Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Tak Jawab HOTLINE, SUKE Gantung Tugas Kakitangan

Suhana Veru

Kongsi melalui


Gara-gara hotline Lebuh raya Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) tidak dijawab, SUKE mengesahkan pihaknya sudah mengambil tindakan tegas terhadap kakitangan yang terlibat.

SUKE dalam satu kenyataan berkata, pihaknya telah menggantung tugas kakitangan yang terlibat  buat sementara waktu sehingga siasatan dalaman dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian.

“Jika kakitangan terlibat didapati bersalah dan cuai ketika menjalankan tugas maka, tindakan tegas yang lebih tegas akan diambil.

“Tindakan itu diambil sebagai usaha kami untuk memastikan akauntabiliti dan mengelak kejadian sama berulang,” katanya.

SUKE berkata demikian selepas seorang pengguna SUKE mendedahkan di Facebook bahawa hotline SUKE tidak dijawab walaupun dia cuba menghubungi hotline berkenaan hampir 30 minit.

Pengguna itu, Nic Wang berkata, dia menghubungi hotline kerana mahu mendapatkan bantuan selepas seorang penunggang motosikal terbabas di di susur keluar SUKE di Hulu Langat.

Sebaliknya, apa yang cukup dikesalkan ialah hotline SUKE tidak dijawab!

Berdasarkan maklum balas pengguna itu, SUKE mengesahkan pihaknya sudah mengambil tindakan tegas.

Jadi, bagi yang mahu menyalurkan maklumat atau memerlukan bantuan ketika menggunakan SUKE, pengguna boleh hubungi pusat panggilan berpusat PROLINTAS di 1-800-22-8888.

Para pengguna juga disarankan memuat turun aplikasi PROLINTAS yang boleh didapati secara percuma di Google Play dan Apple Store.


Gallery

Tag:

Sungai Besi-Ulu Kelang Elevated Expressway (Suke)
PROLINTAS
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto
Dah Buat Orang Hilang Nyawa, Sanggup Mengaku Mental

Dah Buat Orang Hilang Nyawa, Sanggup Mengaku Mental

Lelaki dituduh sebabkan penunggang Ducati maut mengaku OKU, sakit mental.

11-07-2023
Berita Auto
Suspek Hanya Tahu Pasal Tragedi Rider Selepas Tengok TV

Suspek Hanya Tahu Pasal Tragedi Rider Selepas Tengok TV

Kes disiasat semula selepas suspek pulih.

17-06-2023
Berita Auto
Sukalah Korang, SUKE Dah Buka

Sukalah Korang, SUKE Dah Buka

Suke Fasa 2 dibuka secara rasmi kepada pengguna mulai 12 tengah malam.

15-06-2023
Berita Auto
Sudahlah Lawan Arus, Tau Pulak Lari. Cari Sampai Dapat!

Sudahlah Lawan Arus, Tau Pulak Lari. Cari Sampai Dapat!

Seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi jenis Ducati Panigale, maut selepas terjatuh dari flyover SUKE.

15-06-2023
Berita Auto
Pengguna SUKE Bengang Hotline SUKE Hanya Hiasan

Pengguna SUKE Bengang Hotline SUKE Hanya Hiasan

Pengguna SUKE kesal hotline SUKE tidak dijawab.

26-04-2023
Berita Auto
PROLINTAS Tutup Jalan!

PROLINTAS Tutup Jalan!

Nahas Elmina, PROLINTAS sudah menutup jalan sehingga siasatan selesai.

17-08-2023
Berita Auto
Kutipan Tol SUKE 2  Mula Hari Ini, Ini Kadar Tol Yang Dikenakan...

Kutipan Tol SUKE 2 Mula Hari Ini, Ini Kadar Tol Yang Dikenakan...

Kutipan tol di Plaza Tol Alam Damai di Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi Ulu Kelang (SUKE) bermula.

30-06-2023
Berita Auto
Sukalah Korang, SUKE Dah Buka

Sukalah Korang, SUKE Dah Buka

Suke Fasa 2 dibuka secara rasmi kepada pengguna mulai 12 tengah malam.

15-06-2023

Berita Terkini

Berita Auto
Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto
730 Orang Terkorban Di LPT1

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto
981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto
Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026
Berita Auto
Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.

01-09-2026
Berita Auto
Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.

01-09-2026
Berita Auto
Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.

30-08-2026
Berita Auto
Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.

29-08-2026