Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

PROTON Akan Mulakan Pembangunan NEV Di Tanjung Malim

Suhana Veru

Kongsi melalui


Pengeluar kereta nasional, Proton mengesahkan bahawa pihaknya akan memulakan pengeluaran barisan kenderaan tenaga baharu (NEV) dalam tempoh terdekat ini.

Perkara itu disahkan Pengerusi Proton, Datuk Seri Syed Faisal Albar ketika  Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz mengadakan lawatan ke kilang Zeekr Intelligent  di Hangzhou Bay, Ningbo, China baru-baru ini.


Menurut Syed Faisal, beliau cukup gembira untuk mengumumkan bahawa selepas melalui perkongsian perniagaan selama lima tahun, PROTON dan Geely telah mencapai kemajuan yang besar dalam membawa produk, teknologi dan pelaburan baharu ke Malaysia.

“Selepas memeterai Induk Perjanjian (HoA), Automotive High Tech Valley (AHTV) dilihat mempunyai potensi besar untuk menarik pelaburan RM32 bilion.

Lawatan ini  menunjukkan perkongsian PROTON dan Geely akan terus berkembang dengan pelaksanaan program NEV. Kami mengakui kepentingan Malaysia menjadi hab serantau bagi produk Kenderaan Generasi Seterusnya (NxGV),” katanya dalam satu kenyataan.


Untuk itu, menurutnya,  PROTON sebagai jenama nasional akan memainkan peranan aktif dalam menyumbang secara signifikan ke arah mencapai matlamat negara. 

“Dalam berdaya saing, PROTON dan ekosistem automotif mesti melabur dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D), serta proses pembuatan termaju. 

"Dengan pembangunan AHTV yang progresif dan penglibatan berterusan dalam kalangan pihak berkepentingan terutamanya Kerajaan Malaysia, DRB-HICOM, Kumpulan Geely, PROTON dan ekosistem automotif, matlamat ini dapat dicapai,” tambahnya.

Lawatan ke Ningbo diadakan sehari selepas Forum Perniagaan Malaysia – China diadakan di Beijing untuk pemimpin-pemimpin perniagaan dari kedua-dua negara dan dihadiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Acara itu menyaksikan perjanjian HOA dimeterai antara DRB-HICOM dan Geely. Ini bermakna kedua-dua pihak akan melabur, mengurus dan membangunkanAHTV di Tanjung Malim sebagai bandar pintar dan hab NxGV. 


AHTV dikatakan mampu menarik pelaburan bernilai sebanyak RM32 billion bagi 10 tahun yang akan datang.

Biarpun,  kereta berkuasa enjin pembakaran dalaman tradisional (ICE) kekal sebagai tunjang utama rangkaian model Proton dalam beberapa tahun akan datang, syarikat juga telah menetapkan strategi NEVnya untuk masa terdekat. 

Pada masa yang sama, melalui kerjasama dengan Geely, PROTON terus meneroka peluang untuk mempercepatkan program NEV selaras dengan aspirasi kerajaan ke arah meningkatkan daya tarikan NEV terutamanya ke arah menawarkan model NEV yang berpatutan dan praktikal, serta meneruskan pembangunan tempatan dan pembangunan ekosistem NEV di Malaysia.

Langkah pertama yang akan diambil ialah pelancaran Proton X90, iaitu tambahan terbaharu kepada rangkaian SUV jenama yang dikuasakan oleh versi hibrid ringan enjin 1.5 TGDInya. 

Ini akan diikuti dengan pengenalan pasaran smart #1 oleh PRO-NET di pasaran Malaysia pada suku keempat 2023. 

Selepas lawatan Tengku Zafrul, kini terdapat rancangan untuk memperluaskan rangkaian tawaran dan menyertakan segmen kenderaan yang baharu kepada PROTON.

Pelaburan untuk integrasi teknologi dan teknologi pintar dirancang untuk masa hadapan

Sejak 2018 dengan sokongan daripada DRB-HICOM dan GEELY, PROTON telah melabur lebih RM3.3 bilion sebagai sebahagian daripada inisiatif pemulihan prestasinya, yang meliputi pembangunan produk, integrasi teknologi baharu, pengembangan pembuatan dan pembangunan modal insan terutamanya dalam teknologi baharu.

Dengan kemunculan AHTV, pelaburan masa hadapan akan memberi tumpuan kepada produk dan teknologi baharu, termasuk penyelesaian tenaga baharu dan teknologi pintar.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif PROTON, Dr. Li Chunrong berkata, PROTON kini berada dalam separuh kedua rancangan perniagaan sepuluh tahunnya.

“Selain gangguan yang disebabkan oleh langkah kawalan pandemik selama dua tahun, kami gembira dengan kemajuan yang dicapai setakat ini. 


“Dalam tempoh lima tahun akan datang, kami menyasarkan untuk bekerja lebih rapat dengan Geely dan mengembangkan penawaran kami apabila pasaran untuk NEV berkembang,” katanya.

Langkah itu dilihat akan membantu membangunkan ekosistem automotif negara dan mendorong Malaysia ke arah sasarannya untuk menjadi hab NxGV.


Li Chunrong

“Kami juga akan mengembangkan fokus kami untuk merangkumi aspek lain yang menyokong industri ini.

“Sebagai contoh, pembangunan infrastruktur pengecasan adalah keutamaan untuk NEV jadi kami akan mengoptimumkan sinergi dengan kumpulan syarikat Geely untuk meningkatkan infrastruktur NEV untuk PROTON dan ekosistem di Malaysia,” tambahnya.

Buat masa ini, langkah-langkah telah pun diambil ke arah mencapai matlamat jangka panjang PROTON.

