Berita Auto

10-09-2025
Berita Auto
Berita Auto

07-07-2025

Berita Terkini

Berita Auto

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026
Berita Auto

Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.

01-09-2026
Berita Auto

Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.

01-09-2026
Berita Auto

Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.

30-08-2026
Berita Auto

Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.

29-08-2026