- Berita
- Berita Auto
- Cukup Pilu, Ibu, 4 Anak Temui Ajal Bersama

Apa yang berlaku ini amat menyayat hati kerana emoat beranak menemui ajal Bersama selepas kereta yang dinaiki terbakar gara-gara merempuh bahagian belakang sebuah lori.
Kejadian itu berlaku di Kilometer 310.2 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan, dekat Kampar, Perak, awal pagi tadi.
Kemalangan ngeri itu telah meragut nyawa Azriyani Abdul Latif, 45, bersama Muhammad Azib Nasaruddin, 23, Siti Nur Aminah Nasaruddin, 8, dan Ahmad Uwais Qorni Nasaruddin, 5, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Sementara itu, seorang anak mangsa, Muhammad Fawwaz Nasarudin, 7, yang dilaporkan cedera parah disahkan telah meninggal dunia, sebentar tadi.
Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Kampar, Superintenden Mohamad Nazri Daud.

“Kejadian itu dipercayai berlaku akibat hilang kawalan sebelum melanggar bahagian belakang lori yang berada di lorong kiri.
“Semua mangsa mengalami kecederaan teruk di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya.
Ketika kejadian, Proton Saga itu dipandu anak mangsa, Muhammad Azib.

Sementara itu, pemandu lori pula dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Mohamadul Ehsan Mohd Zain pula berkata, kebakaran melibatkan 5 peratus di bahagian hadapan kereta.
"Semasa kejadian terdapat dua mangsa tersepit dan anggota membuat penyelamatan menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkan mangsa.
"Terdapat mangsa yang maut telah melecur di bahagian anggota badan," katanya

Beberapa gambar yang dimuat naik ke internet menunjukkan Proton Saga berwarna merah itu hancur teruk dan terdapat kesan kebakaran di bahagian hadapan.

Malah, bahagian kabin juga ada kesan terbakar.
Salam takziah kepada keluarga mangsa.
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