Syarikat mempunyai pejabat tetap di Institut Penyelidikan Automobil Geely (GRI) di Teluk Hangzhou untuk memudahkan semua aktiviti pembangunan antara pasukan kejuruteraan. 


PROTON telah pun menugaskan 18 jurutera yang berpangkalan di Institut Penyelidikan Geely pada fasa pertama program pembangunan R&D dan NEV. 

Difahamkan, lebih ramai jurutera akan ditugaskan tidak lama lagi dimana ia merupakan salah satu langkah yang akan membantu mempercepatkan pemindahan teknologi.


Gallery

Tag:

#geely
DRB-HICOM Automotive High Technology Valley (AHTV)
HoA
Kenderaan Tenaga Baharu (NEV)
#smartEV Proton
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Teknologi

Geely Perkenal G-Pilot: ADAS Canggih Dengan Navigasi Pintu-ke-Pintu

Gergasi automotif China, Geely, telah memperkenalkan versi terkini sistem bantuan pemanduan (ADAS) G-Pilot.

05-03-2025
EV

Jenama EV, Zeekr, Lynk & Co Bersatu – Kini Zeekr Group

Jenama kenderaan elektrik (EV) premium dari China, Zeekr, kini secara rasmi bergabung dengan jenama Lynk & Co.

16-02-2025
Berita Auto

Proton Saga MC3 Dikesan Dengan Kamera ADAS, Teknologi Keselamatan Lebih Canggih?

Kelibat terbaru model Proton ini dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook.

19-01-2025
Berita Auto

DRB-HICOM, GEELY, Meterai Kerjasama Untuk Bangunkan AHTV Di Tanjung Malim

DRB-HICOM dan Geely menandatangani dua Memorandum Persefahaman (MoU) pada pelancaran kenderaan elektrik pertama Proton, e.MAS 7, di ibu negara semalam.

17-12-2024
EV

PROTON e. MAS 7 Dilancar, Ada 2 Varian, Harga Bermula Dari RM110K

Pengeluar kereta nasional, Proton akhirnya melancarkan secara rasminya kenderaan elektrik pertama Malaysia, Proton e.MAS 7 di ibu negara sebentar tadi.

16-12-2024
EV

Geely: Sekali Guna EV, Pemandu Tidak Akan Kembali Guna Kereta Petrol, Betul Ke?

"Seperti membeli kereta tetapi kembali (menggunakan) kuda, sudah tentu tidak selesa," wakil Geely.

07-11-2024
EV

36 Pengedar e.MAS, Semakin Ramai Minat Jadi Pengedar Selepas Lawatan R&D Geely Di China

Anak syarikat pembuat kereta nasional PROTON, PRO-NET mengumumkan pelantikan sebanyak 36 pengedar Proton e.MAS yang dibuat baru-baru ini.

01-10-2024
EV

Pengedar Proton e.MAS Dibawa Lihat Geome Xingyuan di China – Mungkinkah Ini e.MAS 5?

Jenama kenderaan elektrik (EV) nasional, Proton e.MAS, menganjurkan satu kunjungan rasmi ke China bersama beberapa pengedarnya..

27-09-2024

Berita Terkini

Berita Auto

Projek Dasar Laut Bukan Projek Terbengkalai, Tidak Pernah Diumum Batal

Projek Terowong Dasar Laut masih berstatus aktif.

14-11-2025
Berita Auto

RTS Link, TMJ Bimbang Kesesakan Sebaik RTS Mula Operasi

Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail, bimbang terhadap masalah kesesakan lalu lintas yang dijangka berlaku apabila Projek Rapid Transit System (RTS) Link, siap nanti.

14-11-2025
Berita Auto

Kunjungi Pameran Teknologi EV, BYD Tech Discovery Day Di Plaza Arkadia, Bermula Hari Ini

BYD Malaysia, DENZA jenama kenderaan elektrik pintar mewah di bawah BYD bersama BYD Sime Motors, pengedar kenderaan rasmi BYD di Malaysia,melancarkan secara rasminya pameran teknologi EV pertama di Malaysia, semalam.

14-11-2025
Berita Auto

Tiada Lagi Healing Percuma, Lepas Ini Bayar Tol Sebelum Naik Genting Highlands

Genting Highlands akan mengenakan tol bagi menampung kos penyelenggaraan sepanjang 24 kilometer jalan dan cerun yang ditanggung sepenuhnya oleh syarikat itu sejak tahun 1960-an.

14-11-2025
Berita Auto

Monsun Timur Laut, Laluan Dari Gerik, Jeli, Blue Valley Terdedah Tanah Runtuh

Laluan dari Gerik menuju ke Jeli, Kelantan dan jalan Simpang Pulai ke Blue Valley, Cameron Highlands, Pahang dikatakan berisiko berlakunya kejadian tanah runtuh.

13-11-2025
Berita Auto

Projek ECRL: Bakal Lonjakkan Hasil KDNK Terengganu

Nampaknya, negeri Terengganu mampu tingkatkan hasil KDNK sebanyak RM48.2 bilion pada 2040 disebabkan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).

13-11-2025
Berita Auto

Proton, PRO-NET Sertai GATE 2025: Pamerkan Teknologi EV Terkini di GATE 2025

PRO-NET mempamerkan teknologi terkini kenderaan elektriknya sepanjang pameran Global Automotive and Technology Expo (GATE) 2025 yang sedang berlangsung di Kuala Lumpur Convention Centre.

13-11-2025
Berita Auto

Harga RON97, RON95, Diesel Naik 5 Sen

Harga runcit petrol RON97, RON95 dan diesel naik sebanyak lima sen, bermula hari ini.

13-11-2025